> >     kan Tidak Pada Wahabi 
> >   Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
> > 
> > Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat
> > berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah.
> > Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang
> tulen
> > dan murni. 


rep: Kalau betul datuk asri ilmiyah kenapa datuk tidak
mengaku je mujtahid akhir zaman. kenapa datuk hanya
tunding kata qardhawi je yg dapat tahap tu?.. kenapa
to  pakai lagi rujukan kitab kitab mazhab untuk dalil
n hujjah tok ?. untk menegakkan fahaman tok?. 

Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh
> > seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan
> > tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang
> > dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika
> sekarang
> > yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya
> > sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. 

 Rp; tok hanya berjuang untuk membatalkan tahlil warah
n qunut n ussali n baca quran pada mayyit n bla...
benda yg dah selesai. ulamak yg lebih alim dari tok yg
lebih tau hadis dari tok n guru2 tok @ al al bani, pun
tak melompat2 cam tok. kenapa tok.. 

 tok nak tukarkan mazhab syafie yg jadi anutan
nusantara ngn faham tok yg campuran yg tak kemana
tu???..  

amboi2 to ,, gamak tok serupakan penganut mazhab ngn
amerika?>. he he he , ape wajah tasybihnye tok???...

> > 
> > Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika
> > seseorang memberikan pandangan agama yang bukan
> > menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan
> > agama tradisional tempatan, maka dia akan
> dilebelkan
> > sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu
> > menahu wahabi itu apa?! Bahkan yang membuat
> tuduhan
> > itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu
> > wahabi?!
> > 
> > Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka
> > melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu
> > wahabi? Berbagai jawapan diberikan. Ada yang
> katakan
> > wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika
> > kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga
> > demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu
> > Hanifah juga wahabi? Dia diam. Ada yang kata:
> wahabi
> > tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya
> La
> > ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH,
> > tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka
> > ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka
> > kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz
> > al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan
> > mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka
> > kafir?!! Ada yang kata wahabi adalah mereka yang
> > belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak
> belajar
> > di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi.
> > Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang
> > Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami
> > dan diimami oleh golongan yang sesat?!! Ada yang
> >  kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita
> > beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh
> wahabi
> > bermazhab Hanbali. 
> > 
> > Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah
> > pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ
> > digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya
> > sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang
> > menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu
> membaca
> > buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya
> > menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang
> > ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama
> ada
> > kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh
> mazhab
> > fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya.
> > Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh
> > dalam hadith, sehingga al-Albani pernah
> > mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai
> > tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi
> > ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak
> > manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak
> > dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh
> > al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi
> > al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah
> Arab
> > perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk
> > memelihara benteng
> >  tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran
> > tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah
> > menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam
> perkara
> > tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara
> > dakwah dan praktikal dalam memusnahkan
> > gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah
> > Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga
> > memujinya dengan menyebut: "Sesuatu yang tiada
> syak
> > padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan
> untuk
> > meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran
> > yang agung (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan
> > manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud:
> 85),
> > bahawa suara kebenaran yang paling berani,
> pendakwah
> > terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat,
> > jihad dan mengembalikan individu muslim kepada
> > berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang
> > terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab
> > pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya
> untuk
> > mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum
> > dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan,
> bid'ah
> > dan
> >  penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab
> > ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian
> > (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan
> > akidah yang bersih.." (Rujukan: Dr Wahbah
> > al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn
> al-Thani
> > ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian
> > beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti
> > apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji
> > Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi
> > atau tidak?!!!
> > 
> > Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab
> fekah
> > mazhab al-Imam al-Syafi'i. Saya baca kitab al-Fiqh
> > al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana
> ia
> > agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya
> > menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut
> > yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka
> > dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab
> > dalam Mazhab al-Imam al-Syafi'i. Tokoh-tokoh
> > penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab
> al-Imam
> > al-Syafi'i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin,
> al-Syeikh
> > Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Namun
> apabila
> > saya baca antara apa yang disebut dalam kitab
> > tersebut: "Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh
> > keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang
> > ramai kepada makanan dengan munasabah yang
> dinamakan
> > berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya.
> > Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta
> > peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada
> yang
> > belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih
> > haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak
> >  yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan
> > anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan
> > perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan
> > memakannya" (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya
> > dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu
> wahabi?!!.
> > Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak
> > sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya:
> Adakah
> > ada dua mazhab al-Syafi'i??!. Tidak mengapalah,
> mari
> > kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata
> > Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya)
> > dalam Bughyah al-Talab: "(dan makruh) lagi bid'ah
> > bagi orang yang kematian membuat makanan
> menserukan
> > segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu
> > daripada menanam dia dan kemudian daripadanya
> > seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan
> > demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang
> > diserukan dia memperkenankan seruannya" (2/34).
> > Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh
> > Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil
> al-Muhtadin.
> > Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi
> menyebut:
> >  "Maka bid'ah yang tidak elok" (7/130). Apakah
> > mereka semua juga wahabi?!!. 
> > 
> > Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban
> > seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan
> dari
> > tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: "awak
> wahabi".
> > Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin
> > ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi
> > apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau
> > menjawab: "Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi
> > s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di
> > masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban,
> > membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti
> > yang kita lihat pada sebahagian negeri orang
> Islam.
> > Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun
> > pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
> > Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at
> > dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain
> pula
> > dengan niat tidak bergantung kepada manusia,
> 
=== message truncated ===



                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke