Idil Fitri yang baru berlalu dalam kesibukan melayan
tetamu yang berkunjung saya sempat menonton program di
TV3 yang menyiarkan mengenai kesengsaraan yang
dihadapi oleh pelarian Islam di Eritrea sejak
bertahun-tahun lamanya akibat daripada kancah
peperangan di negara tersebut. Syabas diucapkan kepada
krew penerbitan TV3 yang memberi kesedaran kepada umat
Islam di Malaysia ini yang sedang bergembira di Idil
Fitri dengan pelbagai juadah, masih terdapat ramai
umat Islam di seluruh dunia yang menyambut Idil Fitri
hanya sekadar minum air kosong dan gandum, yang
merupakan rutin makanan harian mereka.

Begitu menyayat hati terdapat ramai ibu-ibu tunggal
Eritrea yang hanya menjadikan jagung yang mereka tanam
dengan tulang empat  kerat sebagai makanan sajian
utama anak-anak mereka. Malah masjid serta surau di
sana dalam keadaan yang begitu daif, hanya
berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit.

Apa yang mengecewakan ialah kenyataan daripada salah
seorang pegawai bantuan kemanusiaan disana seorang
warga Itali yang menyatakan bahawa tidak banyak
menerima bantuan kemanusiaan daripada negara-negara
Islam. Menurut pegawai tadi kerajaan Arab Saudi ada
memberi bantuan, tetapi hanyalah dalam bentuk buah
kurma. Sedangkan pelarian disana amat memerlukan
kewangan untuk perubatan, makanan, perlindungan dan
pendidikan. Sumber kewangan menurut pegawai tersebut
hanyalah diterima daripada Eropah dan Amerika
Syarikat. 

Malah dalam satu temuramah dengan wakil salah seorang
pelarian Eritrea tersebut menyatakan beliau
mengharapkan sangat agar pemimpin-pemimpin negara
Islam datang sendiri ke sana dan melihat kesengsaraan
yang sedang mereka hadapi serta menghulurkan bantuan
kepada mereka di sana, kerana mereka juga adalah umat
Islam yang bersaudara.

Saya cuba melayari internet untuk mencari jika ada
Badan Kemanusiaan Islam yang mengendalikan bantuan
kemanusiaan di Eritrea, sepertimana sebelum ini adanya
Aman Malaysia, Misi Keamanan Sejagat, Yayasan Amal,
Mercy Malaysia yang memberikan bantuan kemanusiaan di
Acheh, Kemboja, Iran, Sri Lanka dan yang terkini di
Pakistan dan Kashmir. Namun usaha saya tidak berjaya,
yang dijumpai ialah Badan Kemanusiaan yang
dikendalikan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Badan-Badan
Kemanusiaan yang dikendalikan oleh orang bukan Islam.

Apakah Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC tidak boleh
bersepakat untuk menubuhkan sebuah Badan Kemanusiaan
untuk membantu umat-umat Islam yang menderita akibat
kemiskinan, kebuluran dan kedaifan diseluruh dunia ?
Malaysia sebagai Pengerusi OIC sepatutnya mengambil
peluang yang ada ini untuk menubuhkan Badan
Kemanusiaan Sejagat dengan menggesa negara-negara
dibawah OIC agar mengurangkan perbelanjaan pertahanan
atau perbelanjaan lain yang kurang penting untuk
disalurkan dalam penubuhan Badan Kemanusiaan Sejagat
untuk membantu umat Islam yang dilanda kebuluran dan
kemiskinan.

Sekiranya Pakistan baru-baru ini menangguhkan
pembelian jet F 16 untuk membantu mangsa gempa bumi di
negara mereka sendiri, apakah negara Islam lain tidak
boleh menangguhkan pembelian senjata berjumlah
berbillion-billion dollar ? Apakah dengan penangguhan
pembelian jet F 16 tersebut Pakistan akan lebih
terdedah kepada serangan berani mati Al Qaeda ? Malah
Malaysia boleh mengambil inisiatif sebagai pemangkin
penubuhan Badan Kemanusiaan Sejagat ini dengan
menangguhkan pembelian senjata dan kelengkapan
tercanggih yang tidak mampu menangkis serangan bom
berani mati seperti apa yang berlaku di Iraq, Jordan
dan Bali.

Dalam pada itu badan-badan kemanusiaan yang
dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
di Malaysia ini haruslah mengambil inisiatif untuk
menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghulurkan
bantuan baik dalam bentuk wang ringgit mahupun tenaga
sukarela Badan-badan kemanusiaan di Malaysia ini juga
harus dari masa ke semasa mengadakan permuafakatan
agar bantuan yang dihulurkan akan menjadi lebih
efektif dan efisien.

Namun yang paling utama ialah peranan media untuk
memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia ini agar
sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan, serta
tidak melakukan pembaziran akan tetapi sebaliknya
sentiasa memghulurkan bantuan kepada mereka yang
amat-amat memerlukan baik di dalam negara mahu pun di
luar negara.

Teringat  saya akan isu khutbah Idil Fitri yang
dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang
menyatakan adalah tidak patut seseorang itu pergi
menunaikan haji berulang kali akan tetapi membiarkan
jirannya atau saudaranya hidup susah.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 





        
                
__________________________________ 
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005 
http://mail.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke