AS, Israel hampa, EU bersikap terbuka

WASHINGTON: Presiden George W Bush semalam menegaskan tidak akan 
bekerjasama dengan pergerakan Hamas yang meraih kemenangan besar 
pilihan raya Palestin, selagi kumpulan itu tidak menamatkan 
perjuangannya memerangi Israel - sekutu utama Washington.

AS sendiri turut menyenaraikan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

"Sebuah parti politik yang berwibawa perlu membuktikan sikap 
perdamaian, yang saya anggap dapat memastikan keamanan," katanya 
dalam temubual dengan Wall Street Journal yang disiarkan semalam.

"Anda sendiri dapat bayangkan bagaimana saya dapat berurusan dengan 
Hamas jika mereka berkuasa. Jawapannya, sudah pasti tidak 
sehinggalah ia mengumumkan menamatkan perjuangannya menghancurkan 
Israel. Jika itu berlaku, barulah kita akan berurusan dengannya," 
tegas Bush.

Di Baitulmaqdis, pemangku Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert 
semalam berkata kerajaannya tetap tidak mempercayai tampuk 
pemerintahan Palestin jika Hamas berkuasa.

Di Brussels, badan eksekutif Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan 
kesediaannya bekerjasama dengan kerajaan baru Palestin, asalkan ia 
berhasrat meneruskan usaha damai bagi meleraikan konflik Asia Barat.

"Kita sanggup bekerjasama dengan kerajaan Palestin yang berazam 
meneruskan usaha dengan cara keamanan," kata Pesuruhjaya Hubungan 
Luar EU, Benita Ferrero-Waldner memberitahu Jawatankuasa Hal Ehwal 
Luar Parlimen.

Ulasannya dibuat ketika laporan menyatakan pergerakan Hamas 
mendahului Parti Fatah yang memerintah, dalam pilihan raya Parlimen 
Palestin.

"Ini bukan soal parti politik...tetapi hak asasi manusia, undang-
undang dan prinsip demokrasi," kata Ferrero-Waldner. – AFP/AP

Perolehi Berita Terkini terus melalui email dengan PERCUMA, daftar online : 
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau melalui email : [EMAIL PROTECTED]

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke