Klik : http://groups.yahoo.com/group/gr4b/messages
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20070706230734/Article/ Ahli Pengasih akui terapi kerohanian amat berkesan TERAPI kerohanian daripada pegawai hal ehwal agama tidak kira agama Islam, Buddha atau Kristian penting untuk menguatkan semangat, mengembalikan keyakinan dan pemikiran rasional penagih dadah yang hilang disebabkan masalah ketagihan mereka. Kepentingan bimbingan kerohanian daripada pegawai agama bagi membantu penagih dalam proses pemulihan diberitahu bekas penagih dadah yang pernah melalui episod hitam dalam hidup mereka dan akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas mendapat bimbingan agama. Menurut mereka, walaupun hanya sebagai penasihat atau kaunselor, perhatian yang diberikan pegawai hal ehwal agama mampu menyentuh hati penagih dadah hingga timbul perasaan untuk melawan pengaruh dadah dan kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun, usaha memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan agama masih agak terbatas kerana tidak banyak usaha atau aktiviti dilakukan pihak berkenaan baik dari segi sokongan atau sumbangan. Pembantu Tadbir Bahagian Program Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Faisal Abd Rahman, 26, berkata daripada tiga terapi yang diterima di Pusat Serenti, terapi kerohanian paling memberi kesan berbanding terapi fizikal dan emosi. Namun, tidak banyak usaha dilakukan pengurusan hal ehwal agama untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada usaha membantu serta membimbing penagih dadah disebabkan stigma negatif masyarakat terhadap golongan berkenaan. “Jangan kata orang tidak kuat iman saja terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Golongan profesional pun terbabit dengan dadah. Saya lulusan maahad tahfiz dan ada ijazah dalam bidang syariah pun terjebak dengan dadah. “Selain kesedaran, sokongan keluarga serta bimbingan agama banyak membantu saya kembali dan inilah yang diperlukan penagih dadah. Bimbingan agama untuk menyedarkan mereka, kesilapan yang dilakukan dan cara mengatasinya dengan kembali kepada jalan Allah,” katanya yang mula berjinak dengan dadah ketika berusia 13 tahun. Beliau yang sudah bebas pengaruh dadah sejak tiga tahun lalu berkata, peranan masjid boleh dimanfaatkan untuk membimbing penagih dadah mempelajari ilmu agama dan pada masa sama menyebarkan maklumat serta kesedaran di kalangan masyarakat peranan mereka menangani masalah penagihan dadah. Faisal berkata, masjid boleh menganjurkan perbincangan mengenai isu penagihan dadah bagi menyedarkan masyarakat keadaan dialami penagih supaya mereka tidak lagi memandang serong terhadap penagih dadah. Katanya, tidak dinafikan penagih dadah banyak melakukan kesilapan pada masyarakat dan masyarakat juga ada membuat kesilapan terhadap penagih dadah melalui tindakan memulau atau menyisihkan mereka. Oleh itu, katanya, perlu ada kerjasama antara masyarakat dan penagih untuk bersama memerangi masalah penagihan dadah. Masyarakat tidak sepatutnya menanti penagih datang kepada mereka sebaliknya masyarakat patut pergi membantu penagih. “Sesiapa yang terjerumus dalam penyalahgunaan dadah perlukan sokongan kuat kerana krisis utama penagih dadah ialah mendapat kepercayaan. Jika ada orang agama memberi sokongan dan nasihat, penagih atau bekas penagih akan rasa lebih yakin untuk kembali kepada masyarakat. “Memang kita ada pegawai agama yang turun padang membantu penagih tetapi sekadar memberi ceramah saja. Untuk duduk bersembang atau memberikan kaunseling, tidak ada. Seolah ada jurang antara pegawai agama dengan penagih dadah,” katanya. Pembimbing Rakan Sebaya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, Tan Hai Chan, 53, berkata bimbingan agama yang mengajar kepada kebaikan dapat membantu penagih mengubah tingkah laku mereka. Beliau yang pernah dipenjara dan disebat akibat dadah berkata, kesan ketagihan dan terlalu bergantung kepada dadah menyebabkan penagih dadah rosak akidah serta hilang pertimbangan hingga terdorong melakukan kegiatan jenayah. Sehubungan itu, katanya, perhatian daripada pengurusan hal ehwal agama dapat membantu mereka kembali kepada ajaran agama dan memperbaiki diri untuk menjadi manusia lebih baik yang bebas daripada pengaruh dadah. “Masa dalam penjara ada orang agama datang bagi ceramah tetapi waktu itu saya tidak dapat terima dan tidak mahu dengar apa yang mereka kata. Tetapi apabila saya keluar penjara 1990, mubaligh Kristian sudah ada tunggu di luar. “Mereka bawa saya ke satu rumah dan di sana saya diberi bantuan, perlindungan serta bimbingan kembali kepada ajaran agama. Kini selepas 17 tahun, saya gembira bukan saja bebas daripada dadah tetapi dapat menyumbang bakti kepada penagih dan bekas penagih,” katanya. Katanya, usaha membantu penagih akan lebih berkesan jika pengurusan hal ehwal agama bergabung dan bekerjasama dengan bekas penagih untuk menggunakan pengalaman mereka sebagai panduan merawat penagih dadah. Jurulatih Kakitangan di Pengasih, Sivabalan M Santhivellu, 34, berkata, penagih dadah akan melalui satu peringkat atau titik perubahan yang menyedarkan mereka sudah tiba masanya kembali ke alam realiti. Beliau berkata, pada ketika itu, semua pihak yang ada di sekeliling penagih dadah seperti keluarga, rakan, saudara dan ahli masyarakat tidak boleh membuang masa sebaliknya perlu terus menyambut tangan mereka. “Kasih sayang serta sokongan kuat tidak berbelah bagi daripada kakak walaupun terpaksa melayan kerenah ketagihan saya akhirnya membuat saya sedar sampai bila hendak hidup begini. Dengan pertolongan beliau, saya dimasukkan ke Pengasih. “Melihat kepada apa yang saya lalui, saya minta kepada keluarga jangan berputus asa jika ada ahli keluarga yang terbabit dengan dadah. Kasih sayang mereka satu hari nanti akan menyedarkan penagih dadah untuk berubah,” katanya. Untuk penjimatan kos kad prepaid anda, sila dapatkan di sini http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

