“Barangsiapa melakukan ijtihad dan tersasar akan memperolehi satu pahala. Dan barangsiapa berijtihad dan benar akan memperolehi 2 pahala” (HR Bukhari dan Muslim)

 

IJTIHAD adalah KERAHAN SEGENAP KEMAMPUAN DALAM RANGKA MENCARI DUGAAN KUAT (GHALABAT ADZ-DZAN) DARI HUKUM SYARAK SEHINGGA DIA (MUJTAHID) MERASA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BERBUAT LEBIH DARI YANG TELAH DIUSAHAKANNYA.

 

Maka pada definasi ini, Ijtihad itu merangkumi 3 syarat yang menjadikannya sebagai suatu ijtihad :

 

a. "KERAHAN SEGENAP KEMAMPUAN" dan "SEHINGGA DIA (MUJTAHID) MERASA TIDAK MAMPU LAGI UNTUK BERBUAT LEBIH DARI YANG TELAH DIUSAHAKANNYA" adalah usaha optimum bagi seorang mujtahid dimana malas dan lalai adalah sifat kontra bagi mujtahid yang ingin mengeluarkan suatu ijtihad.

 

b. Frasa "DALAM RANGKA MENCARI DUGAAN KUAT (GHALABAT ADZ-DZAN) DARI HUKUM SYARAK" menyentuh wilayah ijtihadiyyah hanya sekitar hukum syarak, bukan ma'qulat dan penginderaan.

 

c. Hukum-hukum yang dinyatakan dengan jelas dalam nas syarak tidak memerlukan ijtihad.

 

Adapun wilayah ijtihadiyyah itu terhad kepada perkara/hukum berikut :

 

a. Masalah furu'iyyah (perkara cabang)

b. Amal jawarih (fizikal)

 

Dan syarat bagi mujtahid itu ada 2 :

 

a. Pakar (faqeh) ilmu lughah (bahasa) dan nahwu bertepatan dengan keadaan orang Arab serta kebiasaan mereka yang berlangsung ketika berinteraksi sesama mereka. Mampu juga membezakan antara petunjuk-petunjuk lafaz seperti al-muthabaqah, al-tadhmin, al-iltizam, al-mutawathi, al-murakkab, al-kulliy, al-juz'i, al-haqiqah, al-majaz, al-mufrad, al-isytirak, at-tadaruf, at-tabayun, al-manthuq dan al-mafhum.

 

b. Mengetahui dan mengenal sumber-sumber hukum syarak, bahagian-bahagiannya, jalan-jalan untuk menetapkannya dan jenis-jenis dilalahnya (maknanya); juga harus mengetahui cara-cara mengambil keputusan/kebenaran ketika terjadi pertentangan di antara dilalah. Harus mengetahui cara menggali hukum dari sumber-sumber tersebut serta mengetahui asbabun nuzul, nasikh mansukh, muthlaq, muqayyad dan bahagian-bahagian al-Quran, as-Sunnah serta Ijma' sahabat.

 

Dan pula, terdapat 3 jenis mujtahid mengikut keupayaannya seperti berikut :

 

a. Mujtahid Mutlak - seorang mujtahid yang menggali dan meletakkan kaedah usul serta kaedah-kaedah yang lazim diperlukan dalam :

i.                     mengeluarkan ijtihad

ii.                   berijtihad untuk seluruh permasalahan fiqh, contoh-contoh Mujtahid Mutlak adalah seperti Imam As-Syafi'e, Imam Malik, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Abu Hanifah, Ibn Hazm, Imam Jaafar as-Shadiq dan lain-lain.

 

b. Mujtahid Mazhab - seorang mujtahid yang mengambil kaedah-kaedah usul dan ijtihad yang dirintis oleh Mujtahid Mutlak untuk mengeluarkan ijtihadnya pada seluruh masalah fiqh. Contoh mujtahid jenis ini adalah seperti Ibn Qudamah al-Maqdisi yang bermazhab Hanbali, Abu Yusuf yang bermazhab Hanafi, an-Nawawi yang bermazhab Syafi'e dan lain-lain.

 

c. Mujtahid Masalah - seorang mujtahid yang mengambil kaedah-kaedah usul dan ijtihad yang dirintis oleh Mujtahid Mutlak untuk mengeluarkan ijtihadnya pada suatu masalah fiqh SAHAJA.

 

note : Tahqiq al-Manath bukan ijtihad sebagaimana yang dikemukakan oleh as-Syathibi kerana tahqiq al-manath adalah pengkelasan benda pada realitinya bukan kaedah ijtihadiyyah seperti menggali hukum. Misalnya hukum khamar (arak), ijtihad diguna untuk mengenal pasti hukum arak sedangkan tahqiq al-manath diguna untuk mengenal pasti kewujudan arak atau selainnya.

 


Start your day with Yahoo! - make it your home page

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke