Refeleksi : Kalau Allah untuk Islam, apakah nama Yakub, Ibrahim, Musa, Yahya 
etc juga hanya untuk Islam? 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Allah untuk Islam - Sultan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 
[email protected]


SHAH ALAM 11 Jan. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan 
semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan 
pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa 
hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan 
baginda pada 5 Januari lalu.

Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar 
Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul 
Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz 
Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana 
Mestika di sini.

Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan 
memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat 
di Selangor.

"Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah 
oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

"Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh 
dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain," 
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan 
perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri 
di sini hari ini. 

Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada 
rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam 
agama bukan Islam.

Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan 
Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 
Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh 
digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.

Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang 
memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 
ketetapan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha 
Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan 
Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).

"Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan 
pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia 
mengelirukan," katanya. 

Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi 
Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly 
menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga 
bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di 
Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan 
negara, katanya. 

Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam 
tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai 
membincangkannya memandangkan ia perkara 'non-justiciable' di bawah bidang 
kuasa raja-raja Melayu.

Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam 
negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada 
setiap masa.

"Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan 
agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim 
bukan Islam," katanya.


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke