Mas Syarif,
Wah nyambung, nih.........sahabat saya memberikan penjelasan sbb (copas):
Mistis nombor 6666
Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat
di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam
(6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.
Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang
dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa
dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai
agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan
daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah
kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).
Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak
susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula
dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat
bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan
bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke
hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka
itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang
sebenar.
Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu
senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah
ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau
jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:
Surah:
1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684
11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428
16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537
31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165
51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304
56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184
61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20
-----------------------------------------------------------
Jumlah besar =
6,236 ayat
-----------------------------------------------------------
Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti
yang diajar ulama palsu.
-----Original Message-----
From: Syarif Hidayat [mailto:[email protected]]
Sent: Saturday, February 06, 2010 6:48 PM
To: [email protected]
Hmmm,
Saya sempat ditanya oleh seserang teman dekat, berapa jumlah ayat Alquran,
apakah 6666 ayat ataukah 6236 ayat?. Karna kalo dihitung sendiri jumlahnya
ada 6236 ayat, tetapi kenapa di sekolah dasar dan menengah malah diajarkan
bahwa jumlah ayat AlQuran adalah 6666 ayat.
Mohon bisa dibantu...
_______________________________________________
Is-lam mailing list
[email protected]
http://server03.abangadek.com/cgi-bin/mailman/listinfo/is-lam
__________ NOD32 4805 (20100125) Information __________
This message was checked by NOD32 antivirus system.
http://www.eset.com
_______________________________________________
Is-lam mailing list
[email protected]
http://server03.abangadek.com/cgi-bin/mailman/listinfo/is-lam