|
----- Original Message -----
From: Nora
From: "Rina" <[EMAIL PROTECTED]> > > ISTIDRAJ > > Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa > kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa > dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah > rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan > kemungkaran?". So, Fendi pun jawablah yang kdg > kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg > individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan > hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh > mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah > hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat > bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia > bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika > individu itu masih tidak reti bersyukur maka > sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan > Ar-Rahman. > > Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah > sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 > kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa > yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah > sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita > lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan > terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya > Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu > dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, > kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan > lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula > artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and > interesting article. Semoga Allah beratkan > timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg > Mahsyar nanti. InsyaAllah.. > > Apakah dia istidraj itu? > > Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada > manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. > Inilah yang dinamakan istidraj. > > Rasullulah s.a.w. bersabda : > > "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan > nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat > (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah > diistidrajkan oleh Allah SWT." > (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) > > Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat > maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan > bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana > Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. > Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak > dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti > ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang > teguh pada agama Islam. > > Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu > sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa > bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan > puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. > Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang > seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya > tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia > boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak > takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau > masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, > takburnya mereka. > > Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah > pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar > pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi > tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! > Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi > Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan > ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah > Allah. > > Manusia istidraj - Manusia yang lupa > daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa > Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada > orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, > basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab > malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat > pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu > sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya > sombong." > > Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan > nikmat yang banyak dengan tujuan untuk > menghancurkannya. > > Rasullulah s.a.w bersabda: > > "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan > semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua > sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) > > Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan > duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah > daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, > Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, > anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat > nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. > > Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, > cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. > Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin > pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat > kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun > tidak, orang lain mati,namun dia masih belum > mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri > lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat > itulah Allah binasakan dia. > > Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar > pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya > menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk > ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini > sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena > dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan > bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. > > Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun > lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji > dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan > yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, > dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. > Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah > yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan > untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa > keredhaanNya? > > Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk > masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. > Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, > istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya > untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan > istidraj. > > Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak > selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang > kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup > kita adalah mencari keredaan Allah. > > Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai > Allah? > > Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya > tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia > bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke > jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan > diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang > diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai > Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan > Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. > > Wallahualam. > > "Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. > W bersabda: > > " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] YAHOO! GROUPS LINKS
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free. |

