http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120919/lu_04/Rakyat-Syria-tidak-boleh-tunai-haji-musim-ini

Rakyat Syria tidak boleh tunai haji musim ini
DAMSYIK 18 Sept. - Rakyat Syria tidak boleh menunaikan haji tahun ini ekoran 
hubungan tegang antara Damsyik dan Riyadh ekoran konflik di negara ini.

Agensi berita rasmi SANA melaporkan Syria melaksanakan semua prosedur perlu 
yang ditetapkan Arab Saudi untuk musim haji yang dijadual bermula pada bulan 
depan.

Bagaimanapun, ia menyatakan pihak berkuasa Arab Saudi tidak menerima maklumat 
terperinci yang disediakan pada waktunya.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi gagal dihubungi untuk mendapatkan 
penjelasan.

Hubungan Syria-Arab Saudi tegang apabila Damsyik menuduh Riyadh membantu 
pemberontak untuk menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad. - AGENSI


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke