Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi
bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga
mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian
hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat. Orang
Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang
kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada
cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di
masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.

Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga
mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila
pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka,
tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan
kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi
cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu
yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih
menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin
kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang
membesarkan kalimah Allah.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa
mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam
cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa
mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid
atau surau.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami
mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi
jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu
mereka.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan
kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama
semakin sepi.

Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan
agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama
kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap
agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak
sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka.
Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru
memeluk agama Islam.


 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke