*Kolesterol Darah Yang Tinggi*

 *Klik disini untuk maklumat lanjut <http://www.biovco.com/>*
Sila fowardkan jika anda fikir ia memberi manafaat kepada rakan & kenalan

Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol
dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi
kolesterol yang diperolehi dari makanan supaya apabila terlalu banyak
kolesterol dihasilkan dari makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi
jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi
lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi,
paras kolesterol darah akan meningkat.

*Faktor risiko penyakit jantung yang lain
*
* Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Diabetes
* Kegemukan (berlebihan berat badan)
* Gaya hidup yang sedentari

Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa
doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.

(Jumlah paras kolesterol yang disyorkan : di bawah 200mg/dl atau di bawah
5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras
kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum
wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum
lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik
dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl
selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

*RISIKO*

Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah
tersumbat yang boleh mengakibatkan:

* Serangan jantung
* Angin ahmar (strok)
* Serangan sakit dada atau angina
* Tekanan darah tinggi
* Kegagalan buah pinggang

*Pengurusan sendiri*

*Pendekatan bukan-farmakologi*

*Penurunan berat badan- bersenam secara tekal (tetap dan berterusan)
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30 minit bagi setiap sesi. Berat
badan hendaklah diturunkan tidak melebihi 0.5-1.0 kg setiap minggu. Indeks
Jisim Badan yang disyorkan ialah antara 18.5 - < 25 kg/m2 dan ukuran nisbah
pinggang-pinggul ialah < 0.9 untuk lelaki dan < 0.8 untuk wanita.

* Berhenti merokok

* Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan paras trigliserida
plasma. Walau bagaimanapun, meminum alkohol secara sederhana dikaitkan
dengan peningkatan paras kolesterol HDL (tidak melebihi 21 unit untuk lelaki
dan 14 unit untuk wanita) (1 unit alkohol adalah bersamaan dengan = pain
bir, 1 gelas wain atau = 'peg spirit')

ยท Pengubahsuaian diet-cara mengurangkan lemak dalam makanan adalah seperti
berikut:

Kurangkan pengambilan keseluruhan lemak dalam makanan kepada 30% atau kurang
dari jumlah kalori.

Kurangkan pemgambilan lemak tepu kepada 10% kurang dari jumlah kalori.

Kurangkan pengambilan kolesterol kepada kurang dari 300 mg sehari.

*Petua*

*  Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.

*  Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim
atau mentega ke dalam makanan anda.

*  Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk dimakan

*  Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging

*  Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik kacau-goreng.

* Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
* Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan
sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.

*Klik disini untuk maklumat lanjut * <http://www.biovco.com/>

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
*TESTIMONI PENGGUNA*

Salam Mesra,

Saya disahkan menghidapi kolesterol tinggi oleh doktor semasa menjalani
ujian darah disalah sebuah klinik kerajaan di Kuching, Sarawak. Saya
disyorkan oleh abang ipar saya untuk mencuba Biovco dan setelah mengamalkan
meminum BioVCO 2 botol saya telah sekali lagi menjalani ujian kolesterol dan
menakjubkan tahap kolesterol saya telah menurun dan hingga kini saya akan
tetap meminum Biovco supaya kesihatan saya berkekalan.

Saya juga telah mengesyorkan kakak ipar saya yang menghidapi tyroid untuk
mencuba BioVCO dan dia pun berpuas hati kerana ujian darah menunjukan
perubahan yang baik dan bengkak nampak ada perubahan setelah meminum 2
botol.

Terima kasih BioVCO dan semoga pembaca juga akan mendapat manfaat dari
Biovco jika anda sayang diri anda dan keluarga.

Batrice Veronica
Sarawak
Tel: 013-847****

*KLIK DISINI UNTUK LAIN-LAIN TESTIMONI *<http://www.biovco.com/testimoni.html>
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
** Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti
atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli
perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis
penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni di atas sembuh dengan
izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan
yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


*DAPATKAN SEKARANG : **http://www.biovco.com/beli.php*
<http://www.biovco.com/beli.php>
*DISKAUN HEBAT Jika membeli secara online & keahlian PERCUMA! *
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
*Maynetwork (M) Sdn Bhd* (752224-K)
130-2 Taipan Senawang
Jln Tmn Komersial Senawang 1
70450 Seremban N. Sembilan

Tel : 06-6780544 / H/P : 013-3014262
Fax : 06-6792043

Email : [EMAIL PROTECTED]
Web : *http://www.biovco.com * <http://www.biovco.com/>
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Kirim email ke