|
----- Original Message -----
From: azmi che musa
Hebatnya Black Metal- Pengaruhi Murid
Sekolah
Oleh Efindi Badarudin
KUALA LUMPUR: Kebanyakan pengikut Black Metal yang diharamkan ajarannya oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam semalam mula terbabit dengan kumpulan itu sejak di bangku sekolah rendah lagi. Berdasarkan kajian Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (PPSM), mereka yang berusia 11 hingga 12 tahun pada mulanya disajikan dengan muzik Black Metal sebelum dipelawa menyertai konsertnya ketika di tingkatan satu. Bagaimanapun, konsert yang disertai tidak sekeras konsert Black Metal sebenar yang mengamalkan pergaulan bebas dan membelakangi adat dan budaya tempatan. Bendahari Kehormat PPSM, Kamaruddin Kassim, berkata daripada kajian yang dilakukan sejak 10 tahun lalu, kebanyakan pengikut Black Metal kini orang dewasa. Mereka menyertai Black Metal ketika berada di bangku sekolah, berusia antara 11 hingga 12 tahun. Apabila memasuki tingkatan satu mereka menyertai konsert atau `gig yang sederhana supaya tidak menakutkan mereka dan perlahan-lahan dipengaruhi, katanya kepada Harian Metro. Kelmarin, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan semua ajaran Black Metal yang anti-Tuhan dan memuja syaitan adalah haram, tetapi sekadar mendengar muziknya dibolehkan. Mesyuarat lebih empat jam itu semalam, memutuskan kerajaan negeri mesti mewartakan keputusan muzakarah terbabit bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pengikut ajaran sesat berkenaan. Pengerusinya, Datuk Shukor Husin, berkata pengikut ajaran berkenaan didapati menyimpang jauh daripada akidah dan ajaran Islam. Ini termasuk memijak al-Quran, memuja syaitan, seks bebas dan anti-Tuhan adalah terkeluar daripada ajaran Islam, katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, kelmarin. Kamaruddin berkata, bilangan pengikut Black Metal mencecah ribuan orang yang kebanyakannya remaja. Jumlah sebenar kita tidak dapat kerana pihak berkuasa tidak pernah menahan mereka, namun jika tidak dibendung boleh merosakkan masa depan seseorang individu, apatah remaja Melayu katanya Beliau berkata, pengikut fanatik kumpulan itu kini berdiam diri seketika supaya pergerakan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa sebaik mengetahui ajaran itu diharamkan. Difahamkan, kebanyakan mereka berasal dari utara dan pantai timur semenanjung. Menurutnya, golongan profesional daripada lepasan pelajar luar negara yang pulang ke tanah air dikesan turut menjadi pengikut fanatik Black Metal membabitkan jurutera, peguam, penganalisis dan pegawai bank. Mereka terpengaruh dengan muzik yang mengkhayalkan itu kerana penampilan serta pergaulan pengikutnya. Apabila balik ke tanah air, mereka membawa bersama budaya songsang berkenaa dengan mengadakan perjumpaan serta konsert tetapi tidak membabitkan pengikut tempatan yang begitu menonjol daripada segi pakaian dan tingkah laku. Golongan ini lebih terurus dan mereka cuma mengamalkan gaya hidup bebas serta meminati muzik Black Metal, katanya. Katanya, PPSM dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersedia menjalankan gerakan membantu pengikut Black Metal yang mahu bertaubat atau menyedari kesilapan mereka. Kami juga sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama peringkat negeri bagi menangani masalah itu. Kami juga akan berbincang dengan pihak berkuasa mengenai tindakan yang boleh diambil. Sebelum ini, pihak berkuasa sukar mengenakan sebarang tindakan kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi menahan pengikut kumpulan itu, kata Kamaruddin. ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] YAHOO! GROUPS LINKS
Bring words and photos together (easily) with PhotoMail - it's free and works with your Yahoo! Mail. |

