Dapatkan Pakej Tutorial Lengkap Penguasaan Sistem Follow Up Automatik.
Tidak SAH sekiranya anda mengatakan anda seorang "usahawan internet" atau anda
mengatakan anda menjalankan "perniagaan internet" akan tetapi tidak tahu dan
tidak pernah memiliki Sistem Autoresponder!
Tidak memiliki sebarang bentuk Sistem Autoresponder dalam aktiviti pemasaran di
internet boleh diumpamakan anda ingin mengharungi perjalanan 10,000 kilometer
dengan hanya berjalan kaki sahaja!
Anda MUNGKIN mampu sampai ke destinasi yang ingin ditujui tetapi berapa lamakah
masa yang perlu anda ambil untuk tiba ke destinasi tersebut? Mungkin 1 tahun, 2
tahun atau mungkin anda akan terus "GIVE UP" untuk meneruskan perjalanan!
Sebaliknya jika anda memiliki Sistem Autoresponder, perjalanan anda mampu
dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa perlu kerja keras di pihak anda. Ianya
adalah umpama anda menaiki sebuah "jet eksklusif" untuk anda tiba ke destinasi
anda dengan penuh keselesaan.
Apakah Sebenarnya Maksud Sistem Autoresponder? Mengapa Ia Penting Dalam
Meningkatkan Keuntungan Bagi Pemasaran Internet Anda?
Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus
segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah
mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod
pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya
mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem.
Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu
satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi
adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem
autoresponder dapat melaksanakannya.
Secara ringkasnya, antara sebab mengapa anda perlukan sistem autoresponder
untuk aktiviti pemasaran internet anda adalah:
Digunakan untuk menyimpan data pelanggan seperti nama dan alamat email bagi
tujuan follow up.
Sebagai seorang pemasar / usahawan internet, rekod pelanggan seperti nama dan
alamat email mereka adalah amat penting buat perniagaan anda. Dengan memiliki
data seperti nama dan alamat email mereka, anda boleh terus menerus berurusan
dengan mereka dari semasa ke semasa seperti membekalkan maklumat terbaru
berkenaan produk yang mereka miliki ataupun melakukan promosi produk baru.
Digunakan untuk mengasingkan pelanggan mengikut kumpulan kumpulan tertentu
berdasarkan kategori pemasaran yang dilakukan.
Ini adalah fungsi yang penting untuk digunakan dalam aktiviti pemasaran
internet anda. Dalam melakukan pemasaran di internet, anda perlu membina
beberapa kempen pemasaran dan kempen kempen ini perlu diuruskan oleh sistem
autoresponder.
Katakan anda memiliki 5 produk yang ingin dipasarkan di internet. Dengan adanya
sistem autoresponder, anda boleh membina 5 kempen pemasaran untuk kelima lima
produk anda tersebut dan dalam setiap kempen tersebut, anda boleh memasukkan
artikel artikel promosi anda tanpa perlu risau kesemuanya bercampur aduk.
Meningkatkan kepercayaan dan hubungan baik anda dan pelanggan - pelanggan anda.
Sistem autoresponder akan bekerja menghantar email secara berkala dan automatik
mengikut ketetapan (setting) yang telah anda lakukan pada setiap kempen
pemasaran yang dibina.
Katakan pelanggan A membeli produk anda pada hari ini... Selang 2 hari selepas
pembelian, sistem autoresponder akan mengirimkan email kepada pelanggan
tersebut untuk bertanyakan khabar beliau tentang penggunaan produk.
Dengan ini secara tidak langsung pelanggan tersebut akan berasa gembira kerana
merasakan anda mengambil berat terhadap beliau dan sekaligus meningkatkan
kepercayaan beliau terhadap perniagaan yang anda jalankan.
Memudahkan dan meng"automasi"kan aktiviti pemasaran internet anda.
Perkara yang paling utama tentang penggunaan sistem autoresponder ini adalah
untuk memudahkan segala kerja pemasaran internet anda iaitu bagi proses
proses "follow up" dan penghantaran email kepada kesemua pelanggan anda.
Bayangkan jika anda mempunyai lebih daripada 1000 orang pelanggan. Bagaimana
anda mampu untuk menghantar email satu per satu kepada mereka secara manual?
Sudah tentu dalam masa seharipun anda tidak dapat selesai mengirimkan email
kepada pelanggan - pelanggan anda.
Apatah lagi jika anda terpaksa mengingati siapakah yang sudah di "follow up"
dan siapakah yang belum. Hal ini sangat melecehkan jika anda tidak menggunakan
sistem autoresponder.
Menjadikan email yang dikirimkan kelihatan seperti email peribadi (personal
touch).
Anda dapat menjadikan email "follow up" atau email "broadcast" yang dikirimkan
kepada para pelanggan kelihatan seperti email yang dikirimkan secara manual
oleh anda. Maksudnya adalah setiap email yang akan anda kirimkan, pelanggan
anda akan terima mengikut nama masing masing sebagai contoh "Hi Ahmad,
",
"Ali tahu tak bahawa
"
Hal ini adalah kerana anda boleh memasukkan "tag nama" yang akan mendapatkan
nama si penerima email dari database sistem autoresponder. Contoh tag tersebut
adalah seperti [[name]], {!name}, %%firstname%% dan sebagainya bergantung
kepada sistem autoresponder yang digunakan.
Dengan adanya fungsi seperti, jika anda memiliki ribuan orang subscribers,
setiap email yang diterima oleh subscriber anda akan kelihatan lebih "personal"
berbanding jika anda mengirimkan email tanpa menyebut nama si penerima.
Mengelakkan anda daripada dikatakan melakukan SPAM dan di saman.
Tahukah anda bahawa menghantar email komersial tanpa permintaan seseorang dan
menghantarnya berulang ulang kali adalah merupakan satu jenayah siber?
Perbuatan ini adalah dikenali sebagai SPAM dan boleh dikenakan saman oleh pihak
yang berkuasa jika didapati bersalah. Reputasi anda dan perniagaan yang
dipromosikan juga pasti akan jatuh serta rosak akibat tindakan ini.
Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan sistem autoresponder untuk pemasaran
email anda, pengguna yang menerima email anda adalah mereka mereka yang telah
mendaftar dengan rela hati pada sistem anda berdasarkan tawaran yang telah
diberikan pada laman web.
Sekiranya mereka tidak berhasrat untuk menerima sebarang email daripada anda
lagi, mereka dengan mudah dapat keluar dari kempen pemasaran anda dengan hanya
perlu KLIK pada link "UNSUBSCRIBE" sahaja. Maka dengan itu tidaklah anda dikata
melakukan SPAM atau menghantar email tanpa kebenaran mereka kerana anda ada
BUKTI yang menunjukkan mereka telah mendaftar pada sistem anda.
Anda kini sudah memahami betapa pentingnya sistem autoresponder dalam aktiviti
pemasaran internet anda. Beza antara golongan yang mampu menghasilkan "wang
besar" di internet adalah mereka memiliki sejumlah senarai pelanggan yang boleh
di hubungi pada bila - bila masa.
Sekiranya anda ingin bersaing atau ingin sama taraf dengan "otai - otai"
pemasaran di internet atau ingin menjana pendapatan dengan mudah serta ingin
dikenali sebagai seorang usahawan yang boleh dipercayai dan berkredibiliti,
maka sistem autoresponder amat diperlukan untuk tujuan ini.
Jangan lepaskan peluang ini..Dapatkannya sekarang..klik link dibawah ini.
http://www.sistemautoresponder.com/tempahan.php?aff_id=3632