Emir Kuwait turun takhta KUWAIT CITY 24 Jan. - Emir Kuwait turun takhta hari ini, selepas seminggu mengambil alih pemerintahan sekali gus menamatkan krisis penggantian yang melanda negara pengeluar minyak itu.
Menurut sumber keluarga diraja, Sheikh Saad al-Abdullah al-Sabah, 76, yang menghadapi masalah kesihatan akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Perdana Menteri, Sheikh Sabah Al-Ahmed al-Sabah. ``Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Apa yang penting semua masalah sudah diselesaikan,'' kata seorang sumber keluarga diraja itu. Sheikh Sabah telah menjadi pemerintah sebenar Kuwait sejak empat tahun lalu berikutan keadaan kesihatan Sheikh Saad dan bekas Emir yang meninggal dunia minggu lalu, Sheikh Jaber al-Ahmad al-Sabah. Beliau mendapat sokongan kebanyakan anggota keluarga diraja, terutama di kalangan puaknya. Bagaimanapun tindakannya mengambil alih jawatan Emir daripada Sheikh Saad akan menjejaskan tradisi sistem penggiliran kuasa antara dua puak dalam dinasti al-Sabah. Bagaimanapun kedua-dua puak tidak mempunyai perbezaan politik dan Sheikh Sabah dijangka mengekalkan dasar dan pendiriannya yang pro-Barat. Krisis penggantian Emir telah memaksa Parlimen menangguhkan sesi persidangannya, termasuk perbahasan mengenai rancangan meningkatkan keluaran minyak sebanyak AS8.5 bilion (RM31.84 bilion) secara berkongsi dengan firma asing. Masalah timbul apabila kerajaan pimpinan Sheikh Sabah meminta Parlimen bersidang hari ini untuk menurunkan Sheikh Saad dari takhta atas alasan kesihatan. Sebagai tindak balas Sheikh Saad telah meminta Parlimen mengadakan majlis pelantikannya sebagai Emir pada hari semalam tetapi telah ditolak. Kabinet telah menamakan Sheikh Saad sebagai Emir apabila Sheikh Jaber meninggal dunia minggu lalu bagi memastikan tidak berlakunya perpecahan dalam keluarga diraja dan meyakinkan para pelabur luar terhadap industri minyak negara ini. Sementara itu, Parlimen Kuwait hari ini sebulat suara mengundi untuk menyingkirkan Emir Kuwait sekarang, Sheikh Saad dari jawatannya sekali gus menamatkan krisis kepimpinan di negara itu yang bermula sejak sembilan hari lalu. - Agensi Perolehi Berita Terkini dari masa ke semasa terus ke email anda secara PERCUMA, daftar online : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ atau melalui email : [EMAIL PROTECTED] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

