Assalamualaikum w.b.t,
Para ibubapa yang kami sanjungi, sempena cuti sekolah ini, The Little Khalifah Shop akan mengadakan beberapa program bermula pada minggu hadapan (14/11/2005). Program tersebut adalah seperti berikut :
1) Kelas Intensif Tajwid @ The Little Khalifah Shop
The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas Intensif Tajwid Al-Quran untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 25/11/2005 (2 minggu) setiap hari pada pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi.
Objektif Kelas ini:
- Dapat mempelajari ilmu tajwid dengan lebih mendalam.
- Memahami dan membaca Al-Quran dengan sempurna dan lebih baik.
- Dapat memperbaiki bacaan Al-quran dengan mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.
- Dapat menerap dan meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran dalam diri anak-anak.
- Melatih kanak-kanak supaya berkebolehan dan mahir dalam membaca dan memahami Al- quran.
Had Umur : 10 keatas (boleh membaca Al-Quran)
Yuran: RM 120.00 seorang (termasuk senaskah Al-Quran)
Pengajar : Ustaz Nik Mohd Farouk
2) Kelas Jawi @ The Little Khalifah Shop
The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas Jawi untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 18/11/2005 (5 hari) iaitu Isnin hingga Jumaat setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga pukul 1 petang.
Objektif Kelas ini:
- Menggunakan kaedah pembelajaran yang ringkas dan mudah di fahami.
- Menanam minat generasi muda untuk mendalami dan menguasai tulisan jawi.
- Bersesuaian dengan sukatan pelajaran JQAF yang dipraktikkan di sekolah-sekolah.
- Melatih kanak-kanak supaya berkebolehan dan mahir dalam membaca dan menulis tulisan jawi.
- Supaya kanak ââ¬âkanak dapat mengenal huruf-huruf jawi dan memudahkan mereka untuk membaca Al-Quran.
Had Umur : 5 hingga 7 tahun
Yuran: RM 120.00 seorang (Untuk 5 sesi kelas termasuk 1 set buku jawi)
Pengajar : Sister Nurul Haida
3) Little Khalifah Training
The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas ââ¬ÅLittle Khalifah Trainingââ¬Â untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 17/11/2005 (4 hari) iaitu Isnin hingga Khamis setiap hari pada pukul 2 petang hingga pukul 5 petang.
Objektif Kelas ini:
- Dapat membantu ibubapa mengaplikasikan kaedah khalifah di dalam rumah
- Dapat melatih anak-anak menjadi khalifah dengan baik
- Dapat membantu anak-anak memahami bagaimana Allah mencipta Alam ini
- Dapat memberi motivasi yang positif supaya anak-anak amat suka dengan peranan mereka sebagai Khalifah. (menjadi terbaik dalam akademik dan akhlaq)
- Dapat mengajar anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya
Had Umur : 10 hingga 12 tahun
Yuran: RM 100.00 seorang (termasuk fail, Buku Mewarna, Buku Nota, sekotak oil pastel colour, pensil, pemadam, lencana khalifah, sijil dan juga juadah ringan)
Pengajar : Trainers Khalifah Institute
4) Little Khalifah Baking Class
The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas ââ¬ÅLittle Khalifah Bakingââ¬Â untuk Kanak-Kanak pada hari Jumaat, 18/11/2005 pada pukul 2.30 petang sehingga 6 petang. Kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk membuat muffins dan juga fruit punch.
Objektif Kelas ini:
- Dapat mengajar anak-anak ilmu memasak yang mudah
- Dapat melatih anak-anak tanggungjawab sebagai Khalifah Allah
- Dapat mengajar anak-anak mengikut arahan
- Dapat mengajar anak-anak supaya bersabar untuk menghasilkan masakan
- Dapat mengajar anak-anak menghargai ibu yang memasak untuk mereka
Had Umur : 5 hingga 12 tahun
Yuran : RM30 seorang
Pengajar : Sister Roslinah Daud
5) Islamic Arts & Craft Class
The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas ââ¬ÅIslamic Arts & Craftââ¬Â untuk Kanak-Kanak pada 21/11/2005 sehingga 25/11/2005 (5 hari) iaitu Isnin hingga Jumaat setiap hari pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5 petang.
Objektif Kelas ini:
- Mengajar anak-anak menjadi kreatif
- Menggunakan kaedah pembelajaran yang ringkas dan mudah di fahami.
- Menanamkan semangat cintakan Islam melalui ekspresi seni yang mudah
- Dapat Menghasilkan buah tangan yang cantik untuk dijadikan kenangan
Programs : Day 1 : Making Scrapbook using Islamic Designs & Motifs
Day 2 : Learning about Khat : Art of Khat
Day 3 : Playing with Colours : 3D Futuristic Masjid
Day 4 : Design your own t-shirt
Day 5 : Playing with Clay : Kaabah in Mekah
Had Umur : 7 hingga 12 tahun
Yuran : RM100 seorang (termasuk bahan-bahan arts & craft & juadah ringan)
Pengajar : Ustaz Fauzi
Program-program lain akan diumumkan pada masa akan datang.
Di antara program-program yang telah dirancang adalah Little Khalifah Tafsir Class (05/12/2005 - 16/12/2005), Stitch & Knit class (28/11/2005 to 02/12/2005), Intensive Arabic Class (28/11/2005 to 30/12/2005), Kelas Mengenal Keperibadian Rasulullah (28/11/2005 to 02/12/2005) dan Kelas Solat untuk anak-anak (20/11/2005)
Sila hubungi 03-41426269 atau 012-2576269 atau 012-6088304 atau emel kepada [EMAIL PROTECTED] untuk mendaftarkan nama anak-anak anda. Tempat adalah terhad. Pengangkutan disediakan bagi sekitar Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
Wassalam,
The Little Khalifah Shop
No 89, Jalan 2/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
Langganan : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke
[EMAIL PROTECTED]
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "islah-net" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

