Ref: Ganas juga ibu pejabat ini. Hehehehe

http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_03/Ibu-pejabat-Pemex-meletup-25-maut

RKIB : 02/02/2013


Ibu pejabat Pemex meletup, 25 maut
  
Pasukan penyelamat sedang mencari mangsa-mangsa yang terperangkap ekoran satu 
letupan kuat di ibu pejabat syarikat petroleum dan gas Mexico, Pemex, kelmarin. 
- AFP 
MEXICO CITY 1 Feb. - Satu letupan kuat menggegarkan ibu pejabat syarikat 
petroleum dan gas Mexico, Pemex di sini semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 
25 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.

Pasukan penyelamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira 3.40 petang 
(5.40 pagi waktu Malaysia) di bangunan setinggi 54 tingkat itu dan punca 
kejadian masih belum dapat dipastikan.

Letupan berkenaan menyebabkan tiga tingkat bangunan tersebut rosak teruk dan 
sebuah bumbung yang menghubungkan ruang tambahan dengan bangunan berkenaan 
runtuh.

Seorang jurucakap agensi jabatan pertahanan awam berkata, siasatan awal 
mendapati punca letupan mungkin disebabkan gas yang terkumpul di dalam sebuah 
bilik elektrik.

Menteri Dalam Negeri, Miguel Angel Osorio Chong berkata, seramai 17 wanita dan 
lapan lelaki terbunuh dalam letupan tersebut dan lebih 100 lagi cedera.

Katanya, pasukan penyelamat masih belum dapat memastikan jumlah sebenar mangsa 
yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pasukan penyelamat yang turut dibantu unit anjing pengesan, helikopter dan 
beberapa buah ambulans telah dikerah ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa 
yang terselamat.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dalam laman mikro Twitter berkata, seorang 
mangsa berjaya diselamatkan setakat ini.

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap berhubung insiden letupan 
tersebut, dan saya berharap tiada spekulasi dikeluarkan tentang kejadian itu," 
katanya.

Beliau turut mengarahkan usaha mencari dan menyelamat dilakukan secara 
berterusan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Syarikat gergasi Pemex merupakan firma petroleum dan gas keempat terbesar di 
dunia yang menghasilkan kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari. - AFP


Artikel Penuh: 
http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130202/lu_03/Ibu-pejabat-Pemex-meletup-25-maut#ixzz2Jt122JCv
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke