Teheran balas ancaman Tel Aviv TEHERAN: Iran semalam membalas ancaman Israel untuk menyerang negara itu dengan menegaskan Teheran dan sekutunya mampu meletakkan negara Yahudi itu "lumpuh dan koma" seperti Perdana Menterinya, Ariel Sharon.
"Israel tidak memiliki kekuatan menyerang Iran. Jika ia melakukan kesilapan besar itu, barisan pembela dan pejuang Iran boleh menjadikannya koma seperti Sharon," tegas Menteri Pertahanan Iran Mostafa Mohammad Najjar. Beliau turut menyamakan Amerika Syarikat dan Israel sebagai `Syaitan Besar dan Kecil' yang menggunakan perang psikologi bagi mencetuskan kemarahan Iran. AS sememangnya dicop syaitan Besar sejak Iran melancarkan Revolusi Islam pada 1979. Dua negara sekutu itu adalah antara pihak yang menuduh Teheran menggunakan program tenaga nuklearnya bagi melindungi program pembangunan senjata nuklear. Washington turut berjuang memastikan Iran dihadapkan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana tindakannya itu. Sebaliknya Iran yang juga anggota Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) menegaskan, program nuklearnya adalah sah di bawah NPT kerana bertujuan mengatasi keperluan tenaga. Sabtu lalu, Menteri Pertahanan Israel Shaul Mofaz berkata, Tel Aviv yang dipercayai ramai memiliki senjata nuklear, tidak teragak-agak bertindak ke atas Teheran biarpun masih berpegang kepada usaha diplomasi bagi meleraikan isu itu. Israel dan Iran sememangnya musuh tradisi dan Teheran sendiri enggan mengakui kewujudan Israel. Ketegangan dua negara itu semakin ketara berikutan serangan mulut Presiden Mahmoud Ahamadinejad, termasuk menggesa Israel dilenyapkan dari peta dunia. AFP Perolehi Berita Terkini setiap hari melalui email secara PERCUMA, daftar online : http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/ atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

