Sebelum tahun 1980an, arak adalah merupakan satu
kemestian terdapat di mes-mes pegawai di mana-mana kem
Angkatan Tentera Malaysia. Ianya adalah peninggalan
budaya tentera British. Malah batallion yang seratus
peratus anggotanya Melayu beragama Islam pun mesti
terdapat arak-arak dalam mes-mes pegawai iaitu didalam
Rejiman Askar Melayu DiRaja.

Pada lewat 1970an, seorang pegawai Melayu yang baru
dinaikkan pangkat telah diberi kuasa untuk memerintah
satu Rejimen Askar Melayu DiRaja. Beliau berbincang
dengan pegawai-pegawai bawahannya dan berkata “Kita
semua ni Rejimen Askar Melayu, semua orang Melayu
Islam, mengapa perlu kita ada arak-arak dalam kem ini,
saya beri masa kamu semua seminggu untuk buat
keputusan samada hendak meneruskan hidangan arak di
kem ini”. Selepas seminggu semua pegawai di kem
berkenaan bersetuju untuk tidak menghidangkan arak
dalam kem berkenaan, lalu dipecahkan semua botol-botol
arak dalam mes berkenaan. Rejimen Askar Melayu
berkenaan telah memecah tradisi Angkatan Tentera
Malaysia yang selama ini menjadi kemestian adanya
arak-arak dijual di mes-mes.

Tak sampai seminggu berita berkenaan sampailah ke
pengetahuan pemerintah tertinggi tentera ketika itu di
Kementerian Pertahanan (MINDEF). Lalu pegawai
memerintah Rejimen Askar Melayu berkenaan dipanggil
mengadap Jeneral berkenaan. Jeneral (Melayu) berkenaan
menyuruh supaya diletakkan semula arak dalam kem
berkenaan. Pegawai tadi kata dia tidak akan meletakkan
semula arak, kalau Jeneral hendak dia kena letak
sendiri. 

Selepas daripada peristiwa itu bermulalah
beransur-ansur mes-mes ATM tidak lagi menghidangkan
arak. Jeneral dan pegawai memerintah tadi terus
melakukan tugas masing-masing tanpa insiden yang tidak
diingini.

Kesimpulannya di sini ialah , orang Melayu untuk
bangkit semula, mereka mestilah berani untuk
menyuarakan kebenaran tidak kira dimana mereka berada.
Menyuarakan kebenaran tidak semestinya dengan
kekerasan, ianya adalah dengan diplomasi dan
bijaksana. 

Dan yang memegang amanah ialah mereka yang dilantik
menjadi pemimpin, baik pemimpin di dalam setiap
jabatan, pemimpin di peringkat kementerian mahu pun
pemimpin parti politik pemerintah mahu pun
pembangkang. Sekiranya mereka takut hendak bersuara
dan bertindak maka orang Melayu akan menjadi satu
bangsa yang bacul. Rasuah, jenayah, pecah amanah,
maksiat akan berleluasa dan bermaharaja lela dalam
umat  bangsa Melayu.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke