Kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen sudah pasti akan
membebankan bukan sahaja mereka yang berpendapatan
rendah malah mereka yang berpendapatan sederhana
tetapi mempunyai tanggungan yang ramai.

Ketika saya menuntut di Amerika Syarikat pada tahun
80a, saya mendapati bahawa penduduk di sana dibantu
dengan Program Setem Makanan (Food Stamp Program).
Program ini bukan hanya terhad kepada rakyat warga
Amerika Syarikat sahaja malah warga asing yang masuk
secara sah adalah layak untuk dipertimbangkan menerima
Setem Makanan tersebut.. Malah beberapa sahabat saya
dari Malaysia yang masih menuntut ketika itu tetapi
telah berkahwin serta mempunyai anak telah melayakkan
mereka mendapat bantuan melalui program ini.

Melalui Program Setem Makanan ini setiap keluarga akan
diberikan Setem dalam bentuk Kupon pada kadar tertentu
pada setiap bulan. Dimana dengan setem ini mereka
boleh pergi ke kedai-kedai serta pasaraya untuk
menukarkannya dengan barangan berbentuk makanan dan
minuman, terutamanya makanan asas, seperti roti, susu,
tepung, gula dan sebagainya.

Dalam laman web kerajaan Amerika Syarikat yang
menerangkan mengenai program ini di 
http://www.fns.usda.gov , dinyatakan secara terperinci
siapakah yang layak untuk memohon untuk mendapatkan
bantuan ini dan berapakah kadar bantuan bulanan yang
sepatutnya mereka perolehi. Ianya berbeda-beda
mengikut bilangan tanggungan dalam keluarga tersebut.
Tanggunan antara satu ke lapan orang layak mendapat
bantuan Setem Makanan bulanan sebanyak USD 152 ke USD
192 ( RM 560 ke RM 710 ) . Manakala mereka yang
berpendapatan antara USD 1,037 ke USD 3,509 sebulan (
RM 3,800 ke RM 12,900 ) pula layak untuk memohon
menyertai prorgam ini bergantung kepada bilangan
tanggungan dalam keluarga tersebut.

Justeru itu adalah disarankan agar duit yang kerajaan
dapat jimatkan sebanyak RM 4.4 Billion dengan
pengurangan subsidi ke atas bahan bakar tidak
digunakan sepenuhnya untuk pembangunan fizikal, malah
haruslah diutamakan juga pembangunan fizikal rakyat
sendiri yang berdepan dengan kenaikan harga makanan
dipasaran dengan memperkenalkan Program Setem Makanan
seperti ini.

Disamping itu masyarakat setempat haruslah mulai
sekarang mengumpulkan statistik mengenai keluarga
miskin, keluarga memerlukan, anak-anak yatim, ibu-ibu
tunggal di lokaliti mereka agar maklumat tersebut
dapat disalurkan ke pihak Baitul Mal Negeri, pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat, para dermawan , sektor
korporat dan sebagainya untuk membantu mereka
menghadapi saat-saat getir. Tidak perlulah kita
menunggu program seperti BersamaMu TV3 atau laporan di
dada akhbar barulah bantuan hendak dihulurkan,
sedangkan di kejiranan kita sendiri masih ramai yang
memerlukan bantuan.

Kita tidak mahu mendengar seperti apa yang dilaporkan
dalam Berita Harian 3 Mac 2006 di mana wang zakat
berjuta-juta ringgit tidak dapat diagihkan kepada
lapan golongan asnaf yang sepatutnya akhirnya
digunakan untuk diberikan kepada pasangan-pasangan
yang ingin berkahwin. Sedangkan Nabi Muhammad saw
telah mengajar umatnya agar membuat persiapan
perkahwinan sekadar termampu. Ini terbukti apabila
seorang sahabat mengadu kepada Baginda saw beliau
tiada duit untuk berkahwin, Baginda saw memberitahu
sahabat tadi cukuplah beliau mengajar Al Quran kepada
isterinya sebagai mas kahwin. Sedangkan Nabi saw
ketika itu mempunyai ramai sahabat yang kaya dan
pemurah seperti Abd Rahman bin Auf, Saidinia Uthman ra
 yang jika diberitahu oleh Nabi saw akan memberikan
sumbangan kepada pemuda tadi. 

Kesimpulannya dalam kita mengatasi kenaikan harga
minyak ini, semua pihak harus berganding bahu.
Daripada pemimpin hinggalah ke rakyat jelata. Setiap
dari kita haruslah menunjukkan contoh berjimat cermat,
ayah menunjukkan contoh kepada anak, suami menunjukkan
contoh kepada isteri, imam menunjukkan contoh kepada
makmum, wakil rakyat menunjukkan contoh kepada rakyat
dengan mengurangkan program penerangan mengapa minyak
harus dinaikkan tetapi lebih banyak turun ke padang
mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan
seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada agensi
yang berkaitan.

Rozmal bin Malakan 
Kg Bongek, Rembau, NS


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20060303233052/Article/
Wang zakat tak habis diagih

Oleh Faiza Zainudin 
GEORGETOWN: Beratus-ratus juta wang zakat yang dikutip
setiap tahun, gagal diagihkan sepenuhnya kepada
penerima yang layak kerana kelemahan pengurusan zakat
di negara ini.
 
Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, Datuk
Abdul Rahim Bakar.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan wang berkenaan tidak
diselewengkan.

Abdul Rahim memberi contoh kutipan zakat PPZ Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tahun lalu
berjumlah RM126.7 juta, manakala pada 2004 berjumlah
RM111 juta.

“Tidak dapat dipastikan berapa banyak daripada jumlah
itu sudah diagihkan kerana peruntukkan untuk
disalurkan ialah RM50 juta tetapi jumlah sebenar yang
disampaikan hanya sekitar RM35 juta.

“Wang itu ada disimpan, tidak diseleweng, walaupun
tidak disalurkan sepenuhnya kerana pelbagai masalah
termasuk kerenah birokrasi,” katanya selepas
menyampaikan syarahan bertajuk ‘Budaya Pengurusan
Zakat di Malaysia: Profesionalisme vs Tradisionalisme’
di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM)
di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (Isdev) universiti itu, Prof
Muhammad Syukri Salleh.

Abdul Rahim berkata, kelemahan pengurusan berpunca
daripada sikap kurang proaktif kakitangan yang
menyalurkan bantuan dengan alasan tiada permohonan
diterima daripada golongan sasar.

Selain itu, kekangan masa dan kekurangan kakitangan
menyebabkan bantuan terbabit tidak dapat disalurkan
seratus peratus mengikut masa yang ditetapkan.

“Sistem pengagihan yang tidak dipantau boleh
menjejaskan kepercayaan pembayar zakat terhadap pusat
pungutan zakat,” katanya.

Bekas Menteri Besar Pahang itu berkata, kelemahan
pengurusan itu diburukkan lagi dengan ketidakseragaman
pengurusan zakat di setiap negeri.

Katanya, ketiadaan satu badan nasional yang menyelaras
dan menyeragamkan urusan dan fatwa zakat juga
mengelirukan umat Islam.

“Keadaan itu menyebabkan maklumat terperinci mengenai
kemampuan dan kemajuan institusi zakat tidak dapat
dikumpul dan dikemukakan, jauh sekali untuk dikaji. 

“Jika badan nasional diwujudkan, ia boleh
menyelesaikan banyak masalah termasuk keseragaman cara
mengira zakat antara negeri, selain membantu negeri
yang kurang kutipan zakat tetapi ramai penduduknya
miskin,” katanya.

Sejak 1991 hingga 2004, MAIWP mengutip zakat sebanyak
RM734 juta yang menyumbang sebanyak 24 peratus kutipan
keseluruhan negara yang berjumlah kira-kira RM3
bilion.








     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke