Thamil Anpan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Date: Tue, 8 Nov 2005 04:05:34 -0800 (PST)
From: Thamil Anpan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Fwd: [forum-rakyat] Puisi Sempena Ulangtahun PRM ke-50 Tahun
To: [EMAIL PROTECTED]



--- karim hassan <[EMAIL PROTECTED]>wrote:

> To: Forum Rakyat <[EMAIL PROTECTED]>
> From: karim hassan <[EMAIL PROTECTED]>
> Date: Mon, 7 Nov 2005 19:16:12 -0800 (PST)
> Subject: [forum-rakyat] Puisi Sempena Ulangtahun PRM
> ke-50 Tahun
>
> BAHTERA WARISAN
>
> (Memperingati Ulangtahun PRM ke-50 Tahun, 1955-2005)
>
> Lima puluh tahun dia berdiri di tanah ini
> menyambung perjuangan yang dimulai
> si pelopor yang berani
> menentang Feringgi, Belanda, Jepun, Inggeris
> silih berganti
>
> mereka bertindak sendiri-sendiri
> di Pasir Salak
> di Naning
> di Semantan dan banyak lagi
>
> warisan perkasa ini disambung kemudian
> gandingan tiga serangkai
> si Putera Melayu Nusantara
> si Tujuh Tahun Malam Memanjang
> dan si Putera Gunung Tahan
>
> memang sukar merintis jalan ke puncak
> apabila mengambil jalan ke parlimen
> kerana sering bertemu kemarau di lembah
>
> mereka yang mempersoalkan pembangunan itu untuk
> siapa?
> yang bersuara itu berakhir dengan satu kembara
> panjang
> dari Baling ke Kamunting
>
> Telah kembali hampir semuanya
> segala tukang yang membina bahtera warisan ini
> ketika hidup mereka dilupakan
>
> tetapi bahtera yang ditinggalkan
> masih berada di lautan luas
> dunia baru yang hendak dituju
> masih jauh tidak kelihatan
> sedang langit mendung selalu
> dan pelabuhan telah jauh ditinggalkan
>
> laut pula tidak mesra lagi
> ombak setinggi bukit datang menggulung
> badai pula mengganas seperti lanun
>
> tetapi tiang layar masih belum patah
> walaupun layarnya pudar dimakan terik mentari
> dan kemudi masih teguh
> kerana dicanai dari besi terpilih
> dan kompas bahtera masih belum hilang
> kerana terlekat pada bintang-bintang
>
> bukan sekali dua taufan datang menguji
> memukul bahtera ini bersama ombak dan kilat sekali
> namun ia tidak pecah dan tiang layar tidak patah
> biarpun ada juak-juak
> yang terjun menyelamatkan diri sendiri
> berenang sebagai fakir ke bahtera lain
> dan sesetengahnya lemas sendiri
>
> tetapi yang berani tetap bertahan
> di dalam bahtera ini
> menjahit layar yang terkoyak
> membetulkan haluan kemudi
> dengan mata dan akal memandang lurus ke hadapan
> dan hati berkata:
> biar apa yang telah terjadi,
> terjadilah,
> namun pelayaran tetap diteruskan.
>
> Hassan Karim
> 11 November 2005
>
>
>
>
> __________________________________
> Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in
> one click.
> http://farechase.yahoo.com
>




__________________________________
Start your day with Yahoo! - Make it your home page!
http://www.yahoo.com/r/hs


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

Hancurkan Kapitalisme,Imperialisme,Neo-Liberalisme, Bangun Sosialisme !
******Ajak lainnya bergabung ! Kirimkan e-mail kosong (isi to...saja)ke:
        [EMAIL PROTECTED] (langganan)
        [EMAIL PROTECTED] (keluar)
Site: http://come.to/indomarxist




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke