Berita Harian - Khamis 28/10/2004

- Sastera -


Barat tidak bangkit tanpa Islam


KHALAYAK pelbagai bangsa pada Diskusi Buku '7 Formula Individu Cemerlang' di MPH Bookstore, Midvalley Megamall, Kuala Lumpur, baru-baru ini, ‘dikejutkan’ dengan kenyataan kebangkitan di Barat tidak akan berlaku tanpa Islam.

Penulis buku '7 Formula Orang Berjaya', Dr Danial Zainal Abidin, membuat kenyataan itu sambil menjelaskan penulis agung Barat mengagumi golongan Islam yang berjaya membina tamadun dan empayar di Andalusia.

“Pada tahun 600 Masihi hingga 1600 Masihi, Barat tidak mengenali Renaisans dan ilmu moden. Islam melahirkan saintis seperti al-Khawarismi. Ilmu janaan cendekiawan Islam akhirnya dikembangkan oleh Barat hingga mereka berjaya melancarkan Renaisans,” katanya.

Dr Danial yang pernah keliru dan tidak dapat melihat kebenaran dalam Islam ketika zaman remajanya terbuka hatinya kepada Islam apabila membaca ‘Muhammad In The Bible’ karya Paderi Besar Kristian, David Jamian.

“Nasib yang menimpa umat Islam hari ini adalah kerana mereka tidak mengetahui inti sari Al-Quran. Al-Quran yang menggerakkan saya menjadi ahli sains kerana di dalamnya saya temui teks sains,” katanya.

Beliau nyata kurang senang dengan pendekatan pengajaran Islam dulu dan kini yang mengetepikan penemuan semasa sedangkan al-Quran menyuruh manusia mencari maksud, makna dan perincian kewujudan sesuatu.

“Mengapa tanah dijadikan pilihan sebagai pembersih dalam Islam tidak pernah dijelaskan oleh ustaz mahupun ustazah. Dalam sains perlu ada kajian dan pembuktian. Inilah yang saya temui dalam al-Quran,” katanya.

Beliau mengaku menulis '7 Formula Orang Berjaya' bersandarkan al-Quran dan tidak memasukkan pandangan peribadi kerana ia bukan cara betul mentafsir al-Quran tetapi memanfaatkan penemuan semasa.

“Tidak ada kisah sejarah lebih agung daripada sejarah kebangkitan Islam di bumi Arab sehingga masyarakatnya yang sentiasa berperang dan bersengketa antara satu sama lain berjaya melahirkan renaisans serta membolehkan Barat melahirkan renaisans pula,” katanya.

Dr Danial yang sedih melihat umat Islam hari ini berharap mereka akan berbalik kepada al-Quran serta Sunnah di samping bukan saja membaca al-Quran tetapi berusaha memahami kandungannya.

“Barat menyatakan ilmu adalah kuasa dan hanya memandang aspek kerohanian penting pada 1997 tetapi Islam mementingkan aspek ini sejak dulu sehingga nabi Muhammad saw berjaya melahirkan umat Islam yang hebat,” katanya.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mizan Hitam, selaku panel diskusi mengakui kekuatan buku Dr Danial kerana diadun dengan pendekatan al-Quran dalam memperkatakan hal berkaitan Barat dan kemodenan.

“Pengarang buku ini menyatakan dengan jelas formula kecemerlangan yang terkandung di dalam al-Quran dan kekuatan Islam dalam pembinaan insan sehingga saya sendiri belajar perkara baru melaluinya,” katanya.

Meskipun buku ini ditulis secara mudah dan praktikal tetapi Dr Mizan meletakkannya sebagai karya yang ada berlian kerana boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan pelajar, pemimpin masyarakat dan mereka yang ingin menjadi individu cemerlang.

Setiap bab buku terbabit dikatakan mampu mengumpan pembaca untuk meneruskan bacaan mereka kerana pengarang menamatkan tulisannya sebelum pembaca sempat merasa bosan.

Dr Mizan turut mengakui salah satu ciri orang berjaya yang dimuatkan oleh Dr Danial sebagai bercakap benar sepanjang masa mendorongnya untuk membaca buku terbabit dengan penuh minat.

“Persoalan mengapa tujuh menarik minat saya dan meskipun ada pertindihan di antara bab tetapi mengukuhkannya lagi. Mereka yang mengejar masa boleh membaca beberapa rencana dan akan mendapat maklumat di sana sini daripada buku ini,” katanya.

Tujuh formula mencapai kejayaan yang disenaraikan dalam buku ini ialah mengenali kehebatan dan potensi diri; meledakkan takwa; melonjakkan ilmu; hidup bermatlamat dan berwawasan; memelihara amanah; berfikiran positif serta menyantuni manusia.

Tidak ketinggalan cadangan pengarang buku ini agar manusia menjauhi budaya ‘Bangau Oh Bangau’ dan perbahasan dalam Formula 2: Meledakkan Takwa menarik perhatiannya kerana pengarangnya mengaitkan faktor alam dan sains dalam pembicaraannya.

Selain itu, 10 rencana dalam buku ini dikatakan menyokong ketujuh-tujuh formula Dr Danial dan bahagian Epilog paling memikat kerana pengarang membahagikan manusia kepada dua jenis iaitu termometer dan termostat.

“Manusia termometer adalah manusia yang menerima seadanya apa yang berlaku tanpa berusaha melakukan perubahan manakala manusia termostat pula yang menyesuaikan diri dengan keadaan bagi mencapai sesuatu yang lebih menarik,” katanya.

Sama ada umat Islam mahu menjadi manusia termometer atau termostat dalam mengharung cabaran mendatang menjadi hak mereka tetapi sudah pasti pengarang buku ini mengharapkan mereka membaca karyanya dengan kesediaan bermuhasabah diri.


<http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20041028084339/Article/>

--

FARIS HASBULLAH

PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD

P10 & P11, Jalan Pesona 1, Pesona Height,

Bukit Tinggi, Bentong, 28750

Pahang Darul Makmur


HP : 019-286-2600

Tel (P) : 09-233-0485

Fax : 09-233-0486

Web : www.pts.com.my



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
 
Will you help a needy child?
· It only costs .60¢ a day · It's easier than you think.
· Click here to meet a waiting child you can sponsor now.


Yahoo! Groups Links

<<attachment: Glacier Bkgrd.jpg>>

Kirim email ke