http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_09/Fosil-reptilia-terbang-prasejarah

RKIB : 22/03/2013

Fosil reptilia terbang prasejarah
 
Ahli paleontologi dari Universiti Persekutuan Rio, Alexander Kellner 
menunjukkan fosil seekor pterosaur atau 'cicak bersayap' di Muzium Negara Rio 
de Janeiro, semalam. - REUTERS 
RIO DE JANEIRO 21 Mac - Fosil seekor reptilia terbang prasejarah bersaiz besar 
didedahkan kepada umum di Muzium Negara Rio de Janeiro di sini semalam, lokasi 
berlangsungnya satu kongres antarabangsa tentang kepupusan spesies pada Mei ini.

''Apa yang membuatnya sedikit istimewa adalah kerana ia merupakan fosil yang 
hampir lengkap pernah ditemui dengan hampir keseluruhan rangka malah tengkorak 
reptilia itu masih terpelihara,'' kata Alexander Kellner, ahli paleontologi 
dari Universiti Persekutuan Rio.

Kellner pada masa sama turut menerangkan tentang reptilia terbang yang dikenali 
sebagai pterosaur atau 'cicak bersayap' yang mempunyai kepak berukuran 8.2 
meter.

Fosil reptilia prasejarah itu disifatkan daripada spesies 'Tropeognathus 
mesembrinus' yang ditemui di pelantar Chapada do Araripe di timur laut Brazil.

Kellner menyifatkan reptilia itu sebagai antara yang terbesar pernah ditemui di 
hemisfera selatan dan ketiga di dunia.

''Kami boleh membuktikan reptilia gergasi ini terbang di timur laut Brazil 
lebih awal daripada yang disangka kerana fosil itu ditemui di dalam formasi 
batu berusia 110 juta tahun,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: 
http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_09/Fosil-reptilia-terbang-prasejarah#ixzz2OOKWNaLB
 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke