*untuk menerima artikel Motivasi Pembangunan Diri PERCUMA
terus ke email Anda, daftar FREE di sini.

Tidak Semuanya Indah Apabila Berjaya

Ada pepatah mengatakan bahawa, untuk berjaya 
adalah sukar. Tetapi, untuk terus menahan kejayaan 
di pucak adalah jauh lebih sukar.

Kita sedia ketahui pelbagai rintangan dan halangan 
akan mengundang kita dalam perjalanan mencapai apa 
sahaja kejayaan yang dibanggakan. Ianya adalah 
lumrah hidup untuk menembusi segala halangan dan 
rintangan sebelum mencapai sebarang kejayaan. 
Namun, apabila sampai ke puncak kejayaan, bukan 
semuanya menjadi mudah.

Adakalanya ianya menjadi semakin sukar untuk menahan 
posisi kita di puncak kejayaan!Mungkin anda pernah 
dengar kisah seperti apabila seseorang itu berjaya, 
nanti, ada pula pihak yang akan iri hati dan cuba 
menjatuhkan orang tersebut. 

Hendaknya, kita dijauhkan daripada musibah seperti ini, 
namun, pada hakikat, ada kalanya dan sering kali juga 
ia berlaku.Apabila mencapai kejayaan, seseorang itu pasti 
akan menarik tumpuan orang ramai. Kebanyakannya akan 
menyokong dan merestui kejayaannya. Ramai juga akan 
jadikan kejayaannya sebagai model kejayaan mereka.

Tetapi, ada juga segelintir yang akan tidak senang 
dengan pencapaian tersebut.Sejarah silam menunjukkan 
perkara sebegini berlaku. Beratus ribu rakyat India 
mencintai Gandhi, beribu juga yang membencinya.  

Beratus ribu rakyat menyukai seseorang pemerintah, 
beribu juga pembangkang yang membencinya. Seorang 
penyanyi yang mempunyai beratus ribu peminat setia, 
pasti sahaja mempunyai beribu yang tidak menyukainya.

Apabila anda berjaya, pasti ada segelintir yang tidak
senang dengan kejayaan anda. Di sinilah rintangan dan 
halangan yang lebih besar perlu anda tempuhi.Berita 
baiknya adalah, dalam perjalanan mencapai kejayaan, 
pelbagai rintangan yang kita lalui akan kita harungi 
dengan semangat yang kuat.

Ilmu dan pengalaman kita dalam mengharungi rintangan 
dan halangan ini akan menguatkan diri kita dalam 
menangani halangan dan rintangan apabila berjaya kelak. 

Sebab itu, perjalanan mencapai kejayaan adalah perjalanan 
memantapkan lagi diri kita untuk halangan yang menunggu 
di mercu kejayaan.Ada masanya kita akan bertemu golongan 
yang iri hati dengan kejayaan kita.

Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini 
terjadi. Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?

Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang 
iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa 
kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan. Di dunia, 
hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada 
kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan
keadaan sementara.

Tiada masalah sekrianya anda selesa dengan keadaan 
sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah 
golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.

Kedua, tuhan Maha Adil. Lebih banyak dugaan yang perlu 
anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda 
akan terima sekiranya anda dapat menangani segala dugaan
tersebut dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah 
untuk anda memperkuatkan lagi rohani anda untuk dunia 
dan juga akhirat.

Ketiga, ketahui bahawa, manusia mempunyai sistem motivasi 
automatik yang dikenali sebagai “survival instinct”. 

Maksudnya seperti sekiranya seseorang itu di campak ke 
pulau yang tidak mempunyai penduduk, “survival instinct”nya 
akan berusaha mencari makanan dari buah-buahan, mencari 
makanan melalui ikan di laut, menadah air hujan untuk 
minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting 
dan daun-daun. Kita sedia maklum melalui filem-filem 
layar perak keadaan ini.

Konsep “Survival Instict”  berkesan apabila keadaan 
kita menjadi tertekan. Apabila ada pihak yang iri hati 
dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, “survival 
instinct” akan bermula dan fikiran kita akan menjadi 
lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa sahaja rintangan. 

Semangat kita akan menjadi lebih membara 
dalam mengharungi apa sahaja rintangan. Jiwa kita akan 
di sentuh dan memberi semangat untuk membuktikan 
kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka yang ingin 
melihat kita gagal bahawa mereka adalah salah. 

Bak pepatah Melayu, “Pantang di cabar!”

Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah 
kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada 
kemiskinan. Mereka pada asalnya hidup dengan susah 
dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri keluar 
dari kesusahan itu. Survival instinct memainkan 
peranan dalam keadaan tertekan!

Apabila anda di dalam  perjalanan untuk mencapai kejayaan 
yang cemerlang, ketahui rintangan-rintangan sebegini di 
hadapan. Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai 
kejayaan, tetapi, sekadar memesan supaya anda bersedia 
menanganinya.Kini, anda mengetahui keadaan ini, terdapat 
satu konsep kejayaan yang sering digunakan 
oleh mereka yang berjaya.

Konsep tersebut digelar “Inverse Paranoid”.Paranoid, 
bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan 
sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya 
oleh kerana takut nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. 

Kita risau untuk berjaya kerana takut pula ada yang akan 
mengkhianati kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut 
kita akan rebah dan jatuh semula.Tetapi, konsep “Inverse 
Paranoid” pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan 
bahawa orang ramai mahu kita berjaya, orang ramai akan 
membantu kita untuk berjaya dan orang ramai akan sedaya 
upaya menyokong kita untuk berjaya.

Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep Inverse Paranoid 
dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak 
akan menyebelahi kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran 
anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya 
dan bersedia membantu anda mencapai puncak kejayaan!

http://shueqry.blogspot.com
Blog Motivasi Pembangunan Diri

artikel oleh : Dr Irfan Khairi

p.s : Forwardkan jika Anda rasa artikel ini memberi isnpirasi
pada orang lain, kawan-kawan Anda, keluarga Anda 
mahupun yang tersayang!. Terima kasih.










 
       
---------------------------------
Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.

Kirim email ke