Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher

APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang 
pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak 
semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher. 


Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah 
menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.


Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan 
seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah? 


Apakah hipertiroid?


Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif dikenali sebagai 
hipertiroid. Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan 
manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. 
Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan 
menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak. 


Apakah hipotiroid?


Hipotiroid pula disebabkan oleh Hashimoto Disease, iaitu penyakit auto imun dan 
selepas seseorang menjalani sesuatu pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil 
radioaktif iodin. Beliau berkata, hipotiroid berlaku apabila kelenjar tiroid 
tidak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tidak dapat dihasilkan 
secukupnya. 


Maklumat Lanjut sila : http://www.biovco.com/thyroid-03g.php 


 
 ** Dapatkan info dan maklumat terkini di :  http://www.maynetwork.net 

Kirim email ke