Nashita Md Noor <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ToFrom: Nashita Md Noor [EMAIL PROTECTED]


Alhamdulillah, bertalu-talu permohonan untuk sumbangan kepada keluarga tahanan ISA bersempena Ramadhan dan sumbangan wang zakat. Ana dan Cikgu Norlaila berkongsi kegembiraan dan kesyukuran sejak dari tengah malam semalam lantaran keprihatinan ikhwah dan akhawat sekelian terhadap keluarga tahanan ISA. Hari ini bertambah lagi kesyukuran kami seolah-olah kami sendiri yang menerima ‘durian runtuh’ ini. Mungkin kerana kami sama-sama berkongsi cerita-cerita tentang kepayahan hidup keluarga tahanan ISA ini.

 

Sebenarnya sejak 2 tahun lepas, ana dan Cikgu Norlaila menjadi orang tengah dalam mengumpul semua wang zakat untuk diagihkan kepada keluarga tahanan ISA yang benar2 memerlukan. Wang zakat ini disumbangkan melalui JIM Daerah. JIM Daerah yang consistent menyumbang ialah JIM Ampang Jaya melalui Akh Othman dan Kak Azian, JIM Daerah Gombak melalui Kak Ros, JIM Titiwangsa melalui Zainal dan Zaidatul, JIM Serdang melalui Kak Maznah dll.

 

Dahulunya kami tidak mengambil langkah mewar-warkannya dengan meluas dalam net, tapi lebih menyerahkan kepada JIM-JIM Negeri dan daerah untuk menyumbang secara sukarela.

 

Wang sumbangan ini tidak diagihkan dengan sama rata kepada semua keluarga tetapi mengikut keperluan sesebuah keluarga dari segi taraf kehidupan dan bilangan anak2. Ini adalah kerana Cikgu Norlaila lebih mengenali keluarga ini secara terperinci. Untuk Ramadhan tahun lepas agihan wang zakat kepada keluarga tahanan ISA adalah seperti berikut:

 

9 keluarga mendapat RM 300

8 keluarga mendapat RM 100

15 keluarga mendapat RM150

1 keluarga mendapat RM50.

 

Wang ini diagihkan kepada isteri-isteri di seluruh Malaysia dengan memasukkan ke dalam akaun mereka masing-masing.

 

Memang menjadi harapan kami tahun ini untuk mengumpul jumlah yang lebih banyak lagi agar lebih banyak keluarga dapat menikmati jumlah yang lebih sedikit sebagai bekalan berhari raya dan kembali ke sekolah.

 

Namun hingga saat ini PSK belum lagi mempunyai akaunnya sendiri. Setakat ini penyumbang akan memasukkan wang ke dalam akaun ana sendiri. Jadi sekiranya ada yang ingin menyumbang sila maklumkan jumlahnya dan boleh di bank in ke dalam akaun:

 

Maybank 162209939776

Nashita Md noor

 

Semua makluman tentang sumbangan akan di cc kemudiannya kepada beberapa orang anggota GMI yang lain. Harapan terakhir kami ialah supaya ikhwah dan akhawat tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyumbang untuk mempercepatkan pemberian wang ini kepada semua keluarga. Pada tahun lepas kami terpaksa berjaga hingga hampir awal pagi di hari-hari terakhir Ramadhan untuk proses mengira dan membahagikan wang tersebut.

 

Sekali lagi bagi pihak PSK-GMI kami merasa amat terharu dan bersyukur diatas segala sumbangan dan keprihatinan semua. JZKK.

 

Nashita Md Noor

PSK-GMI

 


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke