Tambah masa latihan untuk kelas memandu, tarik serta
merta lesen pemandu yang cuai, kenakan hukuman
maksima, hanya 10 tahun pengalaman boleh memandu
kenderaan awam dan pelbagai lagi kenyataan yang
dikeluarkan terutamanya diperingkat kepimpinan negara
dan kementerian menggambarkan seolah-olah kes
kemalangan jalanraya akan dapat dikurangkan jika
langkah sedemikian diambil.
Sebelum kita pergi lebih jauh bentuk tindakan yang
perlu diambil, apakah punca sebenar kemalangan
jalanraya di negara ini telah di kenal pasti ? Saya
kira Majlis Keselamatan Jalanraya dan beberapa agensi
lain serta institut pengajian tinggi ada membuat
kajian terperinci mengenai punca kemalangan jalanraya
di Malaysia ini dan telah mengesyorkan beberapa
cadangan yang perlu diambil. Persoalannya adalah
kajian ini didedahkan kepada umum untuk dinilai serta
diberi peluang kepada orangramai untuk memberikan
maklum balas ?
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu, perlulah
dikenal pasti puncanya terlebih dahulu. Setelah
dikenal pasti puncanya maka hendaklah dikenal pasti
cara penyelesaiannya pula. Dan punca ini hendaklah
berasaskan kepada statistik dan fakta bukan andaian
semata-mata.
Punca kemalangan jalanraya ini hendaklah diletakkan
prioriti atau keutamaan mana yang perlu diselesaikan
terlebih dahulu. Jika statistik menunjukkan punca
kemalangan jalanraya pada musim perayaan adalah akibat
pemandu yang mabuk adalah yang tertinggi maka
penyelesaian kepada masalah pemandu yang mabuk harus
dicari. Pemandu yang menjalani latihan 100 jam sekali
pun dan mempunyai 20 tahun pengalaman sekiranya dia
mabuk akan mendatangkan risiko kepada diri mereka
sendiri dan nyawa orang lain. Begitulah juga kepada
pemandu yang mengambil dadah, ganja dan pil khayal.
Sekiranya statistik di sesuatu tempat itu menunjukkan
bahawa keadaan jalanraya yang tidak sempurna adalah
punca kemalangan tertinggi ditempat tersebut maka
pendekatan kejuruteraan haruslah diambil untuk
memperbaiki keadaan jalan tersebut. Kompaun dan denda
yang maksima tidak akan dapat menyelesaikan masalah
kemalangan yang tinggi di kawasan tersebut.
Begitulah juga jika statistik di kawasan lain pula
menunjukkan bahawa pemandu yang tidak mempunyai lesen
memandu adalah penyebab tertinggi kes kemalangan di
tempat tersebut maka satu tindakan yang komprehensif
haruslah diambil untuk mempastikan tiada pemandu yang
memandu kenderaan tanpa lesen memandu. Menambahkan
lagi masa latihan memandu, akan menambahkan kos serta
masa. Ianya akan menjauhkan lagi mereka yang tiada
lesen memandu untuk mengambil lesen memandu. Begitu
juga menggantung lesen memandu mereka yang kerap
melakukan kesalahan (pemandu tegar) tidak akan
menghalang mereka ini daripada terus memandu tanpa
lesen.
Mungkin juga ada hasil kajian yang menunjukkan pemandu
di Malaysia ini menghadapi masalah jiwa atau saikologi
dimana mereka ini sentiasa ingin memandu dalam keadaan
terburu-buru, tidak suka dicabar di jalanraya,
sentiasa ingin cepat sampai dan seterusnya. Jika
statistik menunjukkan punca sebegini banyak berlaku
akibat kesesakan jalanraya atau tekanan hidup maka
penyelesaian secara saikologi atau batiniah pula yang
perlu diambil.
Di Amerika contohnya mereka ada persatuan yang diberi
nama MADD (Mothers Against Drunk Drivers) iaitu
Persatuan Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk.
Persatuan ini ditubuhkan untuk melindungi anak-anak
mereka daripada pemandu-pemandu yang mabuk dimana
mereka memberikan program kesedaran kepada para remaja
agar tidak memandu dalam keadaan mabuk. Apa salahnya
di Malaysia ini atas inisiatif rakyat sendiri
menubuhkan persatuan yang sedemikian ? Persatuan ini
boleh memberikan cadangan kepada kerajaan agar
menghalang atau menghadkan penjualan arak pada musim
perayaan atau hujung minggu , terutamanya di
kedai-kedai 24 jam yang mudah didapati di Malaysia
ini.
Apa yang peliknya ialah ujian memandu di Amerika
Syarikat adalah begitu mudah , namun ianya tidak pula
melahirkan ramai pemandu-pemandu suka memotong laluan,
pemandu-pemandu yang kreap membunyikan hon,
pemandu-pemandu yang membuang sampah dari tingkap
kenderaan. Malah tiada dikenakan syarat perlu
menjalani latihan selama sekian jam dan sebagainya.
Apa yang perlu mereka lakukan ialah cuma ujian mata,
samada rabun dekat, rabun jauh atau rabun warna.
Kemudian ujian objektif yang begitu mudah dan murah,
jika gagal hari ini, boleh datang esok. Jika gagal
esok boleh datang lusa. Sehinggalah kita boleh
menghafal semua soalan dan jawapan yang diberikan.
Selepas itu barulah diadakan ujian memandu yang juga
begitu mudah, jika gagal hari ini, boleh datang esok
dan seterusnya.
Apakah pemandu-pemandu di Malaysia ini memberontak
secara senyap (silent protest) kerana setelah melalui
ujian memandu yang begitu lama, payah dan mahal mereka
boleh memandu dengan sewenang-wenangnya kerana mereka
memiliki lesen memandu yang paling sukar untuk lulus
di dunia ?
Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS
Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
__________________________________
Start your day with Yahoo! - Make it your home page!
http://www.yahoo.com/r/hs
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/