Inilah kali pertama saya mendengar teks Khutbah Idil
Fitri yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan yang begitu bersemangat, praktikal dan
menyentuh realiti keadaan umat Islam serta orang
Melayu di Malaysia sekarang ini. Tahniah diucapkan
kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
serta kakitangan yang terlibat dalam menyediakan teks
khutbah tersebut yang begitu menyentuh perasaan orang
Melayu. Tahniah juga diucapkan kepada khatib yang
membacanya, walaupun di usia lanjut, namun membacanya
dengan begitu bersemangat dan berjiwa muda.

Apa yang ingin saya bicarakan disini ialah supaya teks
Khutbah Idil Fitri 1426 H yang dikeluarkan oleh MAINS
ini dijadikan panduan serta disediakan sebagai asas
pelan bertindak bagaimana orang Islam di negeri ini
dapat digerakkan dibawah satu ikatan ukhuwwah yang
kukuh yang berteraskan kefahaman Islam yang mantap
untuk membawa umat Islam di negeri ini keluar daripada
belenggu hasad dengki, kemiskinan, masalah melanjutkan
pelajaran ke pengajian tinggi, masalah pengangguran
dan yang paling utama ialah untuk memperkukuhkan
akidah umat Islam di negeri ini dalam menangani segala
permasalahan sosial dan jenayah.

Untuk menjayakan hasrat ini setiap kariah perlulah
mempunyai ahli kariah yang bersatu padu serta
jawatankuasa masjid serta surau yang mantap tanpa
mengenal batas kedudukan pangkat dan fahaman politik.
Jawatankuasa masjid perlulah terdiri daripada mereka
yang bersungguh-sungguh untuk memakmurkan masjid dan
juga masyarakat setempat. Suara-suara muda, para
remaja haruslah terdapat dalam jawatankuasa tersebut.
Apatah lagi sekarang ini ramai kedapatan anak muda
yang menganggur, apa salahnya khidmat mereka ini
disalurkan ke masjid.

Dalam pengamatan singkat saya pada Syawal dan Ramadhan
ini, terdapat beberapa kelemahan diperingkat
pengurusan masjid dan surau yang boleh diperbaiki.
Antaranya ialah kefahaman ibadah yang asas dikalangan
pihak jawatankuasa masjid dan surau. Sekiranya
jawatankuasa masjid apatah lagi imam atau bilal
melakukan kesilapan tanpa ditegur oleh orang lain,
maka seluruh kariah ditempat tersebut akan mengikut
amalan yang tidak sempurna.

Contohnya ialah apabila selesai Solat Sunat Idil
Fitri, imam terus bertakbir raya sedangkan
sepengetahuan saya takbir raya untuk Idil Fitri
berakhir apabila Solat Sunat Idil Fitri dilaksanakan.
Namun perkara sebegini tidak perlulah diperbesarkan
kerana manusia ini bersifat pelupa, hanya sekadar
teguran.

Dalam hal yang lain pula ketika saya mendengar Khutbah
Solat Jumaat  pada Hari Raya Kedua di salah sebuah
masjid di Rembau saya perhatikan pula Bilal yang duduk
dihadapan khatib yang sedang berkhutbah, bercakap
kepada seorang jemaah dibelakangnya seolah-olah
menegur anak kecil yang dibawa oleh ahli jemaah tadi
supaya tidak membuat bising.  Sedangkan kita dilarang
untuk berkata-kata ketika khatib sedang bekhutbah
Jumaat.

Di masjid yang sama juga , saya yang duduk beberapa
saf dibelakang mendengar imam membaca surah selepas
surah Al Fatihah teringgal satu ayat daripada surah
tersebut tanpa teguran daripada makmum.

Dalam pada itu beberapa bulan lepas di Kg Astana Raja,
Kota pula diceritakan bagaimana seorang pengurus
jenazah wanita yang bertauliah telah tidak memandikan
jenazah bayi perempuan sempurna yang berumur hampir
satu tahun atas alasan bayi yang meninggal dunia
akibat demam panas tadi adalah mati syahid.

Satu lagi kes yang diceritakan pada Ramadhan yang saya
dengar, juga di sebuah masjid dalam daerah Rembau
ialah bagaimana seorang imam Tarawih sukarela dipelawa
untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Masjid dengan syarat
dia perlulah mengisi borang keahlian UMNO terlebih
dahulu, sedangkan perkara ini tidak berlaku
sepengetahuan saya di masjid sekitar Senawang dan
Seremban.

Justeru itu adalah disyorkan agar Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan dalam usaha untuk mencernakan apa yang
disampaikan dalam Khutbah Idil Fitri 1426 H, agar
membentuk serta melatih barisan pengurusan masjid yang
mantap serta berjiwakan Islam tanpa mengenal batasan
umur, pangkat dan fahaman politik. Jika tidak akan
berlakulah “Wal Hasil Balik Asal”. Khutbah yang
berkobar-kobar tadi yang seronok didengar , namun
tidak dapat dipraktikkan untuk menyatu padukan umat
Islam di negeri ini untuk menjadi umat Islam yang
kuat, dihormati dan disegani.

Dan kesalahan-kesalahan kecil yang tidak diperbaiki
jika sudah menjadi banyak, juga akan memudaratkan,
seperti ikan bilis kalau seekor jatuh pada tapak kaki
kita tidak akan terasa apa-apa, tapi kalau dua tiga
guni ikan bilis jatuh atas kepala kita, mungkin ke
liang lahad akhirnya.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke