Dipetik dari akbar Utusan Malaysia,"Gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter di laut utara Sumatera menggegarkan pulau itu serta Semenanjung Malaysia selain kawasan pantai Sri Lanka, selatan India, Singapura dan pantai Thailand." Dipetik dari akbar itu juga,"Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berukuran 8.2 pada skala Richter. Agensi Meteorologi Jepun pula menyatakan ia berukuran 8.5 pada skala Richter."

 

Menurut laporan dalam akbar Berita Harian, "Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca dalam kenyataannya berkata, gegaran yang dikesan jam 12.09 malam tadi boleh menyebabkan tsunami seperti pada 26 Disember lalu berikutan gempa bumi berhampiran Banda Aceh berukuran 9 pada skala Richter. Di Pulau Nias, selatan Sumatera, berpuluh-puluh orang dilaporkan mati manakala beratus-ratus rumah dan bangunan musnah dalam kejadian itu."

 

Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa takut dan mempunyai kesedaran ke hadrat Allah SWT dan berserah kepada takdir yang telah berlaku di sekeliling kita. Gempa bumi yang berlaku di Sibolga Sumatera. Bergitu juga trajedi yang  Tsunami yang berlaku pada 26 Disember lalu di selatan Asia telah menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. Tanpa syak, ia merupakan satu pengajaran dan satu peringatan kepada mereka yang beringat, agar mereka akan kembali kepada Tuhan mereka dan Pencipta mereka.



 

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).

Al-Baqarah : Ayat 59

 

 

          Kejadian yang berlaku ini sememangnya tidak kemungkinan berlaku lagi. Jika kita lihat keadaan kini, Islam memang dihina, disisihkan dan di tindas dengan dasyatnya. Fatwa mufti ibarat satu pameran untuk disimpan diarkib-arkib sahaja. Bukan itu sahaja, malah mufti ibarat dipersalahkan apabila pegawai JAWI membuat sebuan. Amal maaruf nahi mungkar dihina. Bukan itu sahaja, malah pegawai JAWI dicerca dan dikutuk serta difitnah dengan pelbagai tomahan.

 

          Begitu juga isu konsert sure heboh yang mana dari petikan fatwa kebangsaan:

 

Adalah disyorkan agar karnival ini dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Sebagai ketua negara Islam ayat Al-Quran di bawah parlu diambil kira dalam membuat keputusan terhadap pemberhentian �sure heboh� ini.

 �Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka (menjadi agenda utama mereka) mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh ma�ruf dan mencegah munkar dan kepada Allahlah kembali segala urusan.

Al-Haj � ayat 41

 

Budaya berhibur yang keterlaluan seperti yang dipaparkan melalui rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan sebagainya adalah jelas bertentangan dengan hukum syara�. Ini adalah kerana selain menggalakkan budaya berhibur di kalangan remaja, ia juga jelas membelakangkan hukum agama seperti menggalakkan pergaulan bebas dan percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan menyelitkan budaya kebaratan.

 

          Walaupun isu pengharaman jelas dikeluarkan dari Majlis Fatwa, namun konsert Sure Heboh lebih giat dilakukan begitu juga konsert Akademi Fantasia, Audition, Malaysian Idol dan sebagainya. Malah jika dipetik dari laporan akbar Harakah Kira-kira 540 kondom ditemui di tapak program 'Karnival Sureheboh TV3' di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah sewaktu dan selepas program tersebut pada 17 dan 18 April lalu�. Namun penglibatan muda mudi Islam kita sangat keterlaluan, menurut akbar Harian Metro bahawa �Penerbit program Mentor, Sufian Mat Isa berkata, penyertaan yang diterima cukup menggalakkan dan mencecah lebih 2,000 penyertaan. Malah dalam Harian Metro dilaporkan Lebih 1,000 peminat sanggup menanti dari jam 12 tengah hari lagi sedangkan sesi bertemu peminat hanya berlangsung mulai 3.30 petang�. Cube kita bayangkan, peminat sanggup berasak-asak dengan majlis yang jelas telah diHARAMkan oleh majlis fatwa kebangsaan.

 

Derita Aceh bukanlah derita penduduk Aceh sendirian tetapi dirasai oleh insan di negara lain, mungkin beribu-ribu kilometer jauhnya. Menurut penduduk tempatan Aceh, antara negara yang menunjukkan komitmen tinggi di bumi yang pertama menerima kemasukan Islam di Asia Tenggara itu ialah Amerika Syarikat, Australia, Turki dan juga Malaysia. Bagaimanapun timbul kekhuatiran pemimpin tempatan Aceh kerana ada di kalangan pihak yang sedia menawarkan bantuan, telah membuat janji-janji kosong. Demikian juga meluasnya penganjuran konsert-konsert dan pesta-pestaan membabitkan bintang antarabangsa atas nama untuk membantu mangsa tsunami.

 

Misalnya seorang kepala desa berkata beliau 'sudah kenyang' dan �muak� dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak tertentu. Mereka masih �waras� dan tetap imannya dengan menyatakan mereka tidak rela menerima bantuan daripada sumber haram. �Jika pada peringkat awal dulu, kami dalam darurat maka segala bantuan akan kami terima kerana dalam situasi begitu, yang haram boleh jadi halal, tetapi keadaan sekarang amat berbeza,� katanya. Pandangan ketua kampung itu amat jitu. Ini kerana ada pihak di bumi Aceh mendakwa musibah ditimpakan Allah SWT itu disebabkan kelekaan penduduk seperti sering berhibur dalam maksiat seperti konsert bebas. Dan sekarang adalah amat �mengerikan� memikirkan ada pihak menganjurkan konsert dan pesta-pestaan kononnya mahu membantu mangsa tsunami.

 

Oleh itu, marilah kita sedar kembali dan sentiasa beristighfar kepada Allah dan bersyukur kepadaNya yang masih terselamat dari bencana gempa bumi. Namun gegaran gempa bumi yang berlaku di Sibolga, Sumatera yang dirasai perlulah dijadikan sebagai peringatan, bahawa kita dalam bahaya. Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat sekelian, marilah kita sama amal maaruf nahi mungkar semoga kita terselamat dari kemurkaan Allah.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke