http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_03/Indonesia-pindah-pusat-pentadbiran

Indonesia pindah pusat pentadbiran
JAKARTA 17 Jan. - Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Marzukie Ali 
mencadangkan pusat pentadbiran Indonesia dipindah ke lokasi lain.

Cadangan memindahkan pusat pentadbiran kerajaan ke lokasi lain, tegas Marzukie, 
disebabkan kota metropolitan Jakarta sudah terlalu sarat dengan pelbagai 
masalah.

Menurut beliau, selagi tidak berpindah, masalah kesesakan trafik, banjir buruk 
serta pengurusan sampah di Jakarta sukar ditangani dengan baik.

Marzukie berkata, kesemua masalah yang terbeban di kota Jakarta itu tidak mampu 
diselesaikan oleh sesiapa atau sampai bila-bila dengan apa cara sekalipun.

"Sampai bila sekalipun, keadaannya akan tetap sama seperti hari ini. Ibu kota 
harus dipindahkan dan baru masalah Jakarta akan segera selesai secara 
bertahap," katanya seperti dilaporkan agensi berita Antar


Artikel Penuh: 
http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130118/lu_03/Indonesia-pindah-pusat-pentadbiran#ixzz2IIaFzuZH
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke