Telah sama diketahui bahawa penegakkan Khilafah adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim. Wacana penegakan Khilafah saat ini sedang diperjuangkan terus oleh Hizbut Tahrir, meskipun mendapatkan kritikan dari banyak pihak. Beberapa pihak mulai terusik dengan maraknya dakwah HT di berbagai kesempatan. Aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL) beberapa waktu lalu menanggapinya dengan menulis artikel Absurditi Khilafah Islamiyah oleh Abd Moqsith Ghazali di website mereka publikasi 4 April 2005 (http://islamlib.com). Dia mengatakan bahawa Khilafah tidak realistik dan absurd, hanya rumusan dari pengasas HT, belum tentu ulama lain mendukung. Kemudian ketidakjelasan akan mengusung syariat yang mana, serta kegagalan Khalifah dalam mencegah peperangan antara sesama muslim. Sementara itu Pradana Boy ZTF (Dosen UMM dan aktivis Jaringan Intelektual Muda Muhammadiyah) juga mengkritik dengan menulis artikel Utopisme dan Irasionalitas Khilafah Islam di website Universiti Muhammadiyah Malang (http://home.umm.ac.id). Dia mengatakan bahawa sistem Khilafah tidak layak kerana buktinya tidak digunakan oleh negara-negara Arab. Menurutnya sistem demokrasi adalah yang terbaik, kerana buktinya saat ini sedang trend di berbagai negara termasuk negara arab. Penulis ini sedang studi di luar negeri (The Australian National University, Canberra, Australia).

Disisi lain HT menarik perhatian Ismatillah A. Nu’ad (editor Islamic Millennium Forum for Peace and Social Justice, Mahasiswa Jurusan Teologi dan Filsafat UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta) dalam tulisannya yang dimuat di harian Sinar Harapan (10 Agustus 2004): Gerakan Fundamentalisme dan Represif Negara, menyebutkan bahawa fenomena munculnya gerakan dakwah seperti Hizbut Tahrir yang membentuk opini publik supaya negara mempertimbangkan tatanan pemerintahan khilafah di mana isu-isu syari’at Islam ada di dalamnya tentu saja sudah menjadi bahagian dari gerakan fundamentalisme.

Termasuk di dalam gerakan fundamentalisme ini adalah Parti Keadilan Sejahtera (PKS). Meskipun mantan Ketua Umumnya yang saat ini menjabat Ketua MPR, Dr. Hidayat Nurwahid, menegaskan jangan berpolemik meminda Undang-undang Dasar (UUD) 1945 untuk menghadirkan pemerintahan Islam (Khilafah Islamiyah). “Kita sudah lelah dengan polemik, akan lebih bijak jika berkonsentrasi untuk melaksanakan ajaran agama”, kata Nurwahid. Pernyataan Ketua MPR itu berkaitan dengan aksi ribuan pengikut Hizbut Tahrir di depan Istana Negara di Jakarta dan tiga kota lainnya: Solo, Semarang dan Surabaya, Ahad (24/10/2004), yang menuntut diwujudkannya pemerintahan Islam. Menurut Ketua MPR, yang lebih penting adalah agar seluruh masyarakat Indonesia melaksanakan ajaran agama seperti dalam pasal 29 UUD 1945. “Jika agama dilaksanakan oleh semua umat beragama pada tingkat moral dan etos kerja saya kira akan membawa dampak positif bagi moral bangsa”, katanya. Hidayat Nurwahid khuatir, polemik tentang pemerintahan Islam, malah menyebabkan orang mengabaikan ajaran agama dan korupsi bermaharajalela, keruntuhan moral di mana-mana, orang menghabiskan harapan mereka dengan berjudi. “Itu semua tidak dibenarkan agama”, ujarnya. Jika Hizbut Tahrir konsisten dengan logika menuntut Khilafah Islamiyah, menurut Ketua MPR, harus disampaikan kepada anggota DPR/DPD untuk diajukan pindaan UUD 1945 kepada MPR. “Itu juga harus disetujui sekitar 1/3 anggota MPR” kata Hidayat Nurwahid kepada Koran Tempo.

Sementara itu Zuhairi Misrawi (Koordinator Program Islam Emansipatoris, P3M, Jakarta) dalam harian Kompas, 23 April 2004, mengkritik dakwah PKS yang benar-benar keluar dari pakem parti Islam, hatta di dunia Islam mana pun. Kerana biasanya pilihan yang diajukan hanya dua, iaitu antara negara minimal (al-dawlah al-Islamiyyah) atau negara maksimal (al-khilafah al-Islamiyyah). Negara minimal adalah pemberlakuan hukum Islam, sebagaimana di Arab Saudi, Taliban, dan Iran. Adapun negara maksimal, iaitu merujuk pada sistem kepemimpinan pasca- Nabi Muhammad Saw, seperti dinasti Umayyah, Abbasiah, dan Ustmaniah, yang kemudian dikenal dengan konsep khilafah. Setahun sebelumnya di Republika 28 Mac 2003, Zuhairi mengkritik melalui tulisannya Mewacanakan Sistem Khilafah, bahawa terdapat sejumlah persoalan serius yang mesti dijawab berkaitan dengan institusionalisasi sistem khilafah, seperti kekuasaan yang cenderung absolut (otoritarianisme dan diktatorisme), undang-undang dibuat mengikuti selera Khalifah, ketidakjelasan kedudukan dan fungsi khalifah di antara lembaga-lembaga politik, seperti legislatif, eksekutif dan judikatif.

Dalam mainstream gerakan dakwah yang diwakili oleh Ikhwanul Muslimin dan Hizbut Tahrir, terdapat perbezaan pandangan bagaimana menuju arah Khilafah. Kita melihat dua sisi perbezaan mendasar, yang di masa depan berpotensi menimbulkan konflik jika tidak dilakukan dialog bermula dari sekarang.

Kita akan menyoroti dua perbezaan ini, bahawa menurut IM penyatuan dalam satu Khilafah itu mesti menurut kesepakatan negara-negara Islam yang dibentuk lebih dahulu, sedangkan menurut HT tidak mesti menunggu seluruh negara sepakat, tetapi cukup di suatu negara terbentuk pemerintahan Daulah Khilafah kemudian dideklarasikan kepada seluruh dunia untuk mengembang tugasnya menyatukan negeri-negeri Islam dengan dakwah (dan perang jika diperlukan). Sedangkan untuk negara-negara kafir jelas diperlukan perang jihad, jika dakwah kepada mereka ditolak atau tawaran membayar jizyah juga ditolak.

Masalahnya adalah jika suatu negeri Islam menolak bergabung dengan negara Khilafah, maka mesti bagaimana sikap yang harus diambil ? Apakah akan mengikat perjanjian saja atau terpaksa memeranginya agar boleh menyatukan wilayah kekuasaan Islam? Kemudian negeri yang menolak bersatu dengan Khilafah, bolehkah melakukan perlawanan ? Kita akan cuba mengkajinya dengan berlandaskan nas syara’.

Perbezaan atau Kesamaan Pandangan?

Menurut Ikhwanul Muslimin, dalam buku Fiqh Siyasah Imam Hasan al-Banna, Bab Khilafah, halaman 15–68 dijelaskan bahawa:

“……Khilafah juga dinamakan sebagai ‘al-Imamah al-Kubra’. Orang yang menjabat dinamakan ‘al-Imam’, ia menjalankan tugas menjaga agama dari cabaran musuh-musuh dan ahli-ahli bid'ah serta mentadbir dunia dengannya (agama).”

Khilafah merupakan syiar Islam yg wajib difikirkan oleh orang-orang Islam tentangnya dan bagaimana hendak mengembalikannya. Tetapi untuk mengembalikannya diperlukan jihad yang lama dan persediaan yg banyak.

Ringkasannya: Khilafah Islamiyyah diawali dgn pembentukkan pemerintahan Islam di dalam negara-negara umat Islam. Ini dilakukan setiap rakyat memilih pemerintahan Islam yang memerintah dengan hukum Islam. Kemudian lebih didekatkan jalinan antara pemerintahan ini dan disatukan di dalam Daulah Islamiyyah antarabangsa.

Dalam rukun bai'ah yakni rukun amal telah disebutkan tahapan-tahapan amal. Dimulai dengan mengubah individu kemudian membentuk keluarga muslim, kemudian masyarakat muslim, kemudian pembebasan negara dari pengaruh luar, kemudian dengan mengubah pemerintahan sehingga benar-benar Islami, kemudian mengembalikan Struktur Daulah Umat Islam dengan memerdekakan negara-negaranya, menghidupkan kegemilangannya, memperdekatkan kebudayaannya dan menyatukan sehingga dapat mengembalikan khilafah yang hilang dan kesatuan yang dirindukan (Risalah at-Ta’lim Majmu’ah al-Rasail, halaman 12-14.)

Sementara menurut Syaikh Yusuf al-Qardhawi, ummat Islam harus bersatu dalam tiga aspek yakni, (1) kesatuan Darul Islam, (2) kesatuan sumber hukum tertinggi, (3) kesatuan kepemimpinan pusat. Untuk yang terakhir ini beliau menjelaskan bahawa bentuknya adalah fleksibel: persemakmuran, persekutuan, syarikat dsb. Yang terpenting ketiga aspek tadi harus terwujud sehingga nampak Darul Islam yang Luas dan Agung.

Menurut Hizbut Tahrir :

“……negara Khilafah, dimana kaum muslimin akan membai'at seorang Khalifah untuk didengar dan dita’ati, dengan syarat menjalankan hukum sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, juga untuk mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad.” (Strategi Dakwah Hizbut Tahrir).

“……kaum muslimin tidak dibenarkan memiliki lebih dari satu negara, dan secara tegas pula menyatakan bahawa wajib menjadikan Negara Islam hanya satu negara, bukan negara persyarikatan yang terdiri dari negara-negara bahagian.” (Mengenal Hizbut Tahrir).

Syaikh Taqiyyuddin an-Nabhani menjelaskan dengan jelas mengenai status kesatuan dan berperang kerananya dalam nasyroh yang dikeluarkan Hizbut Tahrir tertanggal 16 Dzulhijjah tahun 1382H / 10 Mei 1963 M dengan topik al-Wahdah bayna al-bilad al-Islamiyyah (Kesatuan Antara Negeri Islam). Ini relevan untuk menggambarkan fakta yang terjadi sekarang.

1. Jika kedua negeri telah merdeka dari imperialisme dan cengkeraman asing, maka hukum kesatuan disini adalah wajib.

Berperang dalam rangka melaksanakan kewajiban ini adalah fardhu, sedangkan orang-orang yang menghalangi kewajiban ini adalah mereka yang melakukan salah satu bentuk kemungkaran, kerana menghalangi orang lain untuk melaksanakan kewajiban yang dilakukan oleh kaum muslim. Memerangi mereka merupakan bentuk peperangan untuk melawan para pelaku kemungkaran, dimana solusinya hanya boleh dilawan dengan perang. Pada saat yang sama pelakunya boleh disebut sebagai berperang demi membela agama, yakni kesatuan. Hadis Nabi menyatakan:

“Siapa saja yang terbunuh demi membela agamanya, maka dia mati syahid.” [HR. at-Tirmidzi].

2. Jika kedua negeri, masing-masing tunduk kepada imperialisme atau tunduk kepada cengkeraman asing.

Masing-masing melalui penguasaan ekonomi misalnya atau melalui salah satu bentuk perjanjian internasional yang mengakibatkan keduanya harus mengikuti keinginan negara lain, maka dalam kes ini, kesatuan keduanya tetap disyariatkan, kerana hal itu merupakan bentuk pelaksanaan salah satu kewajiban. Lagipula tidak ada bahaya apapun yang menimpa kedua negeri tersebut, yang disebabkan oleh kesatuan tadi. Sebab bahaya imperialisme yang menggelayuti keduanya, atau bahaya cengkeraman asing telah ada sebelum kesatuan tadi.


Melaksanakan kewajiban berperang demi mewujudkan kesatuan ini tidak boleh menggugurkan kaum Muslim dari kewajiban berperang dalam rangka mengusir imperialis, dan menyingkirkan cengkeraman asing. Jadi bukan dengan menjalankan salah satu diantara dua kewajiban tersebut, mana kewajiban yang paling mudah dilaksanakan. Jika memungkinkan keduanya dilakukan maka harus dilakukan.

3. Apabila kedua negeri, salah satunya berada di bawah cengkeraman imperialisme, yang lain berada di bawah cengkeraman asing yang sangat kuat, maka hukum mewujudkan kesatuan antara keduanya adalah sebagai berikut:

a. Jika kesatuan diantara kedua negeri boleh membebaskan negeri yang berada dibawah cengkeraman imperialisme, maka kesatuan spt ini diperintahkan syara. Sebab hal itu melaksanakan kewajiban yang tidak menimbulkan bahaya apapun. Malahan sebaliknya, hal itu boleh menyebabkan bebas dari imperialisme.

b. Namun jika kesatuan antara kedua negeri menyebabkan negara yang berada di bawah cengkeraman asing masuk dalam cengkeraman imperialisme disebabkan adanya kesatuan oleh negara yang tunduk kepada imperialisme tadi, maka dalam keadaan seperti ini, kesatuan tersebut haram dilakukan, kerana pelakasanaannya akan mengakibatkan kaum Muslim ditimpa bahaya. Bahaya imperialisme yang dihasilkan oleh kesatuan tersebut jauh lebih besar daripada bahaya cengkeraman asing yang telah ada sebelum kesatuan.

Kaedah syara yang ditetapkan dalam konteks ini adalah:

“Melaksanakan kewajiban itu boleh dilarang, jika dengan melaksanakannya boleh mengakibatkan kaum Muslim ditimpa bahaya.”

Kerana itu pelaksanaan kesatuan ini harus dilarang, untuk mencegah terjadinya bahaya. Dan berperang untuk mencegah bahaya tersebut telah diperintahkan oleh syariat. Sebab, dalam keadaan seperti ini merupakan perang untuk melawan imperialis.

4. Jika dua negeri tersebut, salah satunya berada dibawah cengkeraman imperialisme, atau dibawah cengkeraman asing yang sangat kuat, sedangkan yang lain bebas dari keduanya, maka hukum mewujudkan kesatuan diantara kedua negeri ini sama dengan hukum pada fakta sebelumnya:

a. Jika kesatuan diantara keduanya boleh membebaskan negeri yang berada dibawah cengkeraman imperialisme atau cengkeraman asing, maka kesatuan disini jelas diperintahkan syariat. Sebab hal itu melaksanakan kewajiban sekalipun dengan berperang dimana peperangan ini layak disebut sebagai peperangan untuk mengusir imperialisme dan cengkeraman asing.

b. Namun jika kesatuan kedua negeri tersebut menyebabkan negara yang merdeka itu tunduk pada cengkeraman imperialisme atau cengkeraman asing yang sangat kuat, maka kesatuan disini harus dicegah, kerana faktor bahaya yang ditimbulkannya. Dan berperang untuk mencegah terjadinya bahaya itu diperintahkan oleh syariat, kerana merupakan peperangan untuk mencegah salah satu bentuk kemungkaran. Dalam keadaan seperti ini, peperangan ini juga merupakan peperangan melawan imperialisme untuk mencegah terjadinya pendudukan atas negeri-negeri Islam.

5. Jika ada dua negeri, salah satunya merdeka, sedangkan yang lain tunduk dibawah cengekeraman asing,

Dan negara asing tersebut tidak memiliki peluang untuk menguasai negeri tadi, baik berupa penguasaan terhadap ekonomi mahupun militernya ataupun yang lain, kerana negara asing tersebut tidak mempunyai sekutu. Dan faktor yang menyebabkan adanya cengkeraman asing di negeri tersebut tidak lain adalah pemegang autoriti kekuasaan disana merupakan kaki tangan negara asing itu. Melalui penguasa tersebut mereka boleh menjalankan rencananya atas negeri tersebut. Ertinya sewaktu-waktu negeri itu boleh melepaskan diri dari kesetiaan terhadap negara asing tadi.

a. Jika pemerintahan tersebut kekuasaannya hanya dimiliki oleh rakyat, sehingga boleh mengangkat siapa saja yang dikehendaki, dan mencabut mandat kekuasaan dari siapapun yang dikehendakinya, baik secara de facto mahupun de jure, berdasarkan sistem pemilihan secara berkala; maka dalam keadaan seperti ini, kesatuan dengan negeri ini diperintahkan oleh syariat. Sebab hal itu bererti melaksanakan kewajiban iaitu kewajiban kesatuan. Adapun bahaya yang ditimbulkan oleh pelaksanaan kewajiban ini, iaitu munculnya penguasa yang berpihak kepada asing tetap memimpin pemerintahan, pada dasarnya hanya bahaya yang bersifat sementara, yang akan hilang begitu masa jabatannya berakhir, atau diberhentikan oleh rakyat, sehingga kesatuan tetap diwajibkan. Alasannya kerana bahaya berlanjutnya separatisme jauh lebih besar daripada bahaya penguasa seperti ini, sementara kaidah syara menyatakan:

“Yang harus dilakukan adalah salah satu diantara dua bahaya yang paling ringan.”

“Bahaya yang lebih besar boleh dihilangkan dengan bahaya yang lebih ringan.”

“Jika dua mafsadat berbenturan, maka yang lebih berat diantara keduanyalah yang harus diperhatikan, dengan cara melaksanakan salah satu yang lebih ringan.”

b. Namun jika pemerintahan di negeri penguasa tersebut, kekuasaannya tidak dikuasai oleh rakyatnya, atau dikuasai hanya secara de jure, bukan secara de facto, sehingga tidak boleh memberhentikan penguasa tersebut, atau mencegahnya untuk memperbaharui mandat kekuasaannya; maka dalam keadaan seperti ini keberadaan penguasa tersebut dikhawatirkan akan menyeret negeri tersebut dalam cengkeraman asing yang sangat kuat, dan tunduk pada kaki tangan negeri asing tersebut. Dalam hal ini, mengadakan rangkaian antara negeri yang merdeka dengan negeri seperti ini dalam sebuah kesatuan akan menimbulkan bahaya, selama penguasa seperti ini yang memegang kekuasaan di negara kesatuan tersebut. Telah dikatakan bahawa kewajiban kesatuan harus dicegah, sekiranya kesatuan tersebut menimbulkan bahaya, sebab:

“Tidak boleh ada bahaya dan ancaman dalam Islam.” [HR. ath-Thabrani].

Berperang untuk mencegah bahaya ini diperintahkan oleh syariat, jika bahaya tersebut hendak dipaksakan dengan kekuatan fizik. Ini merupakan salah satu bentuk kemungkaran. Dan berperang untuk mencegahnya, jika memang hanya dengan cara itu yang boleh digunakan, merupakan salah satu bentuk kewajiban.

Di masa yang akan datang ketika negara Khilafah berdiri, ketika seorang Khalifah kaum Muslim dibai’at di salah satu kawasan Islam sebagai imam kaum muslimin di seluruh dunia untuk menegakkan hukum Allah dalam seluruh aspek, baik menyangkut hubungan dalam negeri dan mengembannya ke seluruh dunia sebagai sebuah risalah, maka dalam keadaan seperti ini, bai’at terhadap imam ini telah mengikat leher setiap Muslim meski dia tidak membai’atnya secara langsung. Sebab imam telah ada dan bai’at pengangkatannya telah sempurna dilakukan dengan cara yang shahih. Siapapun diantara orang muslim yang tidak mengakuinya sebagai imam, padahal dia mempunyai hak untuk dita’ati, maka kepadanya berlaku hadis:

“Siapa saja yang mati, sementara di atas pundaknya tidak ada bai’at, maka dia mati (dalam keadaan) jahiliyah.” [HR. Muslim, hadis no 1851].

Khilafah akan melakukan perundingan dengan kawasan Islam agar memberikan keta’atan dan bergabung di bawah bendera Khilafah, serta mendudukkan sistem-sistem lain dengan sistem Islam, lalu dicapailah kesepakatan dengan sebahagian kawasan tersebut, atau menerima dengan syarat tertentu yang ditolak oleh Islam, kemudian keadaannya berkembang hingga negara Khilafah memutuskan penggunaan senjata untuk menundukkan kawasan tersebut, atau lebih tepatnya untuk menundukkan kekuatan yang mendominasi kawasan tersebut. Lalu bagaimana hukum peperangan seperti ini? Dr. Muhammad Khair Haekal memberikan jawabannya sebagai berikut:

1. Kerana kawasan tersebut, atau para penguasanya tidak bersedia menaati imam yang sah secara syar’i. Dalam keadaan seperti ini, status mereka seperti bughat, sehingga harus diperangi sebagaimana memerangi para bughat.

2. Kerana kesatuan tersebut adalah kewajiban Islam, sementara para penguasa di kawasan tersebut tidak bersedia melaksanakan kewajiban ini, bahkan mereka menghalang-halangi ditegakkannya kewajiban ini. Dengan sikapnya itu bererti mereka harus diperangi sebagaimana memerangi para pelaku kemungkaran, agar boleh mencegah mereka melakukan kemungkaran dan dosa secara terus menerus.

3. Jika pemerintahan di kawasan tersebut dibangun bukan berdasarkan Islam, dan kekufuran yang nyata telah muncul di sana, maka memerangi para pemegang autoriti kekuasaan di sana juga merupakan perkara yang disyariatkan, dengan tujuan untuk menegakkan pemerintahan Islam, sebagaimana implementasi hadis Nabi:

“Dan hendaknya kami tidak merebut urusan itu dari orang yang berhak, kecuali jika kalian menyaksikan kekufuran yang nyata, sementara kalian mempunyai bukti kuat di sisi Allah.” [HR. al-Bukhari, no 7056].


Khatimah

Kewajiban mendirikan Khilafah akan selalu mendapatkan cabaran dari dalam sesama kaum Muslim mahupun dari luar, orang non muslim yang tidak suka melihat perkembangan Islam. Diantara gerakan Islam terdapat beberapa kesamaan dalam visi membangun kembali negara Khilafah, tetapi memang terdapat metod untuk menuju ke arah sana. Diperlukan komunikasi antara gerakan agar ketika Khilafah berdiri nanti boleh segera mengoptimalkan potensi yang ada dalam gerakan dakwah dan masyarakat secara sinergik. Diantaranya boleh menekan penguasa untuk menerima tawaran bergabung dengan negara Khilafah dengan damai dan menghindari peperangan sesama muslim. Insya Allah ini dapat dilakukan dengan terus menerus melakukan dakwah dan meningkatkan ukhuwwah Islamiyyah secara nyata.
Seorang Muslim yang berperang dalam rangka melaksanakan kewajiban kesatuan negeri-negeri Islam, tidak lain adalah berperang demi Islam. Sebab kewajiban untuk melakukan kesatuan merupakan salah satu hukum Islam. Dan kerananya, berperang untuk melaksanakannya juga merupakan perang dalam rangka menjunjung tinggi kalimat Allah ‘Azza wa Jalla. Namun mesti diingat bahawa ini bukanlah jihad, kerana orang yang diperangi adalah sesama muslim juga. Jihad hanya terjadi terhadap kaum kafir.

Sumber Rujukan

1. Dr. Muhammad Khair Haekal, Jihad dan Perang (jilid I dan II). Pustaka Thariqul Izzah, Bogor, 2003.
2. Syeikh Yusuf al-Qardhawi, Khilafah Islamiyah: Suatu Realiti Bukan Khayalan. Fikahati Aneska, Jakarta. 2000.
3. Mengenal Hizbut Tahrir
4. Strategi Dakwah Hizbut Tahrir.
5. Berbagai sumber di internet.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke