Senawang Ahad 16 Okt – Yayasan Amal Malaysia hari ini
meraikan ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim dalam
majlis berbuka puasa bersama mereka yang diadakan di
Surau Taman Alamanda, Senawang.

Seramai 10 orang ibu tunggal sekitar Senawang telah
diberikan sumbangan Ramadhan dan Idil Fitri. Sumbangan
tersebut adalah hasil derma orang ramai, persatuan
penduduk Taman Alamanda dan syarikat Ingress
Engineering, Nilai.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah En Ahmad
Nayan Johari, Pengerusi Surau dan Taman Alamanda, En
Mohd Sufian Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan N.Sembilan serta penceramah pada malam
tersebut Us Zulkarnain Hamzah dari Kuala Lumpur.

Sumbangan kepada ibu tunggal dan anak-anak yatim telah
disampaikan oleh Dr Faridah Idris, Naib Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zulkarnain
Hamzah yang bertajuk Ramadhan Bulan Tarbiyyah, beliau
menyeru kepada semua umat Islam agar banyak melakukan
kebajikan , lebih-lebih lagi kepada anak-anak yatim ,
kerana mereka ini bukanlah daripada golongan asnaf
yang mendapat zakat kecuali mereka ialah anak yatim
yang miskin.

Dalam pada itu dalam ucapan oleh En Sufian Ibrahim ,
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan, beliau menyeru kepada masyarakat agar
membantu bukan sahaja umat Islam di dalam negara
bahkan yang berada diluar negara, dimana Yayasan Amal
sekarang ini telah pun menghantar doktor-doktor dan
sukarelawan ke Pakistan untuk membantu mangsa gempa
bumi disana.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut
bagaimana caranya untuk menghulurkan bantuan ini
bolehlah melayari laman web Yayasan Amal di
www.amalmalaysia.net


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Yahoo! Music Unlimited 
Access over 1 million songs. Try it free.
http://music.yahoo.com/unlimited/

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

<<attachment: ibutunggal.jpg>>

<<attachment: iftar.jpg>>

Kirim email ke