Editor dirahmati Allah
Siaran berita  

Seminar kebangsaan kaunseling Islam September ini.

Anggapan bahawa kaunseling hanyalah untuk "pesakit mental" telah 
lapuk dan tidak dapat diterima oleh masyarakat. Satu alasan yang 
tidak meyakinkan tetapi masih ada stigma yang dikaitkan dengan 
kaunseling. 

Ramai individu dan keluarga mula mendapatkan bantuan profesional 
dalam menangani trauma kehidupan dalam dunia  yang penuh pergolakan. 
Dalam dunia yang penuh cabaran dan peluang, kaunseling dapat 
dijadikan pilihan terbaik untuk individu, pasangan, dan keluarga 
yang mengharapkan peningkatan dalaman dan kesejahteraan hidup.

Dengan tema, "Jernih Jiwa, Subur Bangsa:  Kaunseling untuk  individu 
di rumah dan di tempat kerja menurut perspektif Islam ke arah 
kesejahteraan bangsa. Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Psikologi, 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  akan menganjurkan 
Seminar Kebangsaan Psikologi Gunaan pada 3 dan 4 September 2005. 

Seminar yang akan diadakan di Pusat Aktiviti dan Kebudayaan (CAC) 
UIAM bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendekatan terkini 
teknik-teknik kaunseling terkini untuk semua lapisan masyarakat, 
keluarga, tenaga-tenaga kaunselor, kakitangan kerajaan dan swasta 
dalam pelbagai sektor meliputi organisasi perkhidmatan awam, 
pendidikan dan perindustrian di Malaysia.

Seminar ini adalah satu usaha bagi mempertingkatkan dan 
mengetengahkan kaunseling dari perspektif Islam. Usaha ini merupakan 
sebahagian daripada sumbangan kepada ummah sebagai alternatif 
terkini dalam meningkatkan kualiti jiwa individu dalam ruang hidup 
yang dilalui. 

Seminar ini dirancang untuk menjadi acara tahunan bagi ahli 
psikologi Islam dari seluruh dunia bagi menghasilkan pendekatan 
Islam yang praktikal sebagai penyelesaian menyeluruh bagi jiwa yang 
kosong. Matlamat ke arah jiwa yang sihat, dan kemajuan serta 
perkembangan bangsa adalah agenda utama yang dirancanakan sebagai 
hasil melalui pendedahan praktikal kaunseling secara Islam dalam 
seminar ini. 

Amalan, cabaran dan pengalaman kaunselor-kaunselor dalam kaunseling 
akan diketengahkan sepanjang seminar ini. Tokoh-tokoh terkenal dan 
berwibawa yang akan membentangkan kertas kerja ialah Dr. Uthman El-
Muhammady dan Profesor Dr. Malik Badri. Demonstrasi kaunseling 
berkelompok dan teknik kaunseling serta tayangan video turut 
diadakan kepada peserta-peserta bengkel.

Seminar ini terbuka kepada semua pengurus korporat, pendidik, 
pegawai akademik, pemimpin masyarakat,  profesional, pengamal 
kaunseling, pelajar universiti dan orang awam. Mereka yang berminat 
boleh menghubungi 03-2056 5421/5422/5423/5424 atau email di 
[EMAIL PROTECTED] dan faks di nombor 03-2056 5426. Maklumat lanjut 
turut boleh didapati melalui laman web www.iiu.edu.my/apc





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke