http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_05.htm


Kokain punca Whitney Houston lemas


Whitney Houston

--------------------------------------------------------------------------------


LOS ANGELES 23 Mac - Pejabat Koroner Los Angeles semalam mengesahkan, kematian 
penyanyi pop legenda Whitney Houston berpunca akibat lemas di dalam tab mandi 
selepas dia mengambil kokain yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Jurucakap pejabat itu, Craig Harvey berkata, Houston, 48, mengalami serangan 
jantung sebelum terjatuh ke dalam tab mandi yang dipenuhi air di sebuah bilik 
hotel di Beverly Hills, bulan lalu.

“Kami yakin terdapat komplikasi jantung disebabkan pengambilan kokain sebelum 
dia lemas,” katanya.

Timbalan Ketua Koroner Penyiasatan, Ed Winter turut mengesahkan perkara itu.

“Kematian Houston merupakan satu kemalangan akibat tindak balas kokain di dalam 
badan yang menjadi punca dia lemas di dalam tab mandi.

“Ia tidak melibatkan sebarang trauma atau perbuatan khianat,” menurut laporan 
akhir koroner yang akan disiarkan dalam masa dua minggu lagi.

... 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke