Empat konsortium diberi lesen takaful Oleh Zainab Mohd Yatim

 *
MANFAAT BERSAMA: Industri insurans takaful di Malaysia menunjukkan
potensi besar untuk berkembang.*

  *BERITA HARIAN - ISNIN, 30 JANUARI 2006*

*Usaha mengembangkan sektor insurans berlandaskan syariah*

EMPAT konsortium membabitkan institusi kewangan kewangan, pengurus dana
pencen, dan syarikat insurans tempatan dan asing diberikan lesen untuk
menyediakan perniagaan takaful di negara ini.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan ringkas semalam, berkata
pemberian lesen perniagaan takaful kepada konsortium terbabit, antara
usahanya mengembangkan sektor insurans berlandaskan syariah, menjadikan
jumlah lesen yang dikeluarkan kepada sembilan.

Empat konsortium yang diberikan lesen itu adalah:

l HSBC Insurance (Asia-Pacific) Holdings Ltd bersama Jerneh Asia Bhd dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);

l Hong Leong Bank Bhd, Millea Asia Pte Ltd dari Jepun dan Hong Leong
Assurance Bhd.

l Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama Prudential Holdings Ltd; dan

l MAA Holdings Bhd dan Solidarity Co dari Bahrain.

Lima pemegang lesen takaful sedia ada adalah Syarikat Takaful Malaysia Bhd,
Mayban Takaful Bhd, Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Takaful Nasional Sdn Bhd dan
Commerce Takaful Bhd.

Commerce Takaful menerima lesennya tahun lalu, tetapi belum memulakan
operasi.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, minggu lalu dilaporkan
berkata kerajaan telah memilih empat institusi kewangan yang bakal menerima
lesen baru bagi mengendalikan perniagaan takaful.

Zeti berkata, pemberian lesen takaful tambahan itu adalah perkembangan
penting kerana kadar penembusan insurans di negara ini masih rendah dan
masih banyak ruang untuk diteroka.

Aset skim takaful merangkumi gabungan takaful keluarga dan am mencapai
RM5.73 bilion dengan penguasaan pasaran 5.5 peratus sehingga September tahun
lalu, sekali gus menunjukkan potensi besar untuk berkembang.

Berikutan itu banyak firma insurans tempatan dan luar negara berminat
terbabit dalam perniagaan itu.

Bank pusat itu menetapkan sebelum ini, pemohon lesen berkenaan mesti
membabitkan institusi yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh serta
berpengalaman luas dalam perniagaan perbankan Islam, takaful dan insurans.

Keutamaan diberikan kepada usaha sama atau konsortium institusi kewangan
yang mesti disertai bank atau penanggung insurans teras yang memiliki ekuiti
ketara untuk menerajui setiap konsortium. Kepentingan ekuiti asing adalah
dibenarkan sehingga 49 peratus.

Lesen baru itu dikeluarkan sebagai lesen komposit dan pengendali takaful
baru perlu memenuhi keperluan modal berbayar minimum RM100 juta yang tidak
boleh dijana menerusi pinjaman.

Disember lalu, MAA Assurance memeterai perjanjian usaha sama dengan
Solidarity bagi membentuk syarikat usaha sama bernilai AS$25 juta (RM95
juta). Solidarity adalah syarikat takaful terbesar di dunia berdasarkan
modal berbayar yang berjumlah AS$100 juta.

Millea Asia yang mendapat lesen takaful dengan kerjasama Hong Leong Bank Bhd
dan Hong Leong Assurance Bhd, sudah mempunyai operasi di Malaysia menerusi
anak syarikatnya, Tokio Marine Insurans (M) Bhd.

Tokio Marine adalah syarikat insurans am ke-14 berdasarkan saiz pendapatan
premium bersihnya di Malaysia tahun lalu dengan sejumlah RM281 juta.


--
Visit my Islamic NBFI & Capital Market site
http://islamicfinance2u.blogspot.com

Ikhlas

FATKURRADZI JAMIL
BA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)
Islamic NBFI & Unit Trust Consultant
****************************************************************
013-391 2695
[EMAIL PROTECTED]
islamicfinance2u.blogspot.com
****************************************************************
TAKAFUL - Family, General & Hospitalisation
ISLAMIC UNIT TRUST
ISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & Faraid
HAJJ & UMRAH - Makkah, Madinah & Jeddah
*********************************************************************************


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke