Harian Metro 12 Nov

Edisi Tengah: 300 angkut air ikut tangga

Oleh Nor Aziah Othman
[EMAIL PROTECTED]

PORT DICKSON: Sambutan Deepavali dan Aidilfitri tahun
ini kurang bermakna bagi 300 penghuni Blok Mawar, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, dekat sini,
berikutan ketiadaan bekalan air di rumah mereka
sebelum dan selepas sambutan perayaan itu.

Tinjauan Harian Metro di flat 10 tingkat itu mendapati
penghuni terpaksa mengambil air di tingkat bawah untuk
keperluan harian.

Kesengsaraan penghuni juga ketara apabila lif di flet
itu kerap rosak walaupun sudah diperbaiki berulang
kali.

Kelihatan juga kanak-kanak berusia lima hingga 10
tahun membantu ibu bapa mengangkat air dengan
menggunakan baldi dan bekas air.

Seorang penghuni yang mahu dikenali sebagai Jali, 35,
berkata dia kesal dengan pihak berkuasa di flet
berkenaan membiarkan mereka hidup tanpa keperluan asas
yang mencukupi.

Katanya, dia tidak dapat bersama saudara- mara yang
datang beraya di kediamannya kerana terpaksa
berulang-alik dari tingkat sembilan ke bahagian bawah
flet itu sejak beberapa hari lalu.

“Kami sudah beberapa kali mengadu masalah ini kepada
pihak terbabit tetapi setiap kali diadukan masalah itu
kami dimaklumkan masalah itu sudah diambil tindakan,”
katanya.

Bagaimanapun, Jali berkata, setiap kali diadukan
masalah itu, pihak terbabit memberi alasan itu adalah
cabaran dan mereka harus bersabar.

Seorang kanak-kanak, Nurul Zainal, 9, berkata
Aidilfitri kali ini tidak seronok kerana terpaksa
membantu ibu bapa mengangkat air dari bahagian bawah
hingga ke rumahnya di tingkat enam flet itu.

“Saya juga tidak dapat lama berbual-bual dengan rakan
yang berkunjung

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20051111101332/Article/indexm_html


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke