Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
 
[3.31] Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka 
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. 
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
 
[3.32] Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. 
Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka 
kepada orang-orang yang kafir. 
 
SodaqAllahul'Adzim
 
ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Hizamri

----- Original Message ----- 

From: Aish AB 



      MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI
Oleh:     Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah     orang-orang tua kampung 
dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya     diperuntukkan untuk 
meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu.     Selalunya 
botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua     itu tidak 
dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang     pun tidak. 
Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh     orang lain, 
cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh nak guna, sayang,     dan 
macam-macam alasan.  

Itulah sebuah analogi yang terlintas     di fikiran bila saya ditanya tentang 
kemarahan umat Islam terhadap penyiaran     karikatur menghina nabi Muhammad 
s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya     Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja     majlis diskusi 
tentang topik berkenaan. 

"Marah," akui saya     perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera     Denmark!" Saya 
senyum. 

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada     senjata yang lebih hebat. Doa," balas 
saya. "Kita     kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina     Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih     utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita"
        
    "Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan     mengamalkan sunnahnya jauh 
lebih utama."

"Encik takut?"Saya renung     matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih     keberanian.  Tentangannya lebih 
hebat. Bahkan daripada orang     Islam sendiri," tusuk saya perlahan..

"Kita bakar bendera     mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih     relevan."
    
    Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang     `terbakar' ini mula 
mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan     analogi awal tadi. AlhamduliLLAH, dia mendengar teliti. 

"Kita dengan     sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang 
usang di bawah     rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, 
tetapi bila ada orang     lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak     
digunakan."
    
    "Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan     marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan ALLAH, kita berdoa. Kita     muhasabah, sejauh 
mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi     Barat membawa 
pengajaran tersirat."

"Pengajaran     tersirat?"

"Ya, tersirat dari ALLAH agar kita menilai semula     benar-benarkah kita 
mencintai sunnah Rasul-Nya selama     ini."

"Kemarahan ummah inilah  buktinya," ujarnya     bersemangat.

 "Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan     sentimen berkala. Namun kegigihan, 
kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan     jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?" Jelas dia     terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang,     sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan 
keluarganya? Saya     risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan 
punya kemarahan     yang sama seperti yang saudara alami."
        
    "Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang     pukang, tapi masih 
marah bila  Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan     turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya     saya minta kepastian.  

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul     bebas biasalah… tapi cinta mereka 
terhadap Rasul tak     luntur."

    "Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak     apa. Cinta dulu, 
marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila     kecintaan dicela. Tapi 
kalau marah saja, belum tentu ada     cinta"
    
    Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih     panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil     barang-barang berharga di 
atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua     mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi     itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan     apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas     rumah? Berbanding 
barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung     lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. 
Terimbau luapan     semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola 
berfikir saya. ..      Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang 
di atas rumah tentu     lebih berh arga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan     diperjuangkan. Ia nampak 
sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak     kan berani mengusiknya, 
apalagi nak menghinanya…"

"Encik ni, tak     sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati     diri sendiri terlebih dahulu, barulah 
orang lain akan menghargai kita.     Justeru, jika kita marahkan musuh yang 
mengecam Rasul, marahkanlah juga diri     kita yang tidak benar-benar 
mencintainya!"

"Dan bukti cinta amalkan     sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan 
mempamerkan `kemarahan' kepada     musuh-musuh yang menghinanya."

AlhamduliLLAH, saya yakin, kini     marahnya kerana cinta bukan kerana benci. 
Dominasi cintakan Rasul bukan     emosi bencikan musuhnya!




---------------------------------

                
---------------------------------
Yahoo! Mail
Bring photos to life! New PhotoMail  makes sharing a breeze. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke