Salam,
Sudahkah Anda Memiliki Sistem Autoresponder?
Tidak SAH sekiranya anda mengatakan anda seorang "usahawan
internet" atau anda mengatakan anda menjalankan "perniagaan
internet" akan tetapi tidak tahu dan tidak pernah memiliki Sistem
Autoresponder!
Tidak memiliki sebarang bentuk Sistem Autoresponder dalam
aktiviti pemasaran di internet boleh diumpamakan anda ingin mengharungi
perjalanan 10,000 kilometer dengan hanya berjalan kaki sahaja!
Anda MUNGKIN mampu sampai ke destinasi yang ingin ditujui
tetapi berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk tiba ke destinasi
tersebut? Mungkin 1 tahun, 2 tahun atau mungkin anda akan terus "GIVE
UP" untuk meneruskan perjalanan!
Sebaliknya jika anda memiliki Sistem Autoresponder, perjalanan
anda mampu dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa perlu kerja keras di
pihak anda. Ianya adalah umpama anda menaiki sebuah "jet eksklusif"
untuk anda tiba ke destinasi anda dengan penuh keselesaan.
Apakah Sebenarnya Maksud Sistem Autoresponder? Mengapa Ia
Penting Dalam Meningkatkan Keuntungan Bagi Pemasaran Internet Anda?
Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang
digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email
secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod
pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email,
no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang
ditetapkan oleh pemilik sistem.
Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen
pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk
kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian,
maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya.
Secara ringkasnya, antara sebab mengapa anda perlukan
sistem autoresponder untuk aktiviti pemasaran internet anda adalah:
Digunakan untuk menyimpan data pelanggan seperti nama dan alamat email bagi
tujuan follow up.
Sebagai seorang pemasar / usahawan internet, rekod
pelanggan seperti nama dan alamat email mereka adalah amat penting buat
perniagaan anda. Dengan memiliki data seperti nama dan alamat email
mereka, anda boleh terus menerus berurusan dengan mereka dari semasa ke semasa
seperti membekalkan maklumat
terbaru berkenaan produk yang mereka miliki ataupun melakukan promosi
produk baru.
Digunakan untuk mengasingkan pelanggan mengikut
kumpulan – kumpulan tertentu berdasarkan kategori pemasaran yang
dilakukan.
Ini adalah fungsi yang penting untuk digunakan dalam
aktiviti pemasaran internet anda. Dalam melakukan pemasaran di internet, anda
perlu membina beberapa kempen pemasaran dan kempen – kempen ini perlu diuruskan
oleh sistem autoresponder.
Katakan anda memiliki 5 produk yang ingin dipasarkan di
internet. Dengan adanya sistem autoresponder, anda boleh membina 5
kempen pemasaran untuk kelima – lima produk anda tersebut dan dalam
setiap kempen tersebut, anda boleh memasukkan artikel – artikel promosi
anda tanpa perlu risau kesemuanya bercampur aduk.
Meningkatkan kepercayaan dan hubungan baik anda dan
pelanggan - pelanggan anda.
Sistem autoresponder akan bekerja menghantar email secara berkala dan
automatik mengikut ketetapan
(setting) yang telah anda lakukan pada setiap kempen pemasaran
yang dibina.
Katakan pelanggan A membeli produk anda pada hari ini...
Selang 2 hari selepas pembelian, sistem autoresponder akan mengirimkan
email kepada pelanggan tersebut untuk bertanyakan khabar beliau tentang
penggunaan produk.
Dengan ini secara tidak langsung pelanggan tersebut akan
berasa gembira kerana merasakan anda mengambil berat terhadap beliau dan
sekaligus meningkatkan kepercayaan beliau terhadap perniagaan yang anda
jalankan.
Memudahkan dan meng"automasi"kan aktiviti pemasaran internet anda.
Perkara yang paling utama tentang penggunaan sistem
autoresponder ini adalah untuk memudahkan segala kerja pemasaran
internet anda iaitu bagi proses – proses “follow up” dan penghantaran email
kepada kesemua pelanggan anda.
Bayangkan jika anda mempunyai lebih daripada 1000 orang
pelanggan. Bagaimana anda mampu untuk menghantar email satu per satu
kepada mereka secara manual? Sudah tentu dalam masa seharipun anda tidak dapat
selesai mengirimkan email kepada pelanggan - pelanggan anda.
Apatah lagi jika anda terpaksa mengingati siapakah yang
sudah di "follow up" dan siapakah yang belum. Hal ini sangat melecehkan
jika anda tidak menggunakan sistem autoresponder.
Menjadikan email yang dikirimkan kelihatan seperti
email peribadi (personal touch).
Anda dapat menjadikan email "follow up" atau email
"broadcast" yang dikirimkan kepada para pelanggan kelihatan seperti
email yang dikirimkan secara manual oleh anda. Maksudnya adalah setiap
email yang akan anda kirimkan, pelanggan anda akan terima mengikut nama
masing – masing sebagai contoh “Hi Ahmad,…”, “Ali tahu tak
bahawa…”
Hal ini adalah kerana anda boleh
memasukkan “tag nama” yang akan mendapatkan nama si penerima
email dari database sistem autoresponder. Contoh tag tersebut adalah
seperti [[name]], {!name}, %%firstname%% dan sebagainya bergantung
kepada sistem autoresponder yang digunakan.
Dengan adanya fungsi seperti, jika anda memiliki ribuan
orang subscribers, setiap email yang diterima oleh subscriber anda akan
kelihatan lebih “personal” berbanding jika anda mengirimkan email tanpa
menyebut nama si penerima.
Mengelakkan anda daripada dikatakan melakukan SPAM
dan di saman.
Tahukah anda bahawa menghantar email komersial tanpa
permintaan seseorang dan menghantarnya berulang – ulang kali adalah
merupakan satu jenayah siber? Perbuatan ini adalah dikenali sebagai SPAM dan
boleh dikenakan saman oleh pihak yang berkuasa jika didapati
bersalah. Reputasi anda dan perniagaan yang dipromosikan juga pasti akan jatuh
serta rosak akibat tindakan ini.
Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan sistem
autoresponder untuk pemasaran email anda, pengguna yang menerima email
anda adalah mereka – mereka yang telah mendaftar dengan rela hati pada
sistem anda berdasarkan tawaran yang telah diberikan pada laman web.
Sekiranya mereka tidak berhasrat untuk menerima sebarang
email daripada anda lagi, mereka dengan mudah
dapat keluar dari kempen pemasaran anda dengan hanya perlu KLIK
pada link "UNSUBSCRIBE" sahaja. Maka dengan itu tidaklah anda dikata
melakukan SPAM atau menghantar email tanpa kebenaran mereka kerana anda ada
BUKTI yang menunjukkan mereka telah
mendaftar pada sistem anda.
Anda kini sudah memahami betapa pentingnya sistem autoresponder
dalam aktiviti pemasaran internet anda. Beza antara golongan yang mampu
menghasilkan "wang besar" di internet adalah mereka memiliki
sejumlah senarai pelanggan yang boleh di hubungi pada bila - bila masa.
Sekiranya anda ingin bersaing atau ingin sama taraf dengan "otai - otai"
pemasaran di internet atau ingin menjana pendapatan dengan mudah serta ingin
dikenali sebagai seorang usahawan yang boleh
dipercayai dan berkredibiliti, maka sistem autoresponder amat diperlukan untuk
tujuan ini.
Jangan lepaskan peluang ini..Dapatkannya sekarang..klik link dibawah
ini.http://www.sistemautoresponder.com/tempahan.php?aff_id=3632