ADAB-ADAB MENJADI AHLI KORPORAT / BISNES YANG CEMERLANG
Sahabat Abdul Rahman bin Auf juga merupakan seorang yang
kaya raya. Ibn Saad dalam kitab At-Tabaqat meriwayatkan, “Ketika Abdul
Rahman bin Auf meninggal dunia salah seorang isterinya memperoleh harta pusaka
sebanyak 80,000 dinar emas.” Sebelum beliau meninggal dunia beliau mewasiatkan
agar di dermakan 50,000 dinar emas dari hartanya untuk perjuangan Islam, dan
untuk mereka yang pernah menyertai perang badar, beliau dermakan 400 dinar emas
bagi setiap orang. ADAB-ADAB BISNES Imam Al-Ghazali, dalam kitab Ihya Ulumuddin bab Adab Berusaha Dan Mencari Kehidupan,
ketika membicarakan tentang perniagaan, menetapkan, seseorang peniaga atau ahli
bisnes hanya dikira sebagai seorang yang mementingkan agama serta syariat dalam
bisnesnya jika dia memelihara tujuh perkara,
iaitu, 1.
Membaikkan niat serta akidah di peringkat awal perniagaan. Seseorang
peniaga hendaklah berniat, penglibatannya dalam bidang perniagaan adalah untuk
memelihara dirinya dari meminta-minta serta untuk membantunya melaksanakan
tuntutan agama. Dia juga perlu berniat, penglibatannya adalah untuk menunaikan
segala keperluan keluarga. Di samping itu dia perlu berniat untuk menegakkan
keadilan dan berlaku ihsan dalam muamalatnya serta menyuruh manusia kepada
makruf dan mencegah kemungkaran. 2.
Memastikan tujuannya berusaha ialah untuk menegakkan salah satu dari
tuntutan fardu kifayah. Jika mampu, dia hendaklah menjauhi bidang perniagaan
yang memfokuskan kepada pembuatan barang-barang perhiasan duniawi yang tidak
menguntungkan agama. Dia wajib menjauhi perniagaan barangan yang diharamkan
agama, sebagai contoh, pakaian sutera bagi lelaki, cincin emas bagi lelaki dan
yang seumpamanya. Antara bidang perniagaan yang disukai oleh ulama salaf ialah,
berniaga, membawa barangan, menjahit, mencelup kain, membuat kasut, bertukang
besi, bertenun kain, berburu binatang, menangkap ikan dan membuat
kertas. 3.
Memastikan agar aktiviti duniawinya tidak menjadi penghalang kepada
aktiviti akhiratnya. Hal ini diingatkan Allah dalam surah An-Nur ayat 37 yang
bermaksud, “Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan perniagaan dan jual belinya dari
mengingati Allah, menegakkan solat dan membayar zakat.” Omar Al-Khattab pernah
berpesan kepada para saudagar dengan berkata, “Jadikanlah awal siangmu untuk
akhiratmu dan sesudahnya itu untuk duniamu.” Orang-orang salih terdahulu
menjadikan permulaan serta penghabisan masa siang mereka untuk aktiviti akhirat
dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus, dan menjadikan pertengahan waktu
siang mereka untuk aktiviti perniagaan. Ulama salaf terdahulu apabila mendengar
laungan azan terus meninggalkan kedai-kedai mereka untuk melaksanakan solat.
Ketika itu kedai-kedai itu diurus oleh kanak-kanak dan orang-orang
zimmi. 4.
Memastikan agar zikir kepada Allah tidak dilupakan di tempat kerja. Imam
Al-Hasan pernah berkata, “Orang-orang yang berzikir kepada Allah di pasar-pasar
akan datang kepada Allah pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya.” Mereka
sebenarnya sedang mengamalkan hadis nabi yang bermaksud, “Bertakwalah kamu
kepada Allah di mana saja kamu berada.” Hadis ini ialah sebuah hadis sahih yang
diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. 5.
Memastikan agar diri tidak tenggelam dalam perniagaan. Abdullah ibn Amr
ibn As pernah berkata, “Janganlah kamu menjadi orang yang pertama memasuki pasar
dan orang yang terakhir keluar daripadanya.” (Dalam bahasa hari ini ia
bermaksud, janganlah menjadi workaholic atau orang yang gila kerjaya
sehingga melupakan tanggung-jawab yang lain).
6.
Memastikan agar dia tidak menjauhi perkara-perkara yang haram sahaja. Dia
juga hendaklah berhati-hati dari perkara yang syubhah dan yang meragukan. Jika
keadaan sesuatu barangan meragukan, dia hendaklah memastikan hakikat keadaan
barangan itu terlebih dahulu agar dia terpelihara dari perkara yang syubhah.
Walau bagaimanapun dalam hal ini, pemeriksaan yang terlalu terperinci tidaklah
dituntut oleh agama. Hal ini disebabkan nabi sendiri jika ingin mengetahui
tentang hakikat sesuatu barangan secara terperinci. Baginda hanya bertanya
tentang asal usul barangan itu dan tidak menyelidiki lebih dari itu, dan ini pun
tidak baginda lakukan bagi setiap benda. Perkara ini diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dari Jabir. 7. Memastikan agar dia sentiasa mengawasi diri sendiri daripada mengawasi orang lain. Hendaklah dia menghitung amalan dirinya, menyelidiki niatnya serta menghalusi setiap perbuatan dan perkataannya.
Baca perinciannya
di:
Nukilan Dr. Danial Zainal
Abidin (M.B.Ch.B. Universiti
Alexandria) Pengarah Urusan Danial Zainal
Consultancy, Pengamal Perubatan, Motivator Mutiara FM (Radio Pulau
Pinang), Penulis 8 buah buku, Kolumnis Majalah i,
Pemudah Cara Pelbagai Korporat /
Institusi ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links
|