Asmkm dan salam sejahtera..
Saya Shueqry, seorang penulis
motivasi dan teknik minda.Klik di sini
untuk ketahui siapa saya supaya
kenal dengan lebih dekat.
Salam perkenalan
Kali ini saya berkata tentang cara
bagaimana melupakan masalah.
Sebenarnya, memang kita tak pernah
lari dari masalah. Orang lain juga tidak
pernah lari dari masalah, tak kira apa latar
belakang mereka, masalah akan tetap
wujud dan tetap menyesakkan
kepala yang memikirnya.
Bila Anda di landa masalah dan
mahu melupakannya buat seketika,
terlebih dahulu buka minda Anda,
terima hakikat, masalah sebenarnya
boleh dikawal.
Ia tak dapat dikawal kerana mental
Anda telah lama menganggap ia tak
boleh dikawal. Kita hanya perlu perlu
ubah tanggapan tu.
Semua bermula di minda.
Katakan pada minda Anda boleh
mengawalnya, katakan pada diri
sendiri, Anda ada hak untuk
mengawal masalah (bukan masalah tu
yang mengawal Anda).
Biasanya kalau kita asyik fikir pasal
masalah, fikiran kita fokus pada
masalah tu, minda kita "layan" rasa
bermasalah, geram sebab di landa
masalah dan merasa tertekan
sebab diri Anda mempunyai masalah.
Bangun pagi, asyik fikir masalah.
Nak tidur, fikir masalah.
Law of Attraction memainkan peranannya
setiap masa, bila Anda asyik fikir
masalah, lebih banyak masalah yang
akan timbul satu persatu kerana ia
"ditarik" oleh tanggapan (thought)
Anda yang asyik memikir masalah. See?
Jadi, fokus fikiran Anda kepada benda
lain, perkara lain dan kerja lain.
Tumpukan fikiran kepada sesuatu
yang Anda boleh lakukan, sesuatu
yang Anda minat dan apa jua
pekerjaan yang Anda boleh lakukan.
Sibukkan diri dengan melakukan
kerja dan berlakon sebagai orang
yang gembira, ceria dan asyik tertawa.
Saya tahu ini mengada-ngada,
tapi ia dapat merubah diri Anda.
Cubalah.
Buat apa saja.. klik di sini untuk
bacaan lanjut di blog saya
p.s : Jika Anda juga berminat dengan email
ini dan tulisan-tulisan motivasi, syorkan ia
pada kengkawan, sehabat, member lain
atau ahli keluarga (bahkan sesiapa sahaja)
agar ia dapat dikongsikan bersama dengan
lebih ramai orang. Terima kasih :-)
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books?
Check out fitting gifts for grads at Yahoo! Search.
[Non-text portions of this message have been removed]