http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
Bekas Menteri Indonesia dituduh rasuah JAKARTA 17 Dis. - Bekas Menteri Kesihatan Indonesia, Ahmad Sujudi dibicarakan hari ini atas tuduhan rasuah dalam kes melibatkan berjuta-juta dolar. Sujudi didakwa mengaut keuntungan untuk dirinya sendiri atau orang lain dan menyebabkan negara kehilangan wang sebesar 104 bilion rupiah (RM37.8 juta). Dia juga dituduh menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Menteri Kesihatan dari tahun 2001 hingga 2004. Sekiranya didapati bersalah, Sujudi berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) mendapati Sujudi adalah suspek dalam kes rasuah tersebut pada Mei lalu. Sujudi adalah bekas pegawai kerajaan terbaru yang dihadapkan ke muka pengadilan atas kesalahan rasuah di Indonesia, salah sebuah negara yang berdepan dengan masalah korupsi paling teruk di dunia. KPK ditubuhkan pada tahun 2003 untuk mengawal gejala rasuah yang berleluasa dan diberikan kuasa untuk menahan dan membicarakan suspek. Ia mendapat pujian rakyat atas kejayaan membicarakan penggubal undang-undang, bekas menteri, pendakwa raya dan pegawai bank pusat, salah seorang daripadanya adalah biras kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri. - AGENSI [Non-text portions of this message have been removed]
