Saya rasa terkedu mendengar kenyataan Gani Patail mlm
ni tadi dlm TV. Menurut gani remaja 18 thn ni telah
memberi jwp yg sgt negatif pd polis, semasa polis buat
siasatan. Dikatakan apabila polis yg menyiasat
bertanya kenapa tidak pergi PLKN, jwbnya malas...

Saya rasa saya boleh memahami remaja ini. Kemungkinan
besar dia berasa malu hendak menceritakan kemiskinan
dia pada orang lain, orang miskin pun ada maruah diri.

Bayangkan pelajar ini bersetuju untuk pergi, bukan shj
dia akan kehilangan pekerjaan dan duit upah utk
menanggung keluarga, dia juga terpaksa mengeluarkan
belanja untuk keluar dari kampung dan pergi ketempat
pengumpulan, perlu juga disediakan beberapa helai baju
yang berjenis untuk dipakai disana, takkan nak pakai
uniform sepanjang masa. perlu juga kasut sepasang,
selipar tandas sepasang, baldi, berus gigi dan ubat,
sabun kain, berus kain dan sbgnya. semua ini sekarang
dia berkongsi. Pendek kata segala keperluan untuk
menghantar anak kita keasrama terpaksa disediakan,
iaitu dari tambang hinggalah sedikit dut poket. Siapa
yang tanggung semua tu. Saya tahu beberapa keluarga
miskin yang tidak dapat menghantar anak2nya ke Sekolah
asrama penuh lantaran kemiskinan. Bukan ada siapa yang
peduli

Kesimpulannya kerajaan yang tidak prihatin dengan
kebajikan rakyat sudah pasti tidak terfikir ada rakyat
yang merempat dinegara sendiri.

Shahidan kasim pula tolong bayar denda, apa cerita?
sebuah badan kerajaan jatuhkan hukuman, ketua kerajaan
negeri berkenaan tolong settle pula. Cerita lawak apa
ni ?? Pelik betul Malaysia ni...

DrLo'lo'
0192100066
--- syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
> Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:NEGARA MAJU
> ANAK BANGSA MISKIN
> : KES AHMAD HAFIZAL DAN PLKN
>
> ROSLAN SMS

> Rakyat masih tertunggu-tunggu pendakwaan terhadap 18
> perasuah profil tinggi yang kononnya mahu didakwa
> oleh kerajaan pimpinan Pak Lah. Namun kesaat ini tak
> seorang pun yang diseret ke mahkamah. Tiba-tiba
> seorang anak remaja 19 tahun dihadapkan di mahkamah
> majistret di Perlis kerana didakwa gagal menghadiri
> Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
>
>
> Ahmad Hafizal didenda RM600 atau 14 hari penjara
> kerana kesalahan tersebut!
>
> Yang sedihnya remaja dari Kampung Titi Serong Kuala
> Perlis ini telah memilih untuk menjalani hukuman
> penjara atas alasan tidak mampu membayar denda
> tersebut.
>
> Ya tidak mampu! Menurut keterangan beliau
> keluarganya miskin, beliau tinggal dengan ibunya
> seorang pembantu tadika yang bekerja mencuci pinggan
> mangkuk (yang ditinggalkan suami) dengan 2 orang
> adik yang masih bersekolah. Ibunya memperolehi
> pendapatan RM150 sebulan manakala beliau sendiri
> mendapat RM30 sehari bekerja mengambil upah
> mengerjakan sawah padi.
>
> Banyak perkara yang keliru dan bercelaru di sini.
> Pokoknya mengapa si miskin yang serba kekurangan dan
> daif ini perlu diseret ke mahkamah atas kesalahan
> yang sangat remeh dan tidak masuk akal.
>
> Mengapa beliau harus menyertai PLKN kiranya
> menyertai program tersebut bermakna keluarganya
> kekurangan RM30 sehari untuk hidup?!
>
> Dimanakah Jabatan Kebajikan, Baitul Mal, kerajaan
> negeri yang kononnya terkenal dengan Tradisi Membela
> Rakyat itu? Tegang-tegang urat leher pemimpin kita
> mengisytiharkan kononnya nak menjadikan Malaysia
> setaraf dengan Negara dunia pertama, rupa-rupanya
> anak bangsanya sendiri merempat, kais pagi makan
> pagi.
>
> Hari ini UMNO merayakan ulangtahunnya ke 59. Umno
> kononnya ditubuhkan untuk membela agama, bangsa dan
> Negara tetapi di Perlis yang Umno berkubu sejak
> merdeka masih ada anak bangsa yang hidup melarat,
> tidak mendapat pembelaan, dahlah susah dipenjarakan
> pula.
>
> Saya kira banyak pihak bersalah disini termasuklah
> majistret yang langsung tidak mengambil kira
> kesempitan hidup remaja ini, pihak kerajaan yang
> ghairah mendakwa dan banyak pihak lagi. Dan saya
> juga hairan mengapa seorang sahaja remaja dihadapkan
> ke mahkamah semalam. Takkanlah tiada yang melakukan
> kesalahan yang sama di negeri-negeri lain? Mengapa
> tidak dilakukan pendakwaan serentak seluruh Negara?
> Mengapa pendakwaan berpilih-pilih?
>
> Apakah kerana anak ini anak orang miskin, tidak
> mampu mengambil peguam, tidak berpelajaran maka
> diperagakan simalang ini semata-mata untuk kerajaan
> menunjukkan kepada orang ramai bahawa ia serius
> dalam menangani isu mereka yang tidak menghadiri
> latihan PLKN? [EMAIL PROTECTED]


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke