Ketiga imam madzhab (Abu Hanifah, Maliki, Ahmad) berpendapat bahawa awal Ramadhan ditetapkan berdasarkan ru’yat global, tanpa mempertimbangkan perbezaan mathla’. Sementara pengikut Imam madzhab Syafi’i, mengatakan bahawa awal Ramadhan didasarkan pada ru’yat tempatan, mengikuti perbezaan mathla’. Abdurahman Al-Jaziri menerangkan hal ini sebagai berikut: “Apabila ru’yatul hilal telah terbukti (terlihat) di salah satu negeri, maka negeri-negeri yang lain (juga) wajib berpuasa. Dari segi pembuktiannya tidak ada perbezaan lagi antara negeri yang dekat dengan yang jauh, jika (berita) ru’yatul hilal itu memang telah sampai kepada mereka dengan cara (terpercaya) yang mewajibkan puasa. Tidak diperhatikan lagi disini adanya perbezaan mathla’ hilal (tempat terbitnya bulan) secara mutlak. Demikianlah pendapat tiga imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Ahmad).

 

Para pengikut madzhab Syafi’i berpendapat lain. Mereka mengatakan, “Apabila ru’yatul hilal di suatu daerah telah terbukti, maka atas dasar pembuktian ini, penduduk yang terdekat di sekitar daerah tersebut wajib berpuasa. Ukuran kedekatan di antara dua daerah dihitung menurut kesamaan mathla’, iaitu jarak keduanya kurang dari 24 farsakh (sekitar 120km). Adapun penduduk daerah yang jauh, maka mereka tidak wajib berpuasa dengan ru’yat ini, kerana terdapat perbezaan mathla’.” (Abdurahman Al-Jaziri, Al-Fiqh ‘Ala Al-Madzhahib Al-Arba’ah, Jilid I, hlm. 550).

 

Dalam masalah ini, pendapat ketiga imam terbukti lebih tepat. Pendapat madzhab Syafi’i kurang tepat, kerana dua alasan. Pertama, pendapat itu bersandar kepada ijtihad Ibnu ‘Abbas r.a. Dalam hal bolehnya berpuasa bagi setiap daerah berdasarkan ru’yatnya masing-masing, dan bahawa ru’yat suatu daerah tertentu tidak berlaku bagi daerah yang lainnya. Kedua, belum jelasnya manathul hukmi (fakta yang menjadi objek penerapan hukum) pada zaman itu. Dengan kata lain pemahaman mengenai fakta kedudukan atau posisi tempat terbitnya bulan belum sempurna seperti masa sekarang.

 

Imam Asy-Syaukani, telah mendiskusikan dengan baik ijtihad Ibnu ‘Abbas ini, yang menurut sebahagian ulama dianggap sebagai nas dari Nabi SAW. Imam Asy-Syaukani menjelaskan ketidaktepatan pendapat madzhab Syafi’i yang menyandarkan pendapatnya pada ijtihad Ibnu ‘Abbas. Hadis yang menjelaskan ijtihad Ibnu ‘Abbas ini adalah :

 

“Diriwayatkan dari Quraib, bahawa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk menemui Muawiyah di Syam. Quraib berkata: ‘Aku memasuki Syam lalu menyelesaikan urusan Ummul Fadl. Ternyata bulan Ramadhan tiba, sedangkan akan masih berada di Syam. Aku melihat hilal (bulan sabit) pada malam Jum’at. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir bulan Ramadhan. Ibnu ‘Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut persoalan hilal. Dia bertanya, ‘Bila kalian melihat hilal?’ Aku jawab: ‘Kami melihatnya pada malam Jum’at. Dia bertanya lagi, ‘Apakah kamu sendiri melihatnya?’ Aku jawab lagi, ‘Ya, dan orang-orang juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu pula Muawiyah’. Dia berkata lagi: ‘Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami terus berpuasa hingga kami menyempurnakan bilangan tigapuluh hari, atau hingga kami melihatnya.’ A! ku lalu bertanya, ‘Tidak cukupkah kita berpedoman pada ru’yat dan puasa Muawiyah?’ Dia menjawab, ‘Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah SAW. memerintahkan kepada kami.” [HR. Jama’ah, kecuali Bukhari dan Ibnu Majah].

 

Mengomentari hadis ini, Imam Asy-Syaukani berkata: “Ketahuilah, bahawa yang layak menjadi hujjah itu tidak lain adalah riwayat yang marfu’ dari Ibnu ‘Abbas, bukan ijtihad Ibnu ‘Abbas itu sendiri.”

 

Kemudian Imam Asy-Syaukani melanjutkan : “Apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka (dianggap) seluruh kaum muslimin telah melihatnya. Ru’yat penduduk negeri itu berlaku pula bagi kaum muslimin lainnya.”

 

Lalu beliau menguraikan lebih lanjut : “Dengan demikian, seorang ‘alim tentu tidak akan ragu lagi, bahawa dalil-dalil syara’ yang ada menunjukkan bahawa penduduk suatu negeri bertindak sesuai dengan khabar/berita yang telah sampai kepada mereka satu sama lain. Demikianlah pula tindakan mereka terjadi kesaksian di antara mereka satu sama lain, dan hal ini mencakup seluruh hukum-hukum syara’. Sedangkan masalah ru’yat termasuk dalam keseluruhan hukum syara’ itu.”

 

Imam Asy-Syaukani menutup penjelasannya dengan menyatakan : “Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat bulan sabit (ru’yatul hilal), maka ru’yat ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.” (Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, Jilid III, hlm. 125).

 

Mengenai manathul hukmi terhadap mathlaÂ’, sesungguhnya pemahaman para imam-imam madzhab saat itu belum sejelas pemahaman kita di zaman sekarang. Ertinya pendapat ketiga Imam Madzhab tersebut lebih sesuai untuk fakta-fakta astronomi masa kini, daripada pendapat Imam SyafiÂ’i. Terbukti misalnya, lahirnya bulan sabit (di luar angkasa) terjadi pada waktu yang sama di seluruh penjuru bumi. Hanya saja memang terjadi perbezaan dalam melihat bulan (dari bumi), tergantung perbezaan letak masing-masing negeri.

 

Imam Al-Mashfaqi dalam Kitab Ad-Durul Mukhtar wa Raddu Mukhtar, jilid II, hlm. 131-132, menyatakan bahawa “Perbezaan mathla’ tidak dapat dijadikan sebagai pegangan. Demikian pula melihat sabit disiang hari, sebelum zuhur atau menjelang zuhur. Dalam hal tersebut, penduduk negeri Timur Madinah harus mengikuti ru’yat kaum muslimin yang ada di belahan Barat Madinah apabila ru’yat mereka dapat diterima (sah menurut syara’).”

 

Seiring dengan kecanggihan sarana komunikasi dan penyebaran informasi, kini telah diusulkan sebuah metod yang bernama horizon bebas (free horizon). Metod ini, menurut A. Komara Mulyana, MSc. Staf peneliti pada BAKOSURTANAL, menyatakan bahawa penentuan awal bulan didasarkan pada ruÂ’yat global, bukan ruÂ’yat tempatan. (Republika, 04/01/1997).

 

Oleh kerana itu, di era globalisasi dan perkembangan alat komunikasi dan transportasi yang sedemikian canggih saat ini, isolasi dan ketertutupan diri apabila fanatisme kedaerahan atau kebangsaan (ashobiyyah) di setiap kaum muslimin sudah bukan masanya lagi.

 

Allahu a'lam

WSL


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke