GAZA: Angka korban serangan Israel di Gaza mencapai 410, manakala 1,900
lagi cedera apabila pesawat negara Yahudi itu membuka lembaran tahun
baru 2009 dengan meneruskan kempen pengeboman buat hari ke-6, semalam.
Serangan udara terbaru Israel membunuh seorang daripada lima
pemimpin utamanya, Nizar Rayan termasuk empat isteri serta empat
daripada 12 anaknya.
Pembunuhan Nizar dianggap membuktikan niat Israel menghapuskan pemimpin utama
Hamas.
Rayan, 52, adalah profesor undang-undang Islam dan turut terbabit
menyerang askar Israel. Malah, seorang anak lelakinya melakukan
serangan bunuh diri menyebabkan dua pendatang Yahudi maut pada Oktober
2001.
Di NEW YORK, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) mengadakan sesi tergempar selepas negara Arab
mengemukakan resolusi mendesak Israel segera menamatkan serangannya,
tetapi delegasi Barat menyifatkannya tidak seimbang malah mahu
rundingan diteruskan.
Dalam serangan hari ke-6 itu, pesawat Israel menyerang
bangunan pentadbiran Hamas, manakala kereta kebal dan tenteranya
berkumpul dekat sempadan. Akhbar Haaretz melaporkan, tentera Israel
mensasarkan serangan balas darat besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan roket menyebabkan tiga penduduk
awam Israel dan seorang askar terbunuh, kelmarin.
Israel juga menolak gencatan senjata segera selama 48 jam untuk
menambah bantuan kemanusiaan kepada 1.5 juta penduduk Gaza dengan
menyifatkan cadangan Perancis itu tidak realistik.
Di WASHINGTON, Livni memberitahu televisyen ABC matlamat jangka pendek Israel
di Gaza bukan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Hamas.
"Satu-satunya cara rakyat Palestin boleh mewujudkan sebuah
negara ialah dengan mengubah situasi di Gaza... Justeru, perubahan di
Gaza dan perubahan rejim diperlukan untuk mencipta visi dua negara atau
menterjemahkannya kepada realiti," katanya.
Ditanya kemungkinan serangan darat di Gazal, beliau menambah: "Saya tidak
pasti.Tetapi, semuanya sudah sedia." � AP/AFP/Reuters
- Palestin Di BOM lagi. Adakah kita masih memberi sokongan dengan menerima
pakai produk2 yahudi ini.
Cuba fikirkan...
Terima kasih.
http://www.smart2u.com
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/