Hujung tahun 2004 Acheh telah dilanda bencana Tsunami,
sekarang pula menjelang hujung tahun 2005 Pakistan,
Kashmir dan Afghanistan pula dilanda gempa bumi yang
hebat. Belum pulih lagi mangsa-mangsa bencana Tsunami
dimana masih ramai lagi yang tinggal dibawah khemah,
datang pula gempa bumi di Asia Selatan.
Apakah gempa bumi ujian Allah untuk umat Islam di
Acheh, Pakistan, Kashmir dan Afghanistan, bukannya
ujian untuk umat Islam di Malaysia ? Apalah sangat RM
1 yang kita dermakan dapat membantu meringankan beban
mangsa gempa bumi yang berjumlah lebih 3 juta orang.
Fikiran yang terlintas seperti ini mengingatkan kita
kepada kisah pada ketika Nabi Ibrahim as dibakar
hidup-hidup dalam unggun api yang amat besar.
Melihatkan peristiwa Nabi Ibrahim as dibakar
hidup-hidup, datanglah seekor burung yang kecil,
membawa setitik air dalam mulutnya lalu terbang tinggi
diatas api yang sedang menjulang lalu mencurahkan air
yang setitik tersebut untuk membantu menyelamatkan
Nabi Ibrahim yang sedang dibakar.
Lalu ditanyakanlah kepada burung tadi kenapa ia
melakukan perbuatan yang sia-sia, sudahlah airnya
setitik, belum sempat pun setitik air tadi jatuh ianya
sudah terpeluwap. Berkatalah burung tadi menjelaskan
apa yang ia lakukan. Burung itu memberitahu ia berasa
amat takut apabila dibangkitkan di akhirat nanti lalu
akan ditanya ketika ia di dunia pada masa Nabi Ibrahim
as sedang dibakar apa yang ia lakukan untuk membantu
Nabi Ibrahim, maka bolehlah ia menjawab bahawa ketika
Nabi Ibrahim dibakar ia mengambil setitis air dan
menjatuhkannya keatas api.
Persoalan samada sumbangan RM 1 kita akan membantu 3
juta umat Islam di Pakistan bukanlah perkara pokok
disini. Kerana kita juga harus bersedia dengan jawapan
apabila dibangkitkan di akhirat nanti, ketika umat
Islam di Pakistan sedang berbuka puasa dengan air
hujan apa yang sedang kita lakukan di Malaysia ini
lebih-lebih lagi dalam suasana Idil Fitri.
Malah Nabi Muhammad saw sering menyeru para sahabat
agar sentiasa menderma mengikut kemampuan
masing-masing termasuklah mereka yang miskin. Dimana
sering kita dengar hadith Nabi Muhammad saw yang
menyuruh menderma walaupun dengan setengah biji tamar
(kurma). Menderma untuk orang berbuka puasa walaupun
dengan sebelah tamar, menderma untuk mereka yang
berjihad walaupun dengan sebelah tamar dan seterusnya.
Orang kaya menderma dengan cara orang kaya, orang
miskin menderma dengan cara orang miskin. Orang miskin
yang derma 50 sen jangan kita hina atau perlekehkan,
orang kaya yang derma RM 500 jangan kita buruk sangka.
Tidak ada alasan sekarang ini untuk umat Islam di
Malaysia ini untuk menderma kepada mangsa gempa bumi
tersebut. Pelbagai kemudahan canggih terdapat sekarang
ini, samada melalui mesin ATM, melalui perbankan
internet, melalui tabung masjid dan paling mudah
melalui SMS.
Sekiranya fikiran kita meragukan kita takut-takut
derma ini diselewengkan, maka lapangkanlah diri kita
untuk menjadi sukarelawan untuk pergi membantu mangsa
gempa bumi dengan ini kita akan lebih yakin dimana
bantuan tersebut disalurkan.
Pilihlah juga badan sukarela yang mana yang kita rasa
selesa. Terdapat banyak badan-badan sukarela di
Malaysia ini yang sedang menjalankan usaha membantu
mangsa gempa bumi ini. Kita ada Mercy Malaysia, kita
ada Persatuan Bulan Sabit Merah, kita ada Global Peace
Mission ABIM, kita ada Aman Malaysia, kita ada Yayasan
Amal Malaysia dan yang lainnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha-usaha
sebegini kita boleh mendapatkannya dengan melayari
laman-laman web berikut :
Mercy Malaysia www.mercy.org.my
Global Peace Mission www.keamanan.net
Yayasan Amal Malaysia www.amalmalaysia.net
Rozmal bin Malakan
Naib Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan
N.Sembilan
Tal : 012-2267406
e-mel : [EMAIL PROTECTED]
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
__________________________________
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/