Salam buat anda, semoga apa yang kita buat diberkati.

Minggu
lepas, ada 3 orang peserta menelefon saya kerana ingin memohon
memberhentikan caruman bulanan takaful serta-merta atas sebab yang
tertentu. Kerana tidak berapa pasti mengapa mereka ingin memberhentikan
sijil takaful tersebut, saya meminta kebenaran untuk berjumpa mereka
kerana ingin merekodkan sebab perberhentian tersebut.

Di awal perbincangan, mereka tidak memberi apa-apa alasan dan
menyatakan hanya kerana kekurangan bajet, tetapi dengan gaji basic
lebih RM1000 dan potongan takaful hanya RM70 sebulan tentunya tidak
musabah jika simpanan RM70 itu membebankan. Dipendekkan cerita akhirnya
seorang dari mereka memberitahu ada kawan beliau yang memberitahu
beliau tak dapat claim atas kes kematian bapanya dari takaful. Saya pun
ambil detailnya dan keesokkan harinya saya berjumpanya.

Bapanya baru meninggal bulan lepas dan baru seminggu beliau ke pejabat
takafulĀ  dan ingin buat claim dan tuntunan RM100,000 tersebut tak dapat
diberikan dan alasan kerana bapa beliau mati akibat penyakit jantung.
Saya lihat sijil takaful bapa beliau dan ia adalah Sijil Takaful
Kamalangan SAHAJA.


Sebenarnya kes-kes begini kerap berlaku menyebabkan pencarum
mengambil tindakan segera disebabkan tiada maklumat sepenuhnya
diberikan. Saya ambil contoh kes diatas kerana kebanyakan dari kita
hanya ambil insuran atau takaful tanpa mengetahui jenis produk dan
coverage yang takaful berikan. Memang dalam takaful kita mempunyai
produk dan kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Agak sukar
bagi kami untuk menerangkan dengan lebih detail kerana kebanyakkan
pelanggan tidak mahu memberikan masa untuk penerangan lengkap dan satu
lagi golongan tidak mahu mendengar langsung dan dah tentu tak ada
apa-apa perlindungan.. namun ianya hanya tugasan yang perlu
dilangsaikan..


Email ini bertujuan memberi sedikit penjelasan kepada tuan/puan
yang telah menjadi perserta takaful ataupun belum. Jika and atau
rakan-rakan lain, ada kemusykilan mengenai sijil yang telah diambil
atau produk baru di takaful harap hubungi kami.


Wassalam,

http://www.takaful.smart2u.com


      Mencari semua rakan di Yahoo! Messenger? Anda boleh dengan mudah 
menjemput rakan anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! 
http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

Kirim email ke