Judulnya hebat!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm
Tentera Gaddafi cabul gencatan senjata
Sebuah jet pejuang Libya menjunam ke bumi (kiri) selepas ditembak di kubu
kuat pemberontak, di Benghazi, Libya semalam sebelum terhempas (bawah) dan
menghasilkan kepulan asap hitam. - AFP
--------------------------------------------------------------------------
BENGHAZI 19 Mac - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi
hari ini melancarkan dua serangan udara ke atas bandar Benghazi, kawasan kubu
kuat pemberontak.
Tentera kerajaan turut melepaskan tembakan meriam secara berterusan sehingga
kelihatan asap tebal di ruang udara di selatan bandar ini.
Stesen al-Jazeera melaporkan, seramai 26 maut, sementara lebih 40 yang cedera
kini dirawat di sebuah hospital di Jala, di sini.
Beberapa letupan kuat turut didengari dari tengah bandar Benghazi, ketika
pesawat tentera terbang rendah dan ruang udara bandar ini diselubungi asap
hitam.
Serangan balas tembakan mortar kedengaran dan trak-trak membawa mesingan dapat
dilihat di jalan raya di Benghazi selepas bunyi tembakan dan letupan berterusan
sepanjang malam tadi.
Serangan udara pertama berlaku pada pukul 7.20 pagi (1.20 petang waktu
Malaysia) diikuti serangan kedua kira-kira 20 minit kemudian, tetapi identiti
pesawat yang melancarkan serangan itu tidak diketahui.
Pada pukul 8.17 pagi waktu tempatan, siri letupan kecil dipercayai dari roket
Katyusha mencetuskan sekurang-kurangnya tujuh lagi asap hitam kecil di selatan
bandar ini.
Pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan, pesawat tentera terbang rendah di tengah
bandar ini dan beberapa letupan besar.
Serangan udara itu dilancarkan selepas kerajaan Libya mengumumkan gencatan
senjata berikutan langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan
penggunaan tentera untuk menghalang operasi oleh Gaddafi ke atas pemberontak
dan penduduk awam. - AFP
[Non-text portions of this message have been removed]