Kali ni pendek saja...

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding
oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah
bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di
depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam
tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu
bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
 
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum
jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia
kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun
konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari
tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.
Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak
sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana
ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau
pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.


"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

================================================================================
Biar membesar perlahan-lahan, daripada berdiri -kaku.
http://pulasan.net/dilemma




      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke