> Dear All,
> please be extra careful of ths new trick.
>
>
>
> Taktik Ragut Baru
>
> Saya nak maklumkan semua mengenai satu peristiwa
> yang berlaku di fasa 5C
> Bangi Sabtu lalu . Ia boleh berlaku di mana-mana
> saja. Peristiwa ini
> melibatkan isteri Asmuda yang tinggal di Jln 5C/3.
> Pada lebih kurang
> pukul 6.30 ptg ketika membelok masuk dari Jalan
> Reko ke fasa 5C kereta
> Satria isteri Asmuda telah diekori sebuah
> motosikal. Pemandu
> motosikal itu telah menendang belakang kereta ini
> dan kemudian
> memotongnya.
>
> Dia kemudian berhenti di hadapan, merebahkan
> motosikalnya dan baring di
> atas jalan. Isteri Asmuda hairan dgn keadaan ini
> dan hampir nak keluar
> kereta. Kebetulan ada sebuah kereta di belakangnya
> dan pemandu kereta
> itu telah memberitahunya supaya jangan keluar dari
> kereta dan terus
> beredar sahaja dari satu. Ister i Asmuda pun terus
> pulang ke rumah.
> Pemandu motosikal ini, ketika ini disertai 3 orang
> kawan lain, kemudian
> mengekorinya ke rumah. Dia kemudian menuntut ganti
> rugi dari isteri
> Asmuda kerana "menyebabkan kemalangan". Dia
> mendakwa cedera di
> beberapa bahagian badannya dan memarahinya serta
> mengugut akan
> membuat laporan polis.
>
> Isteri Asmuda enggan membuat sebarang pembayaran
> dan memberitahu pemandu
> motosikal ini dia akan ke balai polis kemudian
> bersama suaminya.
> Selepas itu mereka beredar. Kemudiannya baru Asmuda
> pulang dan dia telah
> ke balai polis untuk membuat laporan mengenai
> peristiwa ini Ketika di
> sana, di dapati tiada sebarang laporan polis telah
> dibuat oleh sesiapa
> mengenai "kemalangan" di simpang Jalan Reko-Fasa
> 5C.
>
> Ketika Asmuda menceritakan mengenai hal ini di
> surau semalam, ada kawan
> yang menyatakan "kemalangan" yang sama juga pernah
> berlaku di Sg Ramal.
> Kumpulan ini terdiri dari 3 lelaki India dan se
> orang Melayu dan nampaknya
> mengambil kesempatan terhadap wanita yang memandu
> seorang diri. Oleh
> itu, maklumkan isteri atau isteri-isteri serta anak
> perermpuan supaya
> berhati-hati dalam hal ini. Jika berlaku kemalangan
> yang pelik sebegini
> ikuti panduan berikut:
>
> 1. JANGAN KELUAR dari kereta. Sekiranya wanita
> terbabit keluar dari
> kereta dia akan terdedah kepada bahaya fizikal dan
> diragut.
>
> 2. Sentiasa kunci semua pintu ketika memandu.
>
> 3. Jika terbabit dgn "kemalangan" sebegini, jangan
> pergi ke balai polis
> bersama "mangsa" terbabit. Apa-apa sahaja boleh
> berlaku dalam
> perjalanan.
>
>
>
> --
> Penolong Pegawai Sistem Maklumat (PPSM(ICT)P3)
> Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
> Bahagian Teknologi Maklumat & Infodesa (ICT)
> Aras 7, Parcel D,Blok D9,
> 62606 Putrajaya.
>
>
>
__________________________________
Do you Yahoo!?
The all-new My Yahoo! - Get yours free!
http://my.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/O2aXmA/I_qJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/