|
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Bagi saya yang jahil ini, yang salahnya bukan poligami, tapi orang2 yang terlibat dengan poligami.
Poligami adalah kebenaran dari Allah SWT, dan Allah SWT lebih mengetahui
kebaikannya untuk manusia.
Poligami hanyalah alat, seperti pisau, pistol,
gunting, tv, komputer, dadah atau undang ( tak kiralah Islam ke Jahiliyah
). Ianya sangat terdedah kepada penyelewengan dan penyalahgunaan oleh mereka2
yang memang gemar lagi pandai dalam tektik dan teknik penyelewengan. Adalah
tidak wajar disalahkan alat, padahal yang melakukannya yang itulah bersalah.
Allah SWT membenarkan poligami dengan bersyarat yaitu perlu adil. Jika
keadilan tidak dilaksanakan diperingkat rumah-tangga, maka tanggungjawabnya
berpindah pula, kepada negeri dan negara, masyarakat, pemimpin2 dan hakim2
syariah/civil. Jika ada penyelewengan lagi, maka yang salahnya adalah individu,
mayarakat, pemimpin2 dan hakim2 kerana lalai dan gagal menunaikan tanggungjawab
mereka terhadap poligami, bukannya salah poligami itu sendiri.
Firman Allah SWT :
I seek refuge by Allah, from Satan the
disgraced. In the name of Allah, most merciful, most
passionate.
[4.3] Dan jika kamu
takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang
kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman.
[30.36] Dan apabila Kami beri manusia merasai
sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika
mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan
mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.
[4.61] Dan apabila dikatakan kepada mereka:
"Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan
kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu
berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada
menghampirimu.
[4.62] Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa
sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka
sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami
tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua
pihak yang berbalah)".
[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab
Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu
nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang
Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan
hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum
dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan
pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada
manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan
maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan)
ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan
lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah
orang-orang kafir.
[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam
kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata,
dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi
dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa
yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.
[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam
mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab
Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil,
yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan
benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi
petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[5.47] Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik.
SodaqAllahul'Adzim
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
Hizamri
----- Original Message -----
Poligami - Adil dan Saksama untuk Siapa? 10 Ogos
2005
Isu poligami yang menjadi tumpuan pihak media sejak
kebelakangan ini jelas menunjukkan kemudaratan yang timbul akibat amalan
poligami di Malaysia.
Pertama sekali, tipu helah dan kecurangan yang
berlaku dalam kehidupan berpoligami.
Tan Sri Zaki Azmi, bersama isteri keduanya Nor
Hayati, telah membakar surat nikah mereka dengan sengaja, semata-mata untuk
merahsiakan perkahwinan tersebut daripada isteri pertamanya (NST, 5 Ogos
2005). Kini, apabila beliau menghadapi masalah dengan isteri keduanya, Tan Sri
Zaki memohon pula agar pernikahan tersebut diisytiharkan tidak sah sebagai
'jalan penyelesaian' keluar baginya.
Apabila seorang peguam yang terkemuka
mempergunakan sistem perundangan bagi melakukan penipuan terhadap isteri
pertama, dan kemudiannya untuk melepaskan tanggungjawab terhadap perkahwinan
kedua, ini bukan sahaja menunjukkan sikap beliau yang tidak menghormati
kedua-dua wanita tersebut, malah juga memperlekehkan institusi keluarga
sebagaimana yang termaktub di dalam agama dan undang-undang. Adakah ini sikap
yang patut ditonjolkan oleh seorang pemimpin - sikap yang tidak menghormati
wanita, ketulusan nilai kekeluargaan dan institusi perkahwinan?
Syarat-syarat berpoligami malangnya akan menjadi
bahan ketawa jika ianya dapat diperalatkan dengan mudah. Malah jika si suami
mempergunakan syarat-syarat tersebut untuk mengabaikan kewajipan dan
tanggungjawabnya, maka tujuan asal perundangan tersebut, yakni untuk
melindungi hak dan kebajikan semua pihak, langsung tidak bermakna.
Kedua, poligami juga jelas menggugat kestabilan
sesebuah keluarga.
Rumahtangga Lans Korporal Tuan Azman Tuan Ludin
dan Siti Khalifah Sulong menjadi porak peranda ekoran dari hasrat si suami
mahu berpoligami dengan seorang wanita yang 30 tahun lebih muda daripada
isteri pertama. Isu Tuan Azman disimbah asid formik oleh isterinya menerima
kecaman yang begitu hebat di dada-dada akhbar. Tindakan ini sememangnya suatu
yang tidak boleh diterima dan kami menolak sebarang bentuk kekerasan, samada
ianya dilakukan terhadap perempuan ataupun lelaki.
Namun keperitan hidup yang dihadapi isterinya,
Siti Khalifah Sulong, yang terdorong untuk mengambil tindakan ini, juga perlu
diberi tumpuan dan keprihatinan yang sewajarnya dari pihak berkuasa.
Bayangkanlah, seorang wanita yang usianya menjangkau lebih 50 tahun, mempunyai
10 orang anak di bawah jagaannya dan terpaksa pula berhadapan dengan masa
depan yang akan berubah secara mendadak dan ketara. Siti Khalifah mungkin
tidak berdaya menyara hidupnya sendiri serta makan minum dan pendidikan 10
orang anak di bawah jagaannya. Mungkin tiada siapa pun yang akan menjenguk
bertanya khabar. Jadi, dalam keadaan ini adakah beliau mempunyai pilihan
samada membenarkan suaminya itu berpoligami atau tidak?
Ramai wanita akur kepada tuntutan suami kerana
tahu menghalang itu akan mendatangkan masalah-masalah lain pula. Jika
seseorang isteri itu tidak bersetuju, pegangan agamanya pula akan
dipertikaikan kerana ramai yang berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa
poligami itu adalah hak mutlak lelaki Islam yang tidak boleh dipersoalkan,
walaupun jelas terdapat syarat-syarat di bawah Undang-Undang Keluarga Islam.
Dia juga tahu jika memilih untuk menuntut cerai dan si suami pula enggan,
hidupnya mungkin dihurungi kesengsaraan akibat prosedur mahkamah yang
mengambil masa yang lama. Proses undang-undang untuk menuntut hadhanah dan
harta sepencarian juga tidak kurang permasalahannya.
Ini membawa ke hujah penting yang ketiga; iaitu,
tanggungjawab memelihara kesucian dan ketulusan sesebuah perkahwinan dianggap
sesuatu yang terpaksa dipikul oleh si isteri.
Dalam sesebuah perkahwinan poligami yang pada
lahirnya menunjukkan keharmonian sekalipun, perasaan isteri pertama dipenuhi
ketakutan bercampur putus asa. Seperti yang dibuktikan oleh perkahwinan Datuk
Mokhtar Abdul Samad (NST, 7 Ogos 2005, ms 10). Beliau sendiri mengakui bahawa
pada mulanya, isteri pertama beliau sememangnya tidak bersetuju dan hampa
dengan tindakannya. Sehingga hari ini, ketiga-tiga wanita yang terlibat
mengakui jika diberi pilihan tentunya mereka tidak mahu hidup berpoligami,
tetapi terpaksa memendam perasaan dan pasrah untuk mengelakkan perbalahan di
kalangan ahli keluarga.
Manakala wanita dianggap harus menerima keadaan
ini tanpa soal, si suami yang terpikat dengan wanita lain pula seolah-olah
dapat merangkul gelaran 'suami mithali' kerana berkahwin dengan wanita
tersebut. Dan seolah-olah jika dia 'meminta' keizinan isteri/isteri-isteri
yang sedia ada, lagilah keimanan dan keperibadiannya dipandang tinggi. Apabila
wanita terkilan dan patah hati akibat poligami, ini bukanlah kerana mereka
mempunyai 'hati yang rapuh'. Sebaliknya, ramai wanita merasakan mereka tidak
mempunyai hak yang sama dalam menentukan halatuju rumahtangga dan hidup
mereka. Wanita kerap merasakan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan
terpaksa menelan hakikat pahit kehidupan dengan mengenepikan perasaan dan
hasrat diri sendiri.
Poligami jelas bukan sahaja membawa kesan
terhadap seseorang individu, malah mempunyai kesan yang mendalam terhadap
konsep dan kewibawaan institusi kekeluargaan Islam. Kes-kes di atas mencabar
kita sebagai masyarakat Muslim menjawab beberapa persoalan: Betapa pentingkah
sesebuah institusi keluarga itu? Apakah kejujuran di antara dua insan yang
telah mengikat janji sehidup semati itu langsung tidak penting? Bagaimana pula
dengan prinsip 'tidak menganiaya dan menyakiti perasaan orang lain'? Bukankah
konsep keadilan dan kesaksamaan itu penting di sisi Islam? Tanpa mengambil
kira kehidupan dan layanan terhadap perempuan, nescaya persoalan-persoalan di
atas tidak mungkin dapat terjawab dengan sempurna.
Sisters In Islam
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
YAHOO! GROUPS LINKS
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
|