Pengertian Politik Dalam Pandangan Islam
 
“Politik itu kotor, Islam itu bersih maka ‘Politik dengan Islam’ tidak boleh dicampuradukkan”
“Kita mesti membezakan diantara ulama Islam dengan ulama politik”
“Di dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal”
“Rasulullah SAW datang membawa ajaran agama yang lengkap tetapi dalam bidang politik Rasulullah SAW hanya sebagai pemimpin kaum sahaja”
 
Matlamat menghalalkan cara
 
Ungkapan yang biasa kita dengar apabila berbicara tentang masalah politik. Apabila umat atau gerakan Islam ini menelan bulat-bulat definisi atau kaedah politik yang diwar-warkan oleh golongan sekular ini, maka mestinya umat akan cuba mengelakkan daripada berbicara hal politik apabila bercakap mengenai hal ini. Natijahnya ada beberapa gerakan Islam yang mengelakkankan diri dari politik, mengajak umat mempelajari Islam yang bersifat spritual semata-mata. Tak kurang pula parti politik sekular yang memperjuangkan matlamatnya tanpa melihat lagi caranya samada sesuai atau tidak dengan syariat. Ada pula parti politik Islam yang berjuang untuk menubuhkan negara Islam tetapi untuk mencapai matlamatnya itu, ia sanggup mengorbankan prinsip Islam itu sendiri. Jalan lurus untuk kita memperjuangkan Islam adalah dengan mempunyai target yang benar (untuk menjawab masalah utama) dengan cara yang diizinkan oleh syariat. Sebelum kita meneruskan perbincangan kita adalah elok kita membetulkan definisi politik itu terlebih dahulu. Definisi ini hendaklah memenuhi realiti politik sesuai dengan nas syarak.
 
Politik : Tinjauan ke atas Fakta dan Nas Syariat
 
Politik adalah mengatur urusan rakyat oleh negara, baik berkenaan urusan dalam negeri ataupun luar negeri. Negara adalah institusi yang akan menjalankan pengaturan (riayah) secara langsung, sedangkan rakyat adalah pihak yang mengawal negara.
 
Definisi politik di atas adalah umum (universal), kerana definisi tersebut menggambarkan fakta politik yang sebenarnya dari perspektif politik itu sendiri. Definisi politik semacam ini seperti definisi akal, kejujuran, pemerintahan, dan definisi-definisi lainnya merupakan kenyataan empirik yang terjadi dalam kehidupan manusia. Ertinya, pengertian politik seperti ini telah disepakati bersama dan tidak ada perbezaan pendapat di dalamnya, kerana politik merupakan realiti inderawi. Akan tetapi, pada kenyataannya, banyak orang berbeza-beza dalam memformulakan politik. Untuk itu, nampaknya seolah-olah diperlukan untuk kita mendefinisikan semula politik.
 
Secara bahasa, politik (siyasah) berasal dari akar kata sasa-yasusu-siyasatan. Maknanya adalah pengaturan urusan. Dalam kamus al-Muhith disebutkan demikian: Wa sustu ar-ra’iyah siyasatan amartuha wa nahaytuha. (Aku mengatur urusan dengan pengaturan yang aku perintahkan dan yang aku larang.) Ertinya, politik adalah pengaturan urusan rakyat dengan perintah dan larangan. Dalam konteks pengertian secara bahasa juga, ada beberapa hadis yang menyebutkan aktiviti pemerintah, muhasabah terhadap perintah, serta yang memerintahkan setiap orang untuk sentiasa memikirkan pelbagai kepentingan kaum Muslim. Dari hadis-hadis tersebut kemudian diambil definisi politik (siyasah). Dalam hal ini, ada beberapa hadis berikut yang maknanya seperti demikian:
 
“Tidaklah seorang hamba yang telah diserahi oleh Allah urusan rakyat, kemudian ia tidak mengaturnya dengan nasihat, kecuali ia tidak akan mencium bau syurga” [Hadis Riwayat al-Bukhari]
 
“Akan ada pemimpin yang kalian ikut dan kalian ingkari. Siapa saja yang mengikutinya, ia pasti celaka. Siapa saja yang mengingkarinya, ia pasti selamatPara sahabat bertanya, “Tidakkah kami perangi sahaja mereka?” Rasulullah menjawab, “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” [Hadis Riwayat al-Bukhari]
 
“Siapa saja yang bangun di kala subuh dan berfikir selain Allah, maka hal itu bukan dari Allah. Siapa saja yang bangun di waktu subuh dan tidak memikirkan urusan kaum Muslim, ini beerti tidak termasuk golongan mereka
 
Jabir Ibn Abdillah juga berkata “Saya membai'at Rasulullah SAW untuk menegakkan solat, membayar zakat, dan menasihati seluruh kaum Muslim
 
Jabir Ibn Abdillah juga berkata, Saya pernah mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, “Saya membai'at Anda atas Islam. lalu diisyaratkan kepadaku untuk memberi nasihat kepada setiap Muslim
 
Dari hadis-hadis tersebut dan dari sekumpulan hadis lain yang sejenisnya (samada yang berkaitan dengan pemerintah yang mengatur urusan pemerintahan, atau yang berkaitan dengan umat yang menegur pemerintah, ataupun yang berhubung dengan aktiviti kaum Muslim antara satu sama lain untuk saling memikirkan kemaslahatan mereka dan memberi nasihat) maka, diturunkanlah kemudian definisi politik, yakni pengaturan urusan rakyat. Walhasil, definisi politik semacam ini merupakan definisi syar’i (sesuai dengan syariat) kerana digali daripada beberapa dalil syariat.
 
Dalam pandangan syariat, pengaturan urusan rakyat, secara praktikal dan langsung, merupakan kuasa pemerintah (khalifah). Rakyat ataupun individu Muslim tidak boleh melaksanakan aktiviti pemerintah, kecuali jika ada perlantikan yang mendapatkan pengesahan syariat. Caranya, boleh melalui bai'at dari rakyat jika dia seorang khalifah atau melalui perlantikan oleh khalifah jika yang dilantik adalah para mu’awin (pembantu khalifah) dan para wali (gabenor/ketua wilayah). Oleh kerana itu, orang-orang yang tidak dibai'at oleh umat atau tidak mendapat mandat daripada khalifah tidak boleh melakukan apa-apa pun yang berkaitan urusan rakyat secara langsung, samada urusan dalam negeri mahupun urusan luar negeri negara.
 
Pemerintahan telah diberikan oleh syariat hanya untuk pemerintah (khalifah). Syariat juga telah memberikan hak pengaturan hanya kepada khalifah saja. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda:
 
“Siapa saja yang membenci sesuatu dari pemimpinnya (khalifah), hendaklah ia bersabar. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang keluar dari pemerintahan Islam sejengkal saja, kemudian ia mati, kecuali matinya adalah mati jahiliah.” [Hadis Riwayat Muslim dari Ibn Abbas].
 
Ertinya, syariat telah menetapkan bahawa tindakan seseorang untuk khuruj (keluar) dipandang sebagai keluar dari pemerintahan. Hadis ini juga menunjukkan bahawa yang memiliki hak (untuk menetapkan khuruj-nya seseorang dari pemerintahan) hanyalah pemerintah (khalifah), bukan yang lain.
 
Rasulullah SAW juga bersabda yang ertinya demikian :
 
“Bani Israil sentiasa diatur urusannya oleh para nabi. Ketika seorang nabi wafat, ia digantikan oleh nabi yang lain. Akan tetapi, tidak ada nabi setelahku. Yang ada adalah para khalifah.” [Hadis Riwayat Muslim oleh Abu Hurairah].
 
Mafhumnya, “Sesungguhnya urusan kamu (kaum Muslim), akan diatur oleh para khalifah
 
Dengan demikian, syariat telah menetapkan bahawa orang yang mengatur urusan kaum Muslim adalah khalifah. Kefahamannya, selain khalifah (amir) bukanlah pemerintah, dan selain para khalifah tidak boleh melakukan pengaturan urusan rakyat. Ini adalah bukti bahawa pengaturan urusan rakyat hanya menjadi hak pemerintah, bukan orang lain. Bukti lainnya adalah perbuatan Rasulullah SAW Baginda membatasi kekuasaan dan aktiviti pengaturan urusan rakyat hanya dalam kedudukannya sebagai kepala negara. Baginda mengangkat orang yang mengganti kedudukan baginda di Madinah tatkala baginda pergi untuk berperang. Baginda juga mengangkat para wali (gabenor), qadhi (hakim), pemungut harta serta orang-orang yang mengatur kemaslahatan rakyat, seperti pengagihan air, penaksir buah, dan lain-lain. Semua ini merupakan bukti bahawa pemerintahan dan pengaturan urusan rakyat hanya hak pemerintah, yakni khalifah atau amir, dan orang bawahannya. Pemerintahan adalah pengaturan urusan rakyat yang bersifat mengikat. Oleh kerana itu, orang lain tidak boleh melakukan aktiviti pemerintahan tersebut secara mutlak. Sebab, syariat telah memberikan pemerintahan dan pengaturan urusan rakyat tersebut hanya kepada khalifah dan orang-orang yang diangkat oleh khalifah. Jika seseorang yang bukan khalifah—atau bukan orang yang diangkat oleh khalifah untuk melakukan aktiviti pemerintahan dan melakukan pengaturan urusan rakyat, maka ia dipandang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syariat. Tindakannya dipandang batil. Seluruh pengaturan yang batil secara automatik dipandang sebagai pengaturan yang haram. Oleh kerana itu, seseorang yang bukan khalifah atau orang yang tidak diangkat khalifah haram melakukan apa-apa aktiviti pun yang termasuk dalam aktiviti pemerintahan dan kekuasaan. Ia tidak boleh  mengatur rakyat. Sebab, hal ini adalah aktiviti pemerintahan (khalifah). Selain khalifah, tidak boleh melakukan aktiviti pengaturan urusan rakyat.
 
Politik Dalam Negeri Daulah Islam
 
Dalam konteks dalam negeri, politik negara (daulah) Islam diwujudkan melalui perlaksanaan hukum-hakam Islam. Negara juga melaksanakan sistem Islam di berbagai wilayah yang tunduk di bawah pemerintahannya. Negara mengatur mu’amalat, menegakkan hudud, ‘uqubat, memelihara akhlak, menjamin tegaknya syiar-syiar ibadah, dan mengatur urursan rakyat sesuai dengan syariat Islam. Islam telah menjelaskan tatacara (thariqah) untuk melaksanakan hukum Islam bagi rakyat yang tunduk pada pemerintahan Islam dan menyakini Islam mahupun rakyat yang tidak menyakini Islam. Daulah Islam menegakkan hukum-hukum Islam sesuai dengan tatacara tersebut. Tatacara (thariqah) pelaksanaan hukum Islam oleh Daulah Islam, sebagaimana halnya dengan berbagai pemecahan atas berbagai masalah kehidupan manusia, adalah sebahagian dari syariat Islam.
 
Ulama usul fiqih menyatakan bahawa yang diseru oleh hukum Islam adalah semua orang yang berakal yang memahami khithab (perintah), baik Muslim mahupun non- Muslim. Imam al-Ghazali menyatakan pendapatnya di dalam kitab Al-Mustashfa fi Usul Mafhum alaihi (orang yang dikenai beban hukum) adalah mukallaf. Syaratnya , ia harus berakal dan memahami khitab. Bagi ahlu-zimmi, kelayakan penepatan hukumnya didasarkan pada sifat kemanusiaannya, yakni mampu menggunakan kekuatan akalnya untuk memahami “taklif hukum.”
 
Oleh kerana itu, mukhathob (yang diseru) dalam Islam adalah seluruh manusia, baik berhubung dengan khitab dakwah mahupun taklif. Khitab dakwah adalah seruan yang berupa ajakan kepada seluruh manusia untuk manyakini Islam, sedangkan Khitab taklif adalah  seruan berupa perintah kepada seluruh manusia agar beramal sesuai dengan hukum Islam.
 
Islam memadang masyarakat yang di dalamnya diterapkan berbagai aturan sebagai entiti manusia, tanpa dilihat keturunan, status sosial dan bangsanya. Di dalam masyarakat Islam tidak  terdapat syarat apa pun kecuali kewajiban untuk tunduk kepada negara dan sistemnya. Dalam negara Islam, tidak terdapat istilah kelompok minoriti, kerana seluruh masyarakat dipandang sebagai manusia yang kerana itu, politik dalam Daulah Islam adalah secara praktikal wujudnya penerapan syariat Islam atas seluruh individu masyarakat tanpa kecuali, samada Muslim mahupun non-Muslim.
 
Politik Luar Negeri Daulah Islam
 
Sementara itu, dalam konteks luar negeri, politik negara (daulah) Islam dimanifestasikan melalui usaha menjalin hubungan dengan berbagai negara, bangsa, dan umat-umat lain. Hubungan luar negeri ini merupakan wujud pengaturan urusan rakyat secara luaran. Politik luar negeri negara Islam dibangunkan di atas sebuah pemikiran yang tetap, tidak berubah, yakni: penyebaran Islam kepada seluruh umat dan bangsa di dunia. Inilah yang membangunkan asas politik luar negeri negara Islam. Asas ini tidak akan berubah selamanya meskipun individu pemerintah yang menjalankan pemerintahan saling bertukar. Asas ini ada dan kekal sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya Daulah Utsmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir. Asas ini tetap dan tidak berubah secara mutlak.
 
Sejak berada di Madinah, Rasulullah SAW mulai membangun hubungan negara Islam dengan negara lain berdasarkan asas penyebaran Islam ini. Baginda membuat perjanjian dengan Yahudi untuk memfokuskan penyebaran dakwah di Hijaz. Baginda mendatangani perjanjian Hudaibiyah dengan Quraisy untuk memperkuat penyebaran dakwah di jazirah Arab. Baginda juga mengirim surat ke berbagai negara yang berada di luar jazirah Arab untuk membangun hubungan dengan mereka berdasarkan asas nasyr al-Islam (penyebaran Islam) dengan menyeru mereka agar masuk Islam. Setelah baginda, muncul para khalifah. Mereka pun membangunkan hubungan luar negeri dengan seluruh negara yang ada berdasarkan asas penyebaran Islam ke seluruh penjuru dunia.
 
Kewujudan negara tidak lain adalah untuk menegakkan Islam di dalam negeri dan mengembangkan dakwah Islam di luar negeri. Ertinya, keutamaan negara bagi kepentingan luar negeri adalah mengembang dakwah Islam. Penyebaran Islam sebagai asas bagi politik luar negeri ini didasarkan pada alasan bahawa Rasulullah Muhammad SAW diutus untuk seluruh manusia. Allah SWT. berfirman:
 
“Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [Surah al-Saba’ ayat 28]
 
Rasulullah SAW bertugas menyampaikan risalah kepada seluruh manusia oleh para khalifahnya dan kaum Muslim. Mengembang (menyampaikan) dakwah Islam ke seluruh penjuru alam merupakan kelanjutan dari perbuatan Rasul. Oleh kerana itu, mengembangkan dakwah Islam adalah asas bagi hubungan Daulah Islam dengan berbagai negara, bangsa, dan umat lain. Realiti semacam ini merupakan ketetapan syariat Islam dan memang telah ditegaskan di dalam al-Quran, Sunnah, dan Ijma Sahabat. Walhasil, asas politik luar negeri daulah Islam adalah mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru alam.
 
Politik luar negeri tersebut ditempuh dengan suatu kaedah yang tetap dan tidak pernah berubah: Kaedah itu adalah ‘jihad’. Metod ini tidak pernah berubah meskipun orang yang memegang pemerintahan silih berganti. Kaedah ini tetap  berjalan pada setiap masa, sejak masa Rasulullah SAW sehingga berakhirnya Daulah Islam. Kaedah seperti ini, secara mutlak, tidak pernah mengalami perubahan. Sejak menegakkan Daulah Islam di Madinah, Rasulullah SAW segera menyiapkan pasukan dan mulai berjihad untuk menghancurkan benturan-benturan fizikal yang menghalangi kelancaran dakwah. Quraisy adalah benturan fizikal yang menghalangi kelancaran dakwah Islam, Rasulullah SAW berkeinginan menghancurkan benturan ini. Akhirnya, baginda berjaya menghancurkan Quraisy sebagai kekuatan yang menghalang kelancaran dakwah Islam, sebagaimana baginda berjaya menghancurkan kekuatan-kekuatan lain yang menghalangi dakwah Islam, sehingga Islam tersebar ke seluruh jazirah Arab. Daulah Islam mulai mengetuk pintu umat-umat lain untuk menyebarkan Islam kepada mereka. Akan tetapi, kemudian muncul kekuatan-kekuatan yang wujud dalam bentuk pemerintahan yang berdiri di atas umat-umat tersebut sebagai penghalang fizikal yang berusaha menghentikan dakwah Islam. Oleh kerana itu, kekuatan-kekuatan tersebut mestilah dihapuskan dari muka dakwah agar dakwah Islam dapat sampai kepada umat itu sendiri dan membebaskannya agar mereka tunduk di bawah pemerintahan Islam.
 
Dengan begitu, mereka dapat melihat dan merasakan keadilan, kebahagiaan, dan kesejahteraan hidup di bawah bendera Islam, sehingga sampai pada masanya, mereka ikut serta menyebarkan Islam dengan cara yang paling baik tanpa paksaan dan ugutan.
 
Dengan demikian, jihad untuk menyebarkan Islam serta membuka berbagai negara dan wilayah tertentu akan terus berjalan. Dengan jihad, akan lenyaplah seluruh kerajaan dan negara lain. Negara Islamlah yang akan mengatur seluruh bangsa dan umat dan kemudian menyebarkan Islam. Dengan begitu, ratusan juta manusia akan meyakini Islam setelah terlebih dahulu dikuasai oleh Islam. Walhasil, kaedah yang menyertai politik luar negeri negara Islam adalah jihad yang bersifat tetap dan tidak akan berubah sama-sekali.
 
Keperluan Kepada Sebuah Parti Politik
 
Setelah Khilafah dijatuhkan pada tanggal 03/03/1924 maka institusi untuk menjaga urusan umat ini sudah tidak ada lagi, dakwah secara bernegara ternyata telah lenyap di alam maya ini, umat Islam bagai kelkatu yang tidak mempunyai arah tujuan mencari cahaya. Maka untuk mewujudkan semula sistem pemerintahan Islam yang telah dihancurkan ini, adalah satu kewajipan. Mustahil seorang individu untuk menegakkan daulah, mustahil juga untuk sebuah parti dapat menegakkan daulah kalau tidak mendapat sokongan umat dan ketenteraan. Jadi menceburkan diri secara aktif dengan parti politik Islam untuk menegakkan semula institusi Khilafah adalah satu kefarduan atas setiap umat Islam dimana sahaja mereka berada. Meninggalkan urusan (politik) ini adalah satu kemaksiatan besar sepertimana meninggalkan ibadah fardu yang lain, bertepatan dengan ancaman dari sabda Nabi SAW,
 
“Barangsiapa yang bangun tidur dipagi hari tanpa memperdulikan urusan (politik) umat ini, maka dia bukan dari kalangan mereka (umat Muhammad SAW)” (al-Hadis)

Sesuai dengan seruan Allah kepada orang-orang yang beriman,
 
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, (QS. Al Anfal [8]: 24).
 


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke